Assalamualaikum wahai sahabat semua.
Bagi yang ada masalah ketagihan onani. Saya ingin mengajak, sahabat yang belum dapat meninggalkan perbuatan onani, sahabat perlu mulai langkah saat ini untuk meninggalkan. Percayalah insyaaAllah dengan segala pertolongan Allah sahabat boleh meninggalkan perkara ini.
Pertama kali, sahabat jangan layan!! jangan layan bila ada perasaan untuk melakukan onani. Namun, sebelum itu sahabat perlu sedar dan benar-benar menyakinkan diri iaitu sahabat berasa begitu terseksa selepas melakukan perbuatan onani.
Terseksa bagaimana? Sahabat kan merasai bagaimana rasa terseksa dalam diri iaitu merasa penat, rasa tidak bersemangat, ternyata bercakap dengan hati betapa perbuatan ini menjejaskan hubungan dengan Allah s.w.t.
Sebelum untuk sampai ke peringkat tak nak layan, sahabat perlu muhasabah diri betul2. Bagaimana muhasabah? Perkara yang paling dekat untuk muhasabah.. apa yang sahabat rasa bila buat perbuatan itu? Adakah rasa bahagia? Menderita?
Dan yang pasti seronoknya sangat sekejap dan kesan buruk nya sangat banyak termasuk kesan kepada kesihatan dan yang paling merugikan masa2 untuk diluangkan beribadah pada Allah rosak akibat onani. Bukan itu sahaja, mata, akal semua jadi rosak kerana lihat benda haram dan fikir benda haram.
Jadi sangat penting untuk cari 1 motivasi yang kuat kenapa nak tinggalkan perbuatan onani?
1) Nak perbaiki hubungan dengan Allah dan nak rahmat dari Allah, nak kasih sayang dari Allah.
2) Sedari kesan yang sangat buruk pada kesihatan diri.
3) Nak bahagia di dunia dan akhirat.
Jadi ini antara cadangan2 motivasi untuk meninggalkan perbuatan onani. Setiap orang ada motivasi tersendiri. Ni adalah contoh2.
Peringkat muhasabah ni kena hayati betul2 dan kena yakinkan hati yang ‘aku’ benar2 terseksa bila buat onani, jadi aku tak nak buat dah, sebab aku nak bahagia.
Satu lagi sahabat yang terlibat dengan onani, jangan putus asa… sebab ingat tak tentang 1 perkara? Orang yang benar2 bertaubat jadi bersih seperti tidak pernah melakukan perbuatan onani, misalnya benar2 taubat dari perbuatan onani. Perkara yang amat penting kena selalu bagitau Allah dari hati yang dalam… Ya Allah bantu aku meninggalkan perbuatan maksiat ini.
Jadi bagaimana nak meninggalkan onani?
1) Perlu ada rasa menyesal? Menyesal lah bila buat, ibadat pun jadi terjejas.
2) Nikmat tangan yang Allah kurniakan, digunakan untuk melakukan maksiat.
3) Mata yang dikurniakan Allah untuk melihat kebesaranNya diguna untuk melihat benda haram.
4) Begitu juga akal, jua jadi rosak…diguna untuk berimiginasi benda haram untuk puaskan nafsu.
Wahai sahabat2, yang terlibat dengan onani… kebanyakan contoh2 di atas adalah bagaimana nak meninggalkan perbuatan onani, banyak menggunakan alternatif kesedaran dari dalam diri, motivasi yang sangat kuat, penyesalan, dan sangat perlu untuk betul2 menghayati sampai ke dalam sehingga kan… berkata kepada diri… bagaimana di saat aku buat onani, sakaratul maut datang?
Kalau tidak datang penyesalan, tidak datang jugak kesedaran, keinsafan… bercakap dengan Allah…bagitau Allah… kenapa dengan aku ya Allah? Aku sepatutnya merasa menyesal, insaf… kenapa aku tidak rasa apa2. Ya Allah bantulah aku… beri hidayah pada ku… minta pada Allahh.
Namun saya percaya sahabat2 yang pernah terlibat mesti rasa sedih atau rasa menyesal kan setelah melakukan onani. Bila ada penyesalan alhamdulillah… itu tanda kasih sayang dari Allah.
Apabila sahabat sudah melalui proses yang saya kongsikan di atas, langkah seterusnya sahabat perlu berani, lawan, dan jangan layan bila ada rasa perasaan nak buat onani tu. Sibukkan diri dengan perkara yang berfaedah.
Salah satu berbakti pada ibu bapa.. dan perkara faedah lain. InsyaaAllah bila berbuat baik pada ibu bapa… ada berkat… kan Allah perintah kan berbuat baik pada ibu bapa… insyaaAllah Allah akan bantu untuk meninggalkan perbuatan onani.
Wahai sahabat2, perlu mulakn langkah berani, lawan, hadapi dengan tenang dan jangan layan dah perasaan nak buat onani, sebab bila ada langkah berani lawan dan tak layan. Masa2 seterusnya insyaaAllah bila kita dah terbiasa dengan gaya baru iaitu berani dan lawan dan jugak jangan layan perasaan nak buat onani tu… lama2 insyaaAllah sahabat2 betul2 dapat tinggalkan onani insyaaAllah.
Berita gembira untuk sahabat2 yang terlibat dengan onani… apabila sahabat 2 dah betul2 taubat nasuha… iaitu tidak ulang lagi perbuatan itu… seolah2 sahabat tak pernah lakukan dosa itu. Allah maha pengampun.
Ini adalah sebahagian perkongsian saya untuk membagi semangat pada sahabat2 yang terlibat dengan onani untuk terus berusaha untuk mengejar kebahagiaan manisnya menjauhkan diri dari perkara yang dilarang Allah dan melakukan perintah Allah.
Jadi bila dah nekad nak tinggal onani, jangan tonton video lucah, jangan baca bacaan berkaitan lucah, jauhkan dari perkara yang berkaitan dengan yang boleh menjebak diri dalam perbuatan onani. Wallahualam..
– Sinar pena (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ustaz cara cara nak taubat bagi orang yang mengeluarkan air mani menggunakan tangan plisss saya sungguh menyesal dalam perbuatan saya