Bertemu Tanpa Sengaja, Mencintai Secara Tiba-Tiba Dan Melupakan Secara Terpaksa

Assalamualaikum semua. Sekadar perkongsian yang boleh dijadikan pengajaran untuk semua perempuan yang masih belum dipertemukan jodoh.

Aku berusia 27 tahun, yang mana boleh dikatakan majoriti kawan-kawanku sudah berumahtangga. Aku juga merupakan anak bongsu yang mana kakak2 dah kawin, tapi masih ada kakak yang belum kawin, so that kemana saja mesti dengan dia & mak.

Aku juga dari broken family, jadi mak sangat strict kalau perkara yang melibatkan hati & perasaan ni (in other words, cinta).

Alhamdulillah, aku dikurniakan keluarga yang sangat baik, bertimbang rasa & sangat manjakan aku. Even sepupu sepapat ke, makcik pakcik ke, semua layan aku dengan baik & boleh dikatakan manjakan aku laa.

Aku juga direzekikan dengan rezeki yang cukup, walaupun nampak mewah, tapi aku tetap beranggapan cukup, dan kira worth it dengan apa yang kami sudah lalui dulu.

Macam yang aku mention tadi, aku dari broken family, jadinya aku rasa hidup kami sekarang adalah hikmah yang direzekikan disebalik ujian yang kami harungi dulu. Alhamdulillah ala kulli hal…

Dan aku? Sudah pasti akulah adik bongsu paling manja dalam family yang beruntung yang selalu dilayan bak puteri oleh adik beradikku.

Sampai umur aku sekarang pun mereka masih melayaniku seperti aku dulu. Aku bersyukur, merekalah ayah, merekalah ibu, merekalah abang & kakakku.

Berbalik pada tajuk utama, aku bukanlah tak pernah bercinta dalam hidup aku.. Pernah sekali, tapi aku rasa dia lebih kepada duniawi. Yang lain? Cuma bertarik tali, buat aku tak ingin membuka hatiku lagi…

Sampailah, tahun ni, aku dikenalkan dengan seorang lelaki. Perkenalan yang bagi aku agak comel untuk orang muda macam kitorang zaman sekarang ni haha!

Sebab kawan baik kepada suami kawan baikku sendiri. Faham tak? Haha and perkenalan yang macam orang dulu2 la bagi2 gambar, tukar contact number. Dan mula la whatsapp…

Oh ya, sebelum tu masa aku jumpa kawan aku, bulan puasa ya, tiba2 kawan aku cakap, suami dia nak kenalkan aku dengan sorang kawan baik dia.

Aku pun dengan keadaan yang confuse & of course terkejut, aku terus terfikir jauh di benak fikiran aku ni “eh jodoh aku dah sampai ke” “eh yang aku doa hari2 dah nak terjawab ke” haa macam tulah fikiran aku ketika itu…

At last, kawan aku cuma kata ni saja2 je mana la tahu berjodoh kan, senang! Haha jadi aku pun bersetuju untuk bertukar number & gambar.

Sebab why not kan? Manalah tahu jalan cerita jodoh aku semenarik ini hehe.

First dapat nombor dia tu, aku takut hahaha yelah wak kita ni dah lama single mingle memang tak tau nak buat apa, oh and ya, gambar dia aku tak dapat pun sebab dia takde gambar proper sorang diri katanya haha, so aku diberitahu instagram dia sahaja.

Jadi kita pun follow ajela kan, lepastu berdesup laju ek followback hahaha. Ambil masa sehari juga la dia nak contact aku dulu. Jadi bermulalah our first conversation…

Dia cuma bagi salam sahaja, biasalah dry texter kan haha. Aku yang mulakan pertanyaan kononnya “eh kawan si polan ke” haha camtuuu.

Then tanya dia tengah kerja ke, since hari kerja & waktu lunch hour la dia nak start conversation kan. Lepastu dia terus “ye kerja wak, demi menghalalkan awak”

Eh ehh baru start dah macam tu? Kita ni memang cepat melting, memang nampak macam princess je selalu. Tapi kita ni garang tau hahaha.

So begitulah permulaannya… Tapi biasa2 je conversation kami even effort yang diberikan pada permulaannya boleh dikatakan 100% kira aku la yang jual mahal mula2 ni hahahaha.

Lepas beberapa hari berborak, dia terus decide nak jumpa, tapi tak jadi pulak dia terlupa yang dia ada hal penting. Sampai la kita planning untuk jumpa masa raya.

Oh ya, dia bekerja sendiri jadinya dia memang busy person in the world la cerita dia. Dan dia seorang yang dry texter, tapi kalau call fuh macam pakcik bawang pun ada haha.

Akan tetapi dia memang mempunyai personality yang rare, which is dia boleh hidup kalau takde phone ye. Memang tahap kesabaranku sangat tinggi dengan dia ni. Reply whatsapp keesokkan harinya tu sudah normal & lali.

Aku ok je, sebab aku menghormati masa dia, yelah aku ni belum priority dia lagi (even kadang2 aku berharap) dan dia terlalu banyak tanggungjawab nak digalas.

Btw dia ni anak sulung & ada company kecil sendiri, so faham2 la kan macam mana. Bagi aku dia ni baik, bagus dalam society dia, seorang boss yang sangat bertimbang rasa dengan employee dia & sangatlah familyman (boleh dikatakan semuanya ciri2 idaman aku haha)

Ok lah berbalik pada personality dia yang rare tadi, dia ni kalau demam ke sakit ke, jenis tak pegang phone dah. So keadaan dia yang terkini akan unknown la haa gitu.

Untuk aku nampak cool & tak terkejar2 so aku biar aje lah. Tak nak beriye sis, takut terluka haha.

Sampai bila aku nak tunjuk side cool aku kan, sedangkan hati aku dah tak keruan haha jadinya apa susah, kawan2 kan ade, so kita tanya jela haha. So even dia ni rare, tapi aku onz je sebab kita cuba adapt & memahami.

And, dia jenis aku kena contact dulu, sebab dia kata terlalu banyak orang contact dia, jadinya nama aku ni dah kebawah2 sangat, haa gitula.

Kiter layan ajelah sis. Effort dari kita pulak kan huhu…

Hari demi hari berlalu… Setiap kali nak jumpa pasti ada halangan (dia mesti diganggu oleh customer2) aku calm down lagi. Bagi aku relax la, masa masih panjang kan.

Sampai la satu tahap dia ignore je aku (padahal dia busy, dia tak sempat nak contact aku, aku yang beriye merajuk konon) aku pun berhenti contact dia untuk beberapa hari. Aku rasa mcm aku je beriye lebih sekarang ni. So mana boleh kan?

Aku kan cool haha. Lepas aku stop contact dia, tengok dia kerap update lagu sedih, haha so aku rasa eh ni untuk aku ke.

Jadi aku try la tanya “layan perasaan ke” dia reply “taklah layan penat, penat sangat lately ni” aku pun bagi la setepek, “patut la asyik kena ignore” wah dia terus call ye hahahaha.

Aku ingatkan call nak cakap sesuatu yang boleh menyedapkan hati aku, akan tetapi… Dia kata dia tak nak aku terlalu berharap dekat dia, sebab sebenarnya mak dia ada jugaklah kenalkan dia dengan anak kawan baik mak dia.

Tbh, Tuhan je tahu perasaan aku waktu tu… Aku dah mula biasa2 je tak nak beriya.

Kemudian conversation kitorang agak slow.. Sampailah satu haritu dia langsung ignore aku, untuk berhari-hari… Dalam masa beberapa hari aku try contact jugak, tapi no response.

