Assalamualaikum warga IIUMC. Sebelum saya kongsikan kisah saya. Saya nak kenalkan diri saya serba sedikit. Saya merupakan fresh grade daripada universiti. Kini, saya sedang giat mencari kerja.
Memandangkan pandemik masih berlanjutan, tak banyak kerja untuk bidang saya ditawarkan. Alhamdulilah, saya sudahpun bertunang. Tunang saya merupakan seorang technician yang bekerja sendiri.
Sepanjang tempoh bertunang ni, saya suka baca kisah-kisah orang bertunang. Ada yang saya boleh ambil pengajaran dan ada juga yang berjaya buka mata saya tentang realiti dugaan pertunangan dan hal itu benar-benar saya rasakan sendiri.
Saya dan tunang kenal tahun lepas semasa PKP fasa 1. Kami berkenalan melalui Facebook. Sebulan berkenalan, dia datang jumpa keluarga saya.
Kerana keramahannya, dia dapat masuk dalam keluarga saya. Adik-adik saya yang jenis tak rapat dengan orang pun boleh dekat dengan dia. Itulah kelebihan dia yang saya sangat suka.
Hampir setahun kami berkawan, kami rancang untuk bertunang.
Sebelum itu, dia ada tanya saya tentang wang hantaran dan saya minta hanya dalam jumlah RM7k sahaja namun ibu saya menolak jumlah itu. Kerana saya ada pendidikan tinggi, mak saya minta RM15k.
Mak saya baik tau jangan salah faham dulu. Ada sebab dia minta bayaran begitu. Tunang saya bukannya belajar tinggi. Dia belajar setakat sekolah rendah dan dia juga asalnya bukan dari sini. Kerana hal itu mak saya minta hantaran RM15k.
Sebelum bertunang, mak saya banyak kali tanya pendapat saya. Betul ke nak kahwin dengan si dia? Betul ke siap dengan segala urusan mendatang. Nak-nak lagi di zaman Covid-19 yang makin menggila ni. Waktu itu, saya rasa saya kuat.
Jadi, saya beri keputusan untuk teruskan juga rancangan mengikat tali pertunangan dengannya. Majlis yang kami adakan sangat sederhana dan hanya didatangi oleh kerabat dan rakan-rakan terdekat.
Nak dipendekkan cerita, sudahpun hampir 7 bulan kami bertunang sehingga saat ini. Sepanjang tempoh pertunangan itu, kami adalah juga bertengkar tapi tak teruk.
Kadang, saya aje yang terlalu overthinking fikir fasal pasangan dan selalu fikir dia sudah tawar hati dengan saya tetapi dia bangkang.
Sepanjang bertunang ini, hanya tunang yang mencari duit RM15k memandangkan saya masih belajar semasa tempoh bertunang.
Dia tak banyak mengeluh. Segala kerja dia buat. Dari tanam pokok cili sampailah tunggu durian jatuh semata-mata mahu mendapatkan wang. Tunang jenis tak berkira dan memang banyak habiskan masa dengan kerja part-time yang orang kampung berikan.
Alhamdullilah, pertunangan kami tak ada kes orang ketiga atau over-controlled. Hubungan kami baik-baik saja.
Namun, makin dekat dengan tarikh yang kami tetapkan untuk berkahwin, ada dugaan besar yang seakan menguji kesetiaan, kepercayaan dan tanggungjawab kami dalam tempoh yang sangat panjang.
Memandangkan dia bukan orang sini jadi dia perlu pulang ke kampung halamannya untuk selesaikan segala urusan untuk berkahwin di sini. Dalam masa terdekat ini dia mungkin akan pulang.
Dan, RM15k yang mak saya minta akan digunakan untuk urusan dokumen kami dan juga bayar deposit rumah dan kereta kami nanti (Jahatnya saya kerana awal dulu berprasangka pada mak saya.)
Untuk masuk ke sini, dia perlu dapatkan kelulusan MTP (My TravelPass) dan menunggu hal itu mungkin makan masa yang lama.
Banyak yang saya lihat orang yang memohon memakan masa berminggu dan berbulan untuk lulus MTP. Hal itu, buatkan saya sedikit resah. Ini mungkin jadi pengalaman pertama kami berpisah.
Bukan daerah dan negeri tetapi negara. Bukan tempoh dua atau tiga bulan tetapi makan masa lima enam bulan. Dia masih ada keluarga di sini dan itu buatkan saya runsing untuk meminta dia pulang ke kampung halamannya.
Saya takut kalau saya tak dapat bawa dia balik ke sini seperti saya janjikan memandang kan kes Covid-19 di Malaysia sudah seperti roller coaster. Kadang naik dan turun.
Negaranya juga merupakan negara yang diisytihar sebagai ‘restricted country’ tapi bukan banned. Memikirkan hal itu, saya jadi berat hati untuk biarkan dia pergi.
Saya takut kami akan tawar hati, curang dan akhirnya putus tunang tatkala menunggu tempoh itu.
Saya juga akui urusan kami ini juga memerlukan modal lebih dari RM6k untuk kuarantin dan juga lain-lain.
Harapnya, tak kan ada benda buruk yang berlaku dan akhirnya kami dapat berkahwin paling lambat pun tahun depan. Doakan agar kami dapat sabar menempuh dugaan ini nanti.
Saya jujur cemburu dengan pasangan yang dapat berkahwin tanpa banyak urusan dan prosedur. Hanya dapatkan list dokumen yang disenaraikan oleh jabatan agama negeri dan berkahwin tapi saya yakin itu juga tak semudah apa yang saya sebutkan.
Saya cuma nak titipkan pada kawan-kawan yang sedang di fasa pertunangan untuk sama-sama kuat menghadapi masalah yang wujud.
Jangan pernah melayan pemikiran negatif dan ‘makhluk-makhluk luar’ yang mungkin akan merosakkan hubungan kita dengan pasangan.
Makhluk itu bukan limit pada scandal saja tetapi juga kawan dan kerabat terdekat, tanpa sedar menghasut dan menjatuhkan semangat kita untuk membina masjid. Tawakkal okay.
Doakan saya ya.. Terima kasih.
– Yang Sedang Berjuang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit