Assalamualaikum. Ini adalah confession daripada sahabat saya. Dia minta saya ceritakan sebagai pengajaran buat wanita-wanita di luar sana.
Saya mulakan dengan peribadi kawan saya dahulu:
Nama: A.
Pendidikan: Pernah sekolah agama.
Pakaian: Baju dan tudung besar.
Tak pernah dating, tak pernah berurusan kerap dengan lelaki.
Saya tak mahu berkongsi kisahnya secara terperinci tetapi terus kepada pengajaran:
1. Elakkan untuk selalu berdua-duaan dengan lelaki walau dengan apa alasan sekalipun.
Dia bekerja dengan seorang teman sekerja lelaki dan kerap bekerja bersama. Ada sifat lelaki tu menarik minatnya. Lelaki tu dah berkahwin. Namanya B.
Mula-mula A jatuh hati, tapi memandangkan B itu sudah beristeri, maka A hanya simpan je dalam hati. B tu teman sekerja senior dari A, jadi banyak pengalaman dan berkongsi kisah dengan A.
Lama-lama, B pun beritahu yang dia ada hati kepada A. B wara’ sikit. So, tertarik la dengan A. Siap bagi dalil lagi mengatakan lelaki boleh berkahwin lebih dari satu.
Kata B, isterinya pun tahu dan memang B berniat untuk memperisterikan A pada masa hadapan.
Nampak tak ia bermula dengan berdua-duaan? A dan B ni set baik tau (A yang cerita).
Ada sebab Allah berfirman “Laa takrabuzzina”….
2. Jangan mulakan dengan ‘ringan’. Ia akan berakhir dengan ‘berat’.
Bila dah confess, masing-masing pun macam dah bercouple. Pada suatu hari, dalam kereta, B telah berusaha untuk pegang tangan A. A Tarik dan menjerit ketakutan.
Ye lah, A kan budak sekolah agama, mana pernah pegang tangan lelaki. Nak tengok muka lelaki pun dia akan berfikir banyak kali. B pujuk, boleh cair babe.
Dipendekkan, A bagi kebenaran B pegang tangannya dan bermula dari itu kerap berpegangan tangan.
Kemudian, dari pegang tangan, pegang leher. Then pegang benda lain (faham-fahamlah). Astaghfirullahal azim.
Saya tau pun, mengucap panjang saya. A kata dia rasa diri dia kotor bila B dah pegang macam-macam. Tapi A ketagih. Dia mahu lagi.
Sebenarnya, mereka hampir melakukan zina (tapi muqaddimah sahaja) di sebuah hotel bajet. Tapi A menolak, jadi B buat ringan-ringan sahaja.
Allah, jantung nak terputus bila tahu. Ringan pun, still berdosa!
Kan? Jangan mula dengan ringan, nanti terjebak dengan berat!
3. Tidak terlambat untuk bertaubat dan doa adalah senjata mukmin.
Setelah BERTAHUN perkara ini berlaku, A bertaubat dan berdoa supaya dia ditaqdirkan jauh daripada B dan supaya diberikan kekuatan untuk menolak. Alhamdulillah, Allah maqbulkan!
Tapi B ajak juga berjumpa sekali sekala dan A minta untuk tidak berjumpa dalam kereta tapi di luar macam restoran.
Pada kali terakhir mereka berjumpa, terpaksa masuk ke dalam kereta juga (Biasalah, B pujuk).
B cuba lagi untuk pegang A di tempat tak sepatutnya dan cuba buat perkara lain yang sepatutnya suami isteri je buat.
A kuat, Alhamdulillah! Allah beri kekuatan kepada A untuk menolak. Habis di situ, A keluar menuju ke keretanya.
4. Janganlah jadi seperti habis madu, sepah dibuang.
Selepas beberapa ketika, Allah nak selamatkan mereka lagi. Beberapa bulan selepas kejadian 3, B hubungi A dan minta clash. A Bahagia bukan kepalang! A tak sedih langsung!
A ni ibarat habis madu, sepah dibuang. B dah rasa semua organ luaran A, macam tu je dia sepah-sepahkan! Tak semua lelaki bangsat. Tapi B ni termasuk golongan tu.
Dan A bahagia katanya sebab dia dah lama tak nak pada B tapi tak pandai minta clash. Hahahaha. Innocentnya. Nak jaga hati orang sangat.
Kalau pembaca baca, banyak kan kisah A menolak B tapi tak daya, kan? Lelaki dah berkahwin ni pandai pujuk wanita.
Nak pulak jenis innocent macam A, yang tak pernah keluar dating atau ada pengalaman banyak dengan lelaki.
Dia ingat B nak jaga dia konon. Tapi kalau nak jaga, bukan ini caranya! Ini caranya nak lepaskan nafsu!
Jadi buat wanita di luar sana, jagalah Batasan anda.
Kalau tak mampu nak rasa Allah Maha Melihat, ingatlah ibu abah di rumah. Dari kecil menjaga anda, mendidik kita menjaga maruah, semudah itu anda nak gadaikan kepada lelaki?
Begitulah kisah A dan B. Mohon ambil pengajaran.
– Samaran (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit