Bertunjang Nafsu, Bukan Akal

Hai semua pembaca IIUM Confession. Saya dah sekian lama menjadi pembaca tegar halaman ni. Hari ini saya tergerak hati nak berkongsi rahsia besar diri saya.

Orang kata daripada jadi barah, biarlah terluah. Perkara ni saya tak kongsi dengan siapa-siapa. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

Allah takdirkan saya berkahwin di usia muda. Dengan hanya berlatarkan pelajaran diploma, saya dinikahi oleh jejaka yang berkelulusan sarjana.

Alhamdulillah setelah hampir 10 tahun menganyam cinta daripada zaman persekolahan, kami akhirnya disatukan. Bahagianya saya, Allah saja yang tahu.

Sepanjang tempoh percintaan, bermula daripada pegang tangan, kemudian tangan merayap ke bahagian sensitif badan lalu kami pun terjerumus ke kancah dosa.

Perkara ini berulang kali kami lakukan, walaupun hati saya sering memberontak takutkan azab Allah akan golongan penzina.

Tiap kali diajak, saya cuba menolak namun akhirnya saya akur atas sebab si dia akan dingin dengan saya jika ditolak.

Saya terlalu sayangkan dia, dan terlalu jauh kami dah pergi dalam ranjau dosa ni untuk saya tinggalkan dia. Saya kerap berdoa agar si dia berubah.

Atas faktor ini jugalah saya sering mendesak si dia agar segera menikahi saya.

Allah masih menjaga aib kami, saya tak pernah mengandung walhal tidak terkira banyaknya kami lakukan perkara terkutuk tersebut.

Pernah sekali k*nd*m yang dipakai si dia koyak, kami panik namun si dia terus meluru keluar membelikan pil kecemasan.

Sungguh saya menyesal kerana kalah dengan nafsu sendiri.

Kini setelah bergelar isteri kepada lelaki yang telah meragut kesucian saya, saya mula merasa sunyi. Saya mula ragu-ragu akan keputusan saya menikahinya.

Oh ya, dari usia perkahwinan kami belum pun menjangkau setahun, si dia dah tak minta untuk bersama. Ada, tapi sangat jarang.

Saya sedih, saya terluka. Kenapa bila dah halal, jarang pula dia minta untuk bersama. Dalam sebulan, mungkin paling banyak pun hanya 2 kali kami bersama.

Saya sering mengajaknya bersama. Keperluan batin saya juga perlu dipenuhi. Namun, apabila diajak bersama.. alasan yang diberi adalah penat. Letih.

Dan kadangkala menjadikan faktor badannya yang berisi sebagai alasan atas penurunan nafsu seksualnya.

Saya sendiri pun gempal. Namun saya ada usaha untuk mengawal makan dan kekal aktif.

Suami saya ni sejenis bila cuti, waktunya akan dihabiskan dengan bermain telefon ataupun permainan video hingga ke 4-5 pagi.

Kadangkala saya mengajaknya untuk bersama, “Okay sekejap”, hinggalah saya terlelap sendiri.

Saya makan hati, tiada langsung usaha dari dia untuk cuba menguruskan badan jika benar itulah alasan kenapa dia tak nak bersama.

Makan tak ingat dunia, dan tak kurang juga dia agak berat tulang orangnya. Bila diketuk baru nak jalan, bila dibebel dia akan tarik muka.

Saya sedih dan saya sangat makan hati. Lagi-lagi sekarang saya sedang berbadan dua selepas 3 tahun pernikahan. Ini menjadikan saya perlu perhatian yang lebih.

Apalah salahnya jika habiskan waktu untuk saya. Saya juga penat menguruskan hal-hal rumah.

Saya yang akan mencuci bilik mandi, dia ada juga cuci itu pun hanya apabila disuruh.

Bila saya mengeluh saya je yang cuci bilik mandi, dia akan mengungkit hal dia cuci bilik mandi yang hanya 2 kali itu. Entahlah.

Saya tertanya-tanya, atas dasar apakah saya dinikahi?

Perkara ini terlalu remeh dan terlalu peribadi untuk diceritakan kepada orang lain terutamanya kawan.

Namun bagi saya, perasaan ni kalau disimpan lama-lama akan buat saya tawar hati dan mati rasa.

Semoga Allah jaga hati saya. Doakan saya dan anak saya ya kawan-kawan semua.

– Anis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *