Asalamualaikum .Aku tak tahu macam mana nak karang essay but i will try .hehe .Aku just nak share story pasal housemate aku .Aku stay dengan dia je dalam satu rumah .dalam rumah ada 2 bilik .Kawan aku ni student ipts and ambil course seni bina camtu lah .And aku budak ipta and ambil course biasa biasa je .Kitaorang dah kawan lama .sebulan pertama okay je .Bulan kedua dia dah start ajak kawan kawan dia datang lepak kat rumah .Aku ok je .Mybe dia bosan tengok muka aku siang malam .aku pun begitu .hahaha .sampailah kawan -kawan dia buat rumah tu macam rumah sendiri .aku dah start bengang .Rumah dah kotor .Aku pulak jenis takleh rumah serabut .
Sebenarnya kawan aku ni stoner .Before masuk rumah sama sama .aku dah cakap kat dia ,kalau dia nak