Mestilah fikiran aku ni terus je pikir, oh mesti dia contact perempuan tu kot. Ok it’s ok, atleast dia dah bagitahu aku kan. So aku kena move forward & biarkan dia…

Tipulah aku tak sedih, sebab macam aku mentioned di awal cerita, dia datang secara tiba-tiba kan. Kitorang tak pernah kenal each other, tak pernah tahu kewujudan masing2. Alih2 terkenal pulak kan, so aku percaya kita ni dikenalkan dengan seseorang mesti bersebab.

Jadi aku akur dengan takdir yang telah tertulis. Buat beberapa minggu, aku buang semua tentang dia, number, media social, semua gambar yang dia keep updating me (ye dia suka jawab guna gambar je gais pergi mana buat apa hahaha, dry texter kan)

And guess what, it’s really haunted me, aku rasa jiwa aku ni macam tan tenteram kenapa ya aku tak boleh nak let everything go…

Macam2 dah aku cuba, aku taknak mention sebab aku sedih bila ingat struggle aku masatu… Sampai la, bila aku baca balik conversation aku dengan kawan baik aku, masa mula2 kitorang pass each other punya number.

Masatu buat aku terdetik, eh kenapa aku nak hilang dari hidup dia sedangkan dia yang mulakan? So aku saja save balik number dia, and nak tengok apa dia buat.

Oh yas, rupanya memang dia keep watching what I’m posting and paling pelik is dia kerap post status whatsapp, which is dia tak pernah update sangat pun dulu, melainkan raya hahaha.

So aku pun update benda biasa yang aku update la, kalau over sangat karang nampak sangat pulak kan lol.

Pastuuuu dia dah start posting benda yang menampakan yang dia agak broken la. Eh pelik sungguh la aku masa ni. Hari demi hari aku rasa aku dah takleh nak tahan tengok posting dia. So aku decide untuk buat sesuatu haha.

Satu hari tu, aku cuba whatsapp dia, bagi salam je sis haha saja macam dia mula2 contact aku dulu. Then sepantas kilat dia reply, dengan bermojikan dengan emoji sedih… Aik? Aku yang patut sedih ke dia ke haha confuse kan.

Oklah sebelum korang judge yang dia nak playboy ke buaya ke, let me explain first ya, dia ni last bercinta masa sekolah je, dia dah lama tak bergaul dengan perempuan pun selain family atau customer dia. So sebab tu dia ni boring haha.

And perempuan yang nak kenal dengan dia mesti ada kesabaran yang tinggi menggunung.

Ok then dari situ kitorg ada discuss with a deep conversation la kan, sampai la tahap we’re back again, and it’s better then before. Masani aku bersyukur sangat aku mulakan conversation tu semula.

Maybe dari sini aku dah nampak beberapa effort dia yang mana dia sentiasa keep updating me, even sekejap la dalam pada busy dia tu. Tu pun dah make me touched apa kan hehe.

Then kitorang dah start kerap call aje bila free. Masa ni aku rasa berbunga2 la tiap hari. Sebab ada je benda baru yang kitorang tahu pasal each other.

Oh ye and dia sangat suka tanya aku pasal kerja aku. Bila aku ada masalah pasal kerja pun dia selalu bagi kata2 yang rational la sebagai seorang yang berpengalaman kan. Even benda personal (pasal kerjaya) pun dia dah share dengan aku.

So aku rasa hubungan ni macam dah nak menuju ke arah yang lebih serious la kan. Aku tetap layan kan aje. And dia yang banyak start conversation, ingat beberapa benda penting pasal aku. Dalam kesibukan dia? So maksudnya apa? Mestilah dah start anggap aku priority.. Maybe?

Oh ye, masa yang kitorg deep conversation tu, salah satunya dia cakap yang perempuan yang mak dia nak kenalkan tu dia contact masatu je.

