Bismillah… Assalamualaikum…
Ada sesuatu yang aku nak kongsi rasa atau rahsia… Benda ni tentang mahkota wanita atas kepala… Rambut.
Sebagai seorang muslimah yang mengikut syariat, kita diwajibkan menutup aurat dengan sempurna.
Seperti mana di dalam solat mewajibkan menutup aurat maka diluar solat juga wajib bagi menjaga maruah dan menjaga agama.
Tapi, aku ni… Bertudung lebihnya sebab nak tutup aib. Tutup aurat tu ya, cuma kadangkala aku terfikir ikhlaskah aku yang sebenarnya bertudung ni sebab nak tutup rambut yang bermasalah.
Pernah dengar tak rambut kering, rosak, bermasalah dan lagi ngeri kerinting tak boleh bawa bincang sakit mata memandang.
Jadi untuk elakkan orang sakit mata memandang kemudian termengata dalam hati aku kena selalu bertudung bila bertemu dengan sesiapa walaupun dengan keluarga sendiri aku selesa bertudung.
Jadi, aku bertudung untuk tutup aib aku, tutup keburukan aku… Kalau kau malu tak.
Cakap bab malu ni… Aku pun hairan dengan orang yang mengaku Islam tapi tak tahu malu dedah aurat tahap buka sana sini tunjuk itu ini…
Eh kalau cantik sangat tu orang kata belanja tapi kalau tak cantik mana pun tapi dedah sendat singkat tu kenapa eh, mereka tak rasa malu ke.
Paling kurang pun rasa dosa. Tapi pernah dengar orang begini kata, tak payah nak sibuk hal orang ini dosa antara dia dengan Tuhan nanti boleh taubat..
Allah tak pandang luaran tapi hati, hati kami baik… Seksi gila tapi hati baik sangat mengalahkan orang tutup semua… Allahu, Allah Maha Tahu.
Baguslah kalau hati baik, orang kafir pun ramai yang baik hati dermawan bermoral… Tapi ini tentang menjaga syariat. Tanda kita mengikut perintah Allah dan rasul saw.
Ada kata-kata; orang yang bertudung tu belum tentu baik tapi orang yang baik bertudung.
Alhamdulillah, sekarang ni sebenarnya sangat ramai artis dan selebriti yang dulunya tak bertudung kini bertudung. Serius, bila beerudung kecantikannya tetap teserlah.
Ramai nama yang mahu disebut sebab aku sangat kagum dengan perubahan mereka terutama yang drastik seperti sebelum tu rambut berkarat dan seksi lagi perangai tak betul bila bertudung masha-Allah berubah baik serba serbi..
Malah boleh dikatakan boleh lebih baik istiqomah dari yang dah biasa bertudung sebab biasa tu.
Kita tak tahu siapa yang Allah pilih untuk dapat hidayah ni. Seperti di zaman Nabi, saidina umar yang ganas mendapat hidayah Islam tetapi Abu Talib yang baik menjaga Nabi tidak mampu meyakini Tauhid.
Aku juga sebenarnya tidak suka menghukum seperti berkata orang yang tak bertudung ni masuk neraka. Rambut tu walau sehelai yang ditunjuk akan dibakar dalam neraka…
Bab jatuhkan hukum masuk neraka ni rasanya bukan hak manusia, cuma kita boleh kata tak bertudung, atau apa-apa yang tak baik tu berdosa. BERDOSA.
Dosa ni, benda yang membawa ke neraka namun Allah sangat luas rahmah dan pengampunannya. Maka mereka yang insaf bertaubat dan menutup aurat dengan ikhlas memohon ampun dari dosa… Allah ampunkan.
Dengan rahmat Allah walau dosa seluas lautan ada harapan diampunkan. Dengan pengampunan Allah manusia itu akan mendapat kemuliaan dunia akhirat. Syurga.
Namun, satu perkara yang mesti diingati selalu… Mati. Jika masih dalam kelalaian takbur buat dosa tak ingat Tuhan, tiba-tiba mati mengejut… Agaknya sempat taubat tak.
Biasanya bila berlaku kematian akan dicari gambar bertudung atau pergi umrah untuk disebut perihal arwah telah kembali ke rahmatullah…
Jadi, gambar dan video tak senonoh tu agaknya berguna tak di akhirat.
InshaAllah, mereka yang masih belum kuat berubah, belum rasa mahu berubah, akan ada masanya mereka memilih untuk hijrah kembali ke fitrah. Tapi yang pondan bertudung bukan cara kembali ke fitrah ye.
Biasanya yang dah tua, rambut dah tiada beruban daripada pakai rambut palsu eloklah bertudung… Namun kita hairan kenapa mereka yang bijak pandai profesional tidak merasakan keperluan bertudung ni walaupun dah tua.
Kadang tu buruk je rambut ada yang jenis potong pendek kontot pun tak rasa janggal.. inilah tipu daya dunia.
Uniknya, ramai artis yang bila bertudung menjual tudung. Rezeki mereka. Namun sekali lagi aku nak beritahu rasa kagum dan teruja dengan mereka yang masih muda rambut cantik dalam bidang hiburan memilih untuk bertudung.
Lagi kagum mereka yang mualaf, baru masuk Islam terus bertudung tanpa banyak soal walaupun mendapat tentangan keluarga. Disitulah nampaknya iman yang bersandar ilmu dan cinta Ilahi.
Berbalik tajuk bertudung sebab tutup aib tu… Penat dengan perasaan fikir apa orang kata ni. Dah buruk memanglah orang akan kata buruk takkan nak kata cantik pula.
Bila rambut sejenis buruk ni nak sikat pun malas. Keluar rumah sarung je tudung siap orang tak tahu pun rambut tu macam hantu. Hantu pun ada yang rambut cantik.
Sehingga pernah rasa, jika dapat rambut buruk di dunia ni semoga di akhirat akan dapat rambut yang paling cantik. Bersyukurlah ada rambut.
Sampai rasa… Tak payah kahwinlah, ngeri laki tengok rambut macam tu. Takkan depan suami nak bertudung…
Satu lagi, jika buat teknik rebonding tu tak dikira mengubah ciptaan Allah ke? Kerinting tukar lurus. Bukankah menyambung rambut itu haram. Mengubah bentuk kening haram.
Insya-Allah niat tetap ikhlas menutup aurat kerana Allah dan suka melihat mereka yang menutup aurat dengan sempurna tanpa riak…
Semoga amalan kita dinilai baik dan mendapat pahala.
Allah yang Maha Pengasih Maha Adil Maha kuasa memberi ujian dugaan dan masalah berbeza kepada setiap hambaNya… Bersyukur dan bersabar.
Manusia itu tidak dinilai beriman selagi belum diuji. Sekadar berkata sabar namun mampukah sabar saat diuji.
Antara kehebatan ciptaan Tuhan adalah air mata… Dengan perasaan sedih teruji maka air mata pasti mengalir. Moga air mata itu menjadi saksi untuk memadamkan api neraka andai diri dihumban ke sana..
– RambutanRambai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit