Bertepuk Dua Belah Tangan dan Tarik Tali

Assalamualaikum. Hai para pembaca. Aku perkenalkan diri. Aku seorang wanita di penghujung 20 an. Aku ingin luahkan disini kerana tidak ingin dikenali dalam kalangan orang terdekat.

Aku mula kan begini. Aku telah menyambut tali yang dilemparkan si Amer ini. (Aku nama kan dia Amer). Melihat raut wajah Amer tipikal lelaki melayu terakhir. Pandai masak, rajin bekerja, keluarga baik2 dan berbudi bahasa.

Di awal perkenalan tiada sekelumit pun hati atau perasaan terhadap dia. Tiada. Kerana ketika itu aku sedang bercinta dengan si Faris (aku namakan dia Faris).

Namun dia telah memberi hint seolah2 sukakan aku, memuji hasil kerja aku, membalas laju chat aku dan sering memandang aku.

Pandangan mata dia bukan pandangan biasa. Dia juga sering bercakap dengan aku seolah2 sedang mencari bakal isteri. Sehingga kan kawan2 aku menyuruh aku mencuba nasib. Ini lah yang aku katakan dia melempar tali.

Ya. Aku sambut tali itu. Ketika aku menjadi tunang si Faris. Oleh kerana semenjak bertunang, kami sering bergaduh lah saling cemburu lah saling menyakiti lah.

Dan sikap Faris yang sering “ghosting” setiap kali kami bergaduh membuatkan aku terasa hati. Maka akhir nya aku putuskan pertunangan. Selain itu juga salah satu sebab aku putuskan pertunangan kerana tiba2 aku asyik teringatkan si Amer ini.

Selepas solat istikharah, aku beranikan diri ber “mesej” dia. Lebih kepada bertanya tentang diri dia. Masa berlalu, semenjak itu si Amer ini tidak ubah seperti orang angau sedang bercinta. Dari perkara remeh temeh sehinggalah perkara besar semua dia akan rujuk aku (Hal kerja).

Dari gaya dia bercakap, tutur kata dia yang lembut dan sopan.

Dari gaya chat2 dia, dengan laju nya membalas mesej2 aku.

Dari raut wajah nya yang memandang aku seolah2 sangat sayang.

Dari pandangan mata dia yang sering memandang aku. Sehingga aku jadi tidak selesa. Tapi aku diamkan.

Apabila aku menolong dia menyiapkan kerja tidak lekang ucapan terima kasih.

“Terima kasih yaaa”

“Hahahaha terima kasih”

“Terima kasih yaaaa”.

Hanya dia sahaja begini. Orang lain tidak. Ini pertama Kali aku jumpa lelaki seperti ini.

Masa terus berlalu. Dia masih dengan sikap begitu. Aku? Aku semakin jatuh hati terhadap dia. Tipulah kalau kata tidak suka. Dari segala aspek memang jelas terpancar di raut wajah dia, dengan jelas dia juga ada perasaan terhadap aku.

Aku tertanya2 kenapa dia bersikap begini terhadap aku. Suka kah? Atau sekadar melempias rasa bosan?.

Kalau suka kata kan suka, tidak lah hamba ternanti2. Ya. Dia memberikan respond yang baik. Sehingga aku jadi buta dan pekak. Kerana ini la Kali pertama aku merasa begini.

Tetapi tidak panas sehingga petang, rupanya hujan di akhir waktu.

Aku dikejutkan dengan berita pertunangan dan perkahwinan dia. Alangkah terkejut nya aku. Pedihnya bukan kepalang. Aku mula tertanya2.

Dimana silap aku?. Ya. Dia sudah menjadi milik bidadari lain.

Aku terdiam. Aku mula tertanya2. Jika tidak suka mengapa melayan dan memberi harapan? Kenapa buat aku seperti tali?

Masa suka tarik, masa tidak suka lepaskan. Aku bukan mahu ungkit, tetapi banyak tenaga yang aku habiskan untuk membantu dia. Aku kah yang bodoh kerana menolong dia dan berharap?..

Kalau tidak suka kenapa melayan?.

Sesudah berita pertunangan dan perkahwinan dia. Dia masih sama.. Masih melayan aku dengan begitu.

Aku? Aku mula mengundur diri perlahan2. Tetapi dia seolah2 memberi harapan lagi. Sehingga aku keliru, adakah benar dia sudah milik orang? Entah2 saja berkata begitu kerana ingin melihat reaksi aku.

Ya. Salah aku lagi. Aku terima harapan dari dia. Aku terima lagi tali yang dia lemparkan. Dia seperti itu lagi. Masih sama.

Akhirnya, aku mendapat khabar dia telah selamat bernikah dengan wanita pilihan hati nya. Seorang wanita baik yang berpudah dan dari keluarga baik2.

Wanita itu sangat lembut tutur kata, sangat cantik mata nya. Mak ayah wanita itu juga ahli agama. Kiranya mereka ibarat pasangan sama cantik sama padan.

Apa kurang aku? Tidak berpurdah? Bukan keluarga ahli agama?

Aku ingin bertanya. Kenapa beri harapan jika sudah jadi tunang orang? Kenapa masih bercakap manis dan merenung mata ini tatkala kita berdua?

Aku? Aku terpingga2. Aku terasa hati. Aku masih berdiri memegang tali ini. Tali yang pernah dilemparkan kepada aku. Dan aku dengan naif menyambut tali ini. Akhirnya aku sendirian dengan tali ini.

Adakah aku sedang dipermainkan oleh dia?

Aku cuma mampu berdoa semoga bakal anak2 dia tidak mengalami nasib seperti aku. Kerana biarlah aku sahaja dimainkan seperti tarik tali.

Adakah aku ini sekadar teman tapi mesra? Adakah aku sekadar perempuan simpanan stok cuci mata?.

Aku yang bertepuk dua belah tangan akhirnya bertepuk sebelah tangan. Aku lah yang sedang sakit dihujung cerita ini.

Tetapi aku redha. Aku selama ini syok sendiri. Aku selama ini hanya bermain tali, aku selama ini menaruh hati. Aku selama ini menyimpan rasa. Ya. Salah aku kerana memberi hati kepada lelaki yang bermain tarik tali.

Cuma buat lelaki2 diluar sana. Jangan beri harapan. Jangan melayan. Jangan reply chat laju2. Jangan hanya lembut tutur kata dengan seorang wanita jika kau tidak berniat memperisterikan dia. Jangan.

Jika kau tahu wanita itu mempunya hati kepada kau, katakan tidak jika kau tidak suka. Katakan saja “saya anggap awak kawan saja”. Tak perlu berbasi2 melayan cerita. Tak perlu lebih2 memberi hint2 lah. Jadi lelaki matang sikit.

Lebih mudah jika dari awal cakap ” saya hanya anggap awak kawan tidak lebih dari itu “. Jangan main kan hati & perasaan orang. Jangan main tarik tali.

Awak masuk ke alam perkahwinan, awak bina kebahagian atas air mata saya Amer. Saya doakan awak bahagia Amer. Tolong pergi jauh dari hidup saya. Dan terima kasih kerana memberi saya rasa perasaan ini walau hanya beberapa masa.

Tolong doakan aku terus kuat kerana aku tonggak keluarga. Aku sayang keluarga aku. :).Aku si gadis naif memberi hati kepada lelaki yang bermain tarik tali.

Terima kasih.

Semoga setiap doa berbalik kepada pembaca juga.

– Mawar menangis. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *