Salam semua. Aku Tahoolee, wanita bujang, berumur hampir 40 tahun. Bekerja professional.
Tengok pada tajuk artikel aku ini, mesti ramai yang tak pernah dengar apa itu Bertolotti’s syndrome kan?
Bahasa perubatannya ialah lumbosacral transitional vertebrae (LSTV). Ada ketumbuhan lebih pada tulang lumbar belakang, selalunya L5.
Dan ketumbuhan lebih ini akan hampir bercantum atau bercantum terus dengan tulang sacrum. Sebab itu namanya lumbosacral.
Kalau ada orthopaedic surgeon yang baca ini, mohon betulkan kalau silap. Kalau anda nak tahu mana satu L5, mana satu sacrum, boleh Google.
Sejak bila Bertolotti’s syndrome ni terjadi? Sejak lahir. Daripada baby lagi memang tulang tu macam tu. Tapi, semasa kanak-kanak, remaja dan awal dewasa, tulang kita masih lembut.
Tapi, bila dah cecah 30an, tulang semakin keras, maka cantuman tu akan mula berasa teramat-amat sakit. Itu apa yang orthopedic surgeon explain pada aku dulu.
Aku mula sakit semasa berumur 32 tahun. Masa tu, segala benda tak kena.
Duduk sakit, berjalan sakit, nak masuk kereta sakit, nak keluar kereta sakit, baring sakit, mengiring sakit, nak bangun dari baring lagilah sakit. Berjalan ni macam kaki sebelah stucked. Senget senget jalan.
Aku cuma mampu menjerit seorang diri saja sebab sakit sangat. Kemudian, aku pegi ke hospital kerajaan, bahagian ortopedik.
Mula-mula aku didiagnosis oleh doktor sebagai prolapsed disc melalui xray, walaupun aku tengok xray tu macam ok saja tulang belakang aku.
Aku pun pergilah physiotherapy. Tapi disebabkan waktu appointment physiotherapy banyak ganggu waktu kerja, maka aku stop pergi. Aku exercise sendiri di rumah.
Doktor juga prescribed pain killer, tapi aku jarang makan. Aku cuba tahan sakit selagi mampu.
Next appointment aku dapat jumpa orthopedic surgeon. Mr Goh nama beliau (dah quit dari kerajaan dan masuk swasta).
Mr Goh tengok hasil xray aku, terus dia point pada lumbosacral itu. Dia pun explain pada aku mengenai syndrome ini.
Pada masa tu ada sorang HO attend aku, dia pun belajar benda baru. Mr Goh arahkan aku buat MRI.
Aku balik rumah, aku google mengenai syndrome ini dan baca review articles. Dari situ aku dapat tahu sedikit sebanyak mengenai Bertolotti’s syndrome.
Bila result MRI keluar, memang confirm aku menghidap syndrome ini. Aku tanya Mr Goh, ada cara nak sembuh ke?
Dia cakap boleh buat surgery untuk kikis tulang tu bagi ada ruang, tapi prognosis tak pasti, sebab ada kemungkinan tulang tu tumbuh balik macam asal.
Sebab memang dari lahir pun macam tu kan. So, dia akan balik pada asal. Mr Goh tak sarankan surgery. Dia cuma suruh aku makan painkiller bila sakit dan exercise selalu.
Sejak itu, bermulalah kehidupan aku menanggung kesakitan setiap hari, setiap masa.
Kalau nak tunduk, silap sikit tersentap bahagian tulang tu, menjeritlah aku. Kalau baring, nak pusing mengiring, tersilap gaya, sakitlah. Nak bangun tidur, kena bangun berhati-hati dan ada caranya.
Hanya yang menghidap saja yang tahu. Dulu duduk rumah sewa, tilam atas lantai. Hanya Allah saja tahu betapa seksanya aku menanggung sakit setiap hari.
Masa itu tak mampu nak beli katil. Sekarang dah duduk rumah sendiri, belilah katil tinggi sikit dan tilam yang selesa.
Itupun kena berhati-hati jugak, sebab apa saja pergerakan, silap buat, tersentaplah sakitnya. Tak tahu nak explain macam mana.
Aku tulis artikel ini pada masa tengah menahan sakit ni. Sakit sangat. Sharp pain. Aku cuma nak luahkan perasaan saja. Tak pernah lagi luahkan begini kat mana-mana dan sesiapa. Hanya luahkan pada Allah saja.
Aku fikir nanti kalau kahwin, kemudian mengandung, macam manalah pinggang aku boleh tampung ye. Mungkin masa tu Allah bagi kekuatan luar biasa pada aku. Who knows kan.
Masa pergi umrah dulu, balik dari tawaf dan saie, aku terbaring atas katil menahan kesakitan. Tapi sebab situ tempat ibadat, kekuatan nak beribadat tu mengatasi rasa sakit. Aku berjaya jugak buat tawaf sunat setiap hari.
Aku sebenarnya redho dengan keadaan aku ini. Benda ini perlu aku tanggung sampailah ajal aku. Aku redho.
Mungkin asbab kesakitan berterusan ini, doa aku sentiasa dimakbulkan Allah, dosa-dosa kecil aku terhapus. Bila masa kesakitan tu terasa, aku sebut nama Allah.
Semoga itu jadi lubuk pahala aku juga. Ada orang yang tidak faham, diejek pulak aku mengada-ada. Aduhai… Kalau boleh dicabut sakit ini dan pindahkan kepada yang mengejek, barulah mereka insaf agaknya.
Aku cuba tunjuk kuat kadang-kadang, tapi bila sharp pain tu menyerang, terduduk aku dibuatnya. Dia macam tiba-tiba tarik kaki aku bagi duduk. Macam out of control. Aku redho.
Jadi, kepada yang sihat, teruskan jaga kesihatan diri supaya sentiasa sihat. Kepada yang ada chronic pain, sentiasalah menyebut nama Allah bila berlaku kesakitan itu. Masa sakit tu, berdoalah banyak-banyak.
Kena redho dengan apa yang Allah uji. Allah uji sebab Allah tahu kita mampu tanggung ujian itu.
Aku bersyukur ada keluarga dan kawan-kawan yang memahami condition aku. Yang tak faham tu, lantak merekalah. Diriku lebih penting berbanding mereka.
Okay, sekarang dah nak penghujung Ramadan. Jomlah kita ibadat sebanyak mungkin, doa sebanyak mungkin apa saja yang kita mahu.
Kalau ada pembaca yang mempunyai syndrome yang sama, komenlah pengalaman anda pula.
Okay, salam semua…
– Tahoolee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya pun dapat tahu ada penyakit ni.. Baru umur 20.. Sakit tu tuhan jer lah tahu macam mana.. Sampai ker tulang belakang rasa sakit tu. Asal yang daripada pinggang🙂