Assalamualaikum.. tq sbb sudi baca cerita aku. Nama aku N, sudah berkahwin. Apa yang buatkn aku terpanggil nak share kat sini adalah disebabkan akutengok rakyat Malaysia ni terlalu suka judge orang dr apa yang mereka pakai. Well, aku x cakap pasal orang lain sebab keluarga aku pun macamtu juga. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sangat mementingkan agama. Semua perempuan dalam keluarga aku bertudung. Semuanya memang menjaga aurat, xde yang pakai ketat2 dan sangat menjaga pergaulan batas antara lelaki dan perempuan. Sepupu2 aku semua pun dalam kategori yang macamtu, walaupun ada 2-3 yang pakai ketat sikit tapi xdela berlegging atau inner dan baju tak berlengan. Ceritanya bermula bila aku berkahwin dan dalam keluarga suami aku, hanya aku seorang sahaja yang bertudung. Ok, aku cerita dari mula.
Masa aku mula berkenalan dengan suami aku, aku pun ada la juga pandang negatif kat die sebabkn perangai die yg macam nampak jenis enjoy2. Tapi hubungan kami start dengan hanya berkawan jadi aku x peduli la dia ni enjoy ke solat ke x. Dalam banyak2 kawan perempuan dia, aku sorang jek yang bertudung. Hubungan kami memang sangat rapat mcm bestfriend. Jadi aku kenal kawan2 dia yg lain. Mula2 aku memang xde perasaan pun kat die. Mestila aku nak cari suami yang alim kononnya, yang boleh bimbing aku ke jalan yang baik. So bg aku, die memang bukanlah orang yang aku pilih. Tapi, makin lama, padangan aku pada die berubah. Sebab masa yang sama aku ada juga berkawan dengan lelaki lain yang alim, selalu bercerita tentang Islam, tapi dalam masa yg sama melayan perempuan dgn ayat2 manis. Yang mana buat aku rasa x selesa. Sebab suami aku ni sangat menghormati aku sebagai perempuan yg bertudung. Walaupun kami selalu berborak kosong tapi die x pernah bercerita benda2 yang bukan2 atau lucah dengan aku. Malah, bila kami keluar lepak, aku nampak cara dia menjaga batas2 pergaulan. Benda ni buatkan aku tertarik pada dia. Semakin lama kenal, barula aku nampak sisi baik diri dia, sikap die yg suka tolong orang, rupanya rajin ke masjid tapi dia bukan jenis yang suka menunjuk2. So, dipendekkan cerita kami berkahwin.
Keluarga aku memang dah kenal dengan suami aku tapi aku x beritahu sesiapa pun yang keluarga dia agak moden dan tak bertudung. Sebab aku tahu, itu adalah isu utama yang akan dibesarkan oleh saudara mara aku. Untuk pengetahuan, aku ni anak yatim piatu, jadi urusan kahwin aku pakcik makcik yang uruskan. sebenarnya bagi aku lagi susah sebab kalau aku ada mak ayah, yg penting mak ayah setuju aku pun rasa ok. Tapi, bila pakcik makcik yang uruskan aku terpaksa berbincang dengan semua pakcik dan makcik aku dan dengar pendapat mereka semua. Masa suami aku jumpa family aku, semua memang suka dengan dia. Semuanya positif. Tapi berbeza lepas keluarga suami aku datang ke rumah untuk berbincang tentang majlis kami. Disebabkan kami bercinta, kedua-dua keluarga pun setuju je untuk kahwinkan. Tapi, bila pakcik dan makcik aku nampak ahli keluarga suami aku ni tak bertudung, macam2 la isu yang keluar selepas tu. Dalam keluarga suami aku, memang semuanya x bertudung termasuk mak mertua aku sekali. Mereka semua memang nampak moden tapi masih sopan. Takdelah seksi macam Nora Danish (oopss). Maksudnya pakaian mereka memang takmengikut syariat tapi xdela sehingga menunjukkan lurah atau berskirt pendek. Mak mertua aku memang sentiasa berbaju lengan panjang dan seluar cuma tak bertudung.
Selepas keluarga kami berjumpa dan berbincang, semua pun setuju untuk tetapkan tarikh majlis kami. Tapi, selepas tu macam2 komen yang aku dengar dr mulut2 sedara mara aku. Ada yang cakap, kalau mak ayah aku masih hidup, mesti mereka xkan bersetuju dengan ikatan ni. Ini perkara yang memalukan keluarga dan macam2 lagi. Paling aku tak boleh lupa, bila ada yang bertanya pada aku sama ada suami aku ni solat atau x? Siap ada yang bagi cadangan bila ke rumah mereka nanti boleh minta mereka tunjukkan arah kiblat untuk tengok mereka ni solat atau tidak di rumah. Waktu aku dengar semua tu memang rasa nak menangis. Tak tahu pada siapa aku nak luahkan. Tapi aku takla cerita pada suami aku apa-apa. Bila dia tanya komen keluarga aku, aku cuma cakap mereka semua ok ja sebab keluarga suami aku ni nampak baik dan stabil. Benda ni berlanjutan sampai ke majlis kahwin aku. Masa nak dekat majlis aku, ada la orang yang menyindir kononnya nak tengok berapa lama aku akan bertudung. Kata mereka lepas beberapa bulan,mesti aku balik dengan tak bertudung dan berpakaian moden. Benda ni menyebabkan aku tanya ada suami aku, kenapa dia pilih aku? Dan aku beritahu dia, aku takkan sesekali buka tudung selepas kahwin. Waktu tu satu je jawapan suami aku, kalau dia nak perempuan tak bertudung sebagai isteri, die x kahwin dengan aku. Bila suami aku jawab macamtu, aku pun lega la. Lama-lama, aku malas nak fikir apa yang orang cakap. Aku pekakkan telinga ja. Macammanapun aku bersyukur sebab adik beradik aku sangat memahami dan menasihatkan aku supaya bersabar. Dorang percaya pada aku dan takde bagi pandangan negatif pada keluarga suami aku. Cuma akak aku nasihatkan aku supaya jaga diri, jangan cakap apa2 yang boleh mengguris hati pihak mertua dan jangan sesekali lupakan segala ajaran ayah dan mak. Aku ingat tu dan Alhamdulillah sampai sekarang aku masih bertudung lagi.
Selepas kahwin, barulah aku tahu bagaimana kehidupan keluarga suami aku. Ya Allah, aku rasa sangat malu dengan pandangan keluarga aku pada mereka. Walaupun mereka tak bertudung, tapi solat tak pernah tinggal. Mak mertua aku setiap pagi bangun untuk tahajud dan mengaji sampai Subuh. Siap dia nasihatkan aku suruh bangun tahajud sekali (malu aku). Sentiasa solat di awal waktu. Kalau dia tengah masak, azan terus dia akan kecikkan dapur, dan solat (memang dia da ready berwudu’ bila nak dekat mausk waktu solat). Tapi biasanya dia akan mengelak untuk buat apa2 kerja bila nak masuk waktu solat. Aku tahu mesti korang pelik kenapa dia tak bertudung kn. Secara jujurnya aku pun x pasti. Tapi memang dalam keluarga suami aku termasuk sepupu2 & makcik2 semua tak bertudung. Kakak ipar aku walaupun rajin bergaya dengan baju2 fesyen baru dan nampak sangat mementingkan duniya, sepanjang bulan Ramadan dia bangun tahajud sebelum sahur. Malah 2 kali khatam Quran sepanjang Ramadan. Bila dibandingkan dengan diri aku yang kononnya bertudung & alim ni sngatla jauh. Aku sekadar buat yang wajib ja. Sepanjang bulan Ramadan aku hanya khatam Quran sekali. Sejak aku berkahwin ni barula rajin ke masjid solat tarawikh setiap malam sebab suami aku ajak. Dulu sebelum kahwin aku buat kat rumah, kalau penat x buat (ikut mood). Solat aku pun masih kadang2 di akhir waktu, kadang terbabas dan qada’. Tapi keluarga aku masih lagi memandang keluarga suami aku sebagai kurang alim kerana pakaian mereka. Ya, aku tahu menutup aurat tu wajib. Tapi bagi aku, kita tak boleh pandang orang yang tak menutup aurat tu jahat dan kita yang menutup aurat ni baik. Setiap orang sama di sisi Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh bagi mereka hidayah dan mereka mungkin berubah jadi lebih baik dari kita.
Aku memang x menyokong mereka yang berpakaian tidak menutup aurat. Tapi aku tak lagi pandang serong pada mereka ni. Sebab aku sedar, kelebihan yang aku ada hanyalah aku menutup aurat dengan lengkap, tapi mungkin amal mereka lebih banyak dari aku. Keluarga suami aku sangat menghormati aku dan tudungku. Mereka tak pernah la minta aku buka tudung atau berpakaian macam mereka. Mereka menerima aku seadanya tanpa prejudis dan aku juga sekarang menerima mereka tanpa prejudis. Dulu, aku segan nak tunjuk gambar keluarga bakal mertua sebab takut orang pandang serong. Tai selepas hidup dengan mereka, aku tak pernah malu sebab aku tahu hati mereka baik dan amal mereka juga lebih baik dari sesetengah yang bertudung. Mak mertua aku tak pernah bercakap buruk pasal sesiapa pun. Dia layan aku macam anak sendiri, tak pernah bezakan aku dengan anak2 perempuannya ataupun menantu2 yang lain. Aku sangat bersyukur kerana diberikan keluarga ini sebagai keluarga mertua aku. Walaupun mereka dipandang tak baik kerana pakaian mereka, aku yakin dimata Allah mereka ni baik.
Kesimpulannya, jangan menilai seseorang dari pakaian ataupun fizikalnya. Kita hanya manusia biasa yang tak sempurna. Setiap orang ada kelemahan masing2, x payah sibuk duk bercerita pasal keburukan orang. Jangan sampai aib kita terbuka nanti. Bertudung itu wajib dan dituntut. Tahniah pada semua muslimah yang berjaya menutup aurat dengan sempurna tapi jangan sesekali dihina mereka yang belum berjaya menutup aurat dengan sempurna. Allah itu Maha Berkuasa, bila2 sahaja hati manusia boleh diubah. assalamualaikum.
– Aku yg bertudung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit