Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin berkongsi masalah yang saya hadapi sekarang ini.
Saya baru sahaja bersalin dan sekarang dalam tempoh berpantang, sudah 27 hari. Alhamdulillah, saya dan bayi sihat.
Namun, saya menghadapi satu masalah yang agak sukar untuk saya selesaikan.
Mak mertua saya suka datang melawat kami setiap minggu, dan saya sangat menghargai keprihatinan serta kasih sayang beliau.
Tapi yang menjadi masalah ialah waktu kedatangan beliau yang selalunya sekitar waktu Maghrib.
Sejak minggu pertama saya keluar dari hospital sehinggalah sekarang, mak mertua saya dan keluarga sering datang sekitar waktu Maghrib, kira-kira pukul 7 hingga 8 malam.
Saya bukan tidak suka mereka datang, tetapi waktu tersebut kurang sesuai.
Seperti yang kita semua tahu, waktu Maghrib adalah waktu yang tidak sesuai untuk bertandang, terutama sekali ke rumah yang ada bayi kecil.
Saya bimbang kerana menurut ajaran agama, waktu Maghrib adalah waktu syaitan berkeliaran, dan saya ingin melindungi bayi saya dari sebarang gangguan.
Saya pernah memberi hint kepada suami saya tentang hal ini, tetapi nampaknya suami saya tidak faham atau mungkin mengambil remeh.
Saya sendiri rasa tidak berani untuk menegur mak mertua atau membincangkan hal ini dengan suami lagi kerana saya tidak mahu menyinggung perasaan mereka, lebih-lebih lagi ia melibatkan keluarga suami saya.
Masalah yang paling ketara adalah setiap kali mak mertua datang pada waktu Maghrib, bayi saya akan meragam pada waktu malam.
Saya tahu suami saya tidak memahami perkara sebegini dan saya sangat berharap untuk mencari jalan penyelesaian yang tidak menyakiti hati sesiapa.
Keadaan ini juga menyebabkan ibu bapa saya terlambat untuk solat Maghrib kerana terpaksa melayan kedatangan mereka.
Saya sangat mengharapkan pandangan dan nasihat dari pembaca sekalian. Bagaimana cara yang terbaik untuk saya menegur atau menyampaikan hal ini supaya mak mertua saya tidak datang pada waktu Maghrib?
Saya harap ada yang dapat berkongsi pengalaman atau memberi cadangan yang bernas. Terima kasih.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Masa bertandang ajak sekali solat berjemaah…. Parents awak ajak in laws solat sekali.. Suami awak sekali minta jd bilal lbh elok jd imam
Saya faham perasaan puan, i were in your shoes before and even worst. Your husband/your parents or you yourself boleh cuba create beberapa alasan like cakap secara berseloroh, esok mak datang awal during lunch/ lepas asar, nanti boleh kita makan sama-sama (cerita la menu yang akan rumah you hidangkan untuk tackle them), atau boleh juga call mentua ajak datang awal dengan beri alasan semalam baby meragam tak tidur sampai subuh, kalau mak datang awal sikit, lewat petang tu kami boleh tidurkan dia sebab itu memang timing tidur dia atau cakap petang nanti ada saudara nak datang bertandang ke..cuba la dengan beberapa cara yang tidak menyinggung perasaan mentua tetapi kalau mereka masih tidak faham, suami puan kena bertegas supaya mereka tahu keadaan puan sekeluarga yang kurang senang dengan situasi tersebut. Semoga mentua sekeluarga lembut hati dengan teguran yang diberi. Congratulations on your new born & selamat berpantang!
Saya setuju dgn cadangan Fifu – pakat dgn beberapa orang, siap2 bentang sejadah siap – masuk waktu, bapak terus Azan & katalah jom solat jemaah, tahlil & kenduri doa selamat sekali sesama keluarga je…dah memang sesuai sgt waktunya!
1. Mak mertua tidak suka menantu / berpura2 / sengaja
2. Datang waktu magrib benda lain ikut sama masuk rumah merasuk