Assalamualaikum semua. Aku terpanggil untuk confess selepas terbaca tentang confession Pornografi tu. Tidak bermaksud untuk buka pekung didada tetapi teringin berkongsi tips tinggalkan ketagihan menonton pornografi.
Aku termasuk golongan tersebut. Aku start darjah 5 dah pandai masturbate. Yelah, bila internet dah berada di hujung jari, ada masa terluang je aku gunakan untuk search video2 tak senonoh.
Lama kelamaan, aku ketagih. Boleh kata setiap hari aku layari laman web yang menjijikkan. Mula2 soft2 dulu lama kelamaan tengok aksi yang makin teruk sebab rasa dah tak seronok. Lagi dahsyat lagi better.
Ketagihan tu mula buat aku start ringan2 dengan kekasih aku. Sebab tak cukup dengan tengok je. Nak rasa pulak. Siap share lagi dengan kekasih video apa yang best.
Lama kelamaan, kadang2 aku fikir juga dosa aku ni. Aku orang dihormati, best student, jaga batas dengan orang lain melainkan kekasih aku, jaga solat, jaga hak2 orang, selalu sedekah .Tapi setiap kali fikir mati aku jadi takut, sebab masih ada dosa yang aku memang tak boleh tinggal.
Walau macam mana hati diketuk, aku cakap ala takpelah tgk je, at least aku tak berzina lagi. Better tengok dari berzina.
Tapi aku masih rasa bersalah. Setiap kali je lepas aku tengok, aku akan solat taubat dan benci diri sendiri rasa Kotor sangat. Mula2 aku okay. Tapi kalau time stress. Aku nak distract, aku cari keseronokan mata berjam2, lepas tu masturbate dan aku terus boleh tidur. so aku tetap kalah dengan nafsu sendiri.
Walau dah ringan2 dengan kekasih tapi apa yang dapat ringan2 tu tak seseronok tengok benda tu. Sebabnya dengan kekasih tak advance sangat. Lama2 mungkin sebab aku paksa juga untuk solat taubat setiap kali lepas tengok, aku dah dapat kurangkan ke seminggu sekali.
Sampai lah satu tahap aku seronok tengok, tapi lepas sejam, aku rasa jijik dengan benda yang aku tengok. So duration each time aku tgk video makin kurang hinggalah sampai satu tahap aku tengok 5 minit je aku dah rasa jijik.
Dan cara paling berkesan, aku mula doa. Tiap kali datang je rasa nafsu nak tengok, aku pejam mata dan doa ” Ya Allah buat lah aku benci maksiat sebagaimana aku benci dicampakkan ke dalam api neraka”, aku ulang2 terus Allah padamkan keinginan tu. Aku rasa tenang. Rasa macam tak percaya aku berjaya lawan nafsu.
Alhamdulillah sekarang dah 2 tahun lebih aku tak tengok langsung. Sampai tahap tengok orang pakai seksi sikit walau kat fb, terus aku skrol laju2 , rasa tak nak tengok benda yang kurang elok dan berdosa.
So, aku nak cakap:
1) Kepada semua yang masih berusaha untuk tinggalkan, paksa lah diri untuk solat taubat. Jangan anggap ala takpe bukan zina yang dasyat, zina kecil2 je pun. Jangan lah biar hati hitam. Hingga tahap ada pasangan sah pun rasa tak seseronok video2 melampau.
2) Jangan putus harapan. Setiap kali kau gagal, jangan ingat kau ni manusia paling tak guna. Rasa Allah tak sayang sebab kau masih tak boleh tinggalkan. Rahmat Allah sangat luas, jangan pernah mengalah untuk mencari keredaan Allah.
3) Ingatlah Allah maha melihat, walaupun kau seronok sorang2, ingat orang tak tahu. Tapi Allah ada. Allah nampak, tak malu kah pada Maha Suci.
4) Jika sometimes rasa macam keinginan itu melampau, sedarlah tentang keindahan pernikahan yang suci yang Allah simpan untuk kau terokai dengan rasa bersyukur pada Allah. Masa kau akan tiba satu hari nanti.
Doakan aku istiqamah untuk cari redha Allah. Aku doakan kepada yang masih struggle, Allah bantu kau untuk tinggalkan maksiat itu. Amin…
– Hamba
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Terima Kasih ☕
Terima kasih saya akan tinggal kan maksiat itu semenjak ni lalu kat fyp saya surah Al-Israa’ ayat 32