Dia tak suka pun. Aku pun dia takdela kata taknak kenal lagi, cumanya dia terlalu obses & fikirkan company dia je. So masatu I guess oh aku masih berpeluang la kan? Betul tak? Hehe sebabtu aku teruskan je perkenalan ini…

Dan… aku rasa aku dah bahagia la sekarang ni. Tapi dalam masa yang sama, aku hati2 jugak.

Aku selalu doa supaya biarlah aku kekal dengan pendirian aku, macam mana aku tahu Allah boleh je nak berbolak balikkan hati kami… Tak lama pun sis, adela dalam sebulan dua camtu, tiba2 senyap tanpa khabar berita…

Sekali lagi… Aku cuba call, no response, whatsapp, no response.. Untuk dua hari tu aku faham, sebab kitorg weekend memang busy. Bukan dia je, kiter pun ada life kan haha. Tapi bila berbalik pada weekdays, aku dah seram dah benda yang sama nak berulang kembali ke…

Nampaknya betul. Sampai lah saat aku menulis luahan aku di IIUM Confession platform ni, haa sampai saat ni la tiada khabar berita.

Yang aku kecewakan, aku pernah cakap, bagitahu kalau taknak teruskan, bagitahu kalau rasa2 ada halangan, bagitahu kalau tak direstui.

Aku boleh terima walaupun sakit untuk ditelan, tapi sekurang-kurangnya kita diberitahu, bukan di tinggalkan tanpa sebab.

Oh ye, sebelum tu, mak kitorang masing2 ok je, kitorang dua2 dah mintak izin mak masing2 nak berkenalan ni.

Yelah kawan2 kitorang laki bini tu baik dari segala aspect, so memang mak masing2 onz aje. And, yang mak dia nak kenalkan dia dengan perempuan tu pun dah lama sangat dah, sebelum mengenaliku lagi, gituuu.

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan aku sekarang ni… Nak berdamai dengan takdir pun susah sebab aku taktau punca & sebab… Kalau tahu senang cerita dia kan. Yang aku boleh cakap, aku kecewa…

Terlalu kecewa, kecewa dengan diri aku yang masih beri peluang pada hati aku untuk memberi ruang, kononnya ada sebabnya tiba2 kenal orang ni… Kecewa dengan dia? Tu dah semestinya, cuma lebih banyak menyalahkan diri sendiri…

Aku tak tahu nak berdamai macam mana lagi. Mustahil untuk tidak bertemu, sebab masing2 berkawan baik dengan kawan masing2. Aku taknak ending dia aku membenci dia, tapi tulah hakikatnya…

Aku boleh je nak luangkan masa, mencipta hobi baru and nak buat macam2 benda. Tapi bila benda yang melibatan hati dengan perasaan ni aku betul2 tewas. Sekarang ni aku betul2 berada di titik terendah. Aku cuma memerlukan doa & kata2 semangat dari semua…

Aku tak berani nak cerita pada sesiapa lagi kecuali orang kawan rapatku sendiri. Segala usaha untuk aku redha, aku dah buat. Cuma nak lupakan semua benda tu aku tahu makan masa, tapi aku terlalu kecewa…

Begitulah cerita yang aku nak kongsikan, sebabtu aku tajukkan dia begitu, terjumpa dekat fyp tadi pastu rasa relate sunnguh dengan aku.

For dearly girls out there, ye hati kita ni rapuh, senang sangat nak suka kat lelaki kan, tengok la even sekeras2nya laki tu, dia baru tunjuk effort 30% pun kita dah cair.

Jadi, jangan terlalu berharap pada manusia ya sayangku, nanti Allah jealous, so dia bayar cash je untuk buat kita kecewa dengan pengharapan yang salah tu…

Thank you sudi membaca even panjang berjela! Moga-moga segala kekecewaan kita, kesedihan kita, Allah gantikan dengan segala kebaikan yang terbaik dari Dia & berganda. Semoga kita sentiasa dibawah lindunganNya & rahmatNya, amin YRA.

Tulus,

A daughter who are struggling to move on..

– A Daughter (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *