Bertahan, Sampai Bila?

Hai nama aku Ilham berumur 27 tahun, bekerja sektor swasta, telah berkahwin hampir setahun dan masih belum mempunyai anak.

Sedikit pengenalan untuk suami aku supaya lebih jelas cerita aku nanti.

Dia berumur 27 tahun, bekerja sektor kerajaan, merupakan anak ketiga daripada 5 adik beradik (adik beradiknya 2 lelaki dan 3 perempuan) dan dia sangat ringan tulang membantu aku dalam melakukan kerja rumah tanpa disuruh.

Kami juga pergi dan balik kerja bersama sebab pejabat kami berdekatan je

Aku kongsikan cerita dekat sini sebab aku nak minta pendapat daripada pembaca kat sini sebab aku tak tahu nak cerita kat siapa apatah lagi nak cerita dekat mak ayah aku.

Bagi aku perkara ni adalah isu sensitif dan aib juga.

ISU SATU

Sepanjang tempoh perkahwinan, suami aku cuma sentuh (hubungan suami isteri) aku beberapa kali je selepas majlis, itupun tak betul-betul berjaya sebab dah tewas (aku masih dara la sampai sekarang).

Selepas itu, dia langsung tak sentuh aku sampai sekarang, adalah dalam 10 bulan.

Aku ada bertanya pada dia tentang isu ni, tapi dia kata sebab dia tak ready nak ada anak. Aku faham belum ready nak ada anak tapi takkan sampai tak perlu bagi nafkah batin tu kan?

Banyak je cara yang boleh buat kalau tak nak anak lagi. Aku tanya pasal ni beberapa kali juga tapi alasan masih sama.

Aku jadi tertekan bila orang tanya dah ada isi ke belum, bukan soalan tu menyebabkan tekanan tapi disebaliknya tiada hubungan suami isteri dilakukan, celah mana nak ada anak tu?.

Tapi aku tak boleh nak luahkan kat sesiapa pun. Aku masih melayan dia dengan baik, memasak dan bergurau senda seperti biasa.

Aku jadi overthinking, selalu check telefon dia masa dia mandi tapi takde perkara yang mencurigakan pun.

ISU DUA

Selepas beberapa bulan berkahwin, baru aku tahu yang mak dan ayah suami aku ni dah lama bercerai.

Itupun selepas beberapa kali aku tanya dia sebab aku pelik mak ayah dia duduk rumah berasingan. Mak dia duduk dengan kakak (dah berkahwin) manakala ayah dia duduk seorang.

Aku agak kecewa sebab dia rahsiakan perkara ni dari aku sebab bagi aku ni perkara penting. Family dia sangat berbeza dengan family aku (tapi aku terima je la sebab dah kahwin pun kan).

Mak dia selalu minta tolong suami aku kalau apa-apa, nak pergi mana-mana ke dan nak minta belanja itu ini.

Ayah dia pula minta tolong bayar (hulur duit sikit) rumah sewa la, wifi la, roadtax la, insurans la apa-apa lagi la (padahal masih bekerja).

Adik beradik dia pun kadang-kadang ada minta pinjam duit juga (tak tahu la bayar balik ke tak). Dia kerja kerajaan bukan pangkat tinggi yang gaji level M40 pun, tapi tak tahu la kenapa semua nak ambil kesempatan macam ni.

Aku selalu beli barang yang aku nak guna duit sendiri je sebab malu nak minta suami bayarkan sebab dia dah bayar rumah sewa dan belanja dapur.

Kalau aku craving makan benda yang bukan keperluan, aku akan cakap kat dia yang aku nak belanja dia. Tapi kenapa family dia tak boleh faham yang dia tu dah berkahwin dan dah ada isteri.

Aku tak kisah la dia nak tolong family dia, tapi biarlah berpada-pada.

Ini lah isu-isu yang selalu bermain dalam fikiran aku sekarang. Kadang-kadang ada rasa menyesal jugak kahwin, tapi aku faham hidup ni adalah ujian.

Aku cuba positifkan diri aku setiap kali aku overthinking. Tapi tak tahu la sampai bila boleh bertahan. Minta sedikit kata-kata daripada anda yang berpengalaman.

– Ilham (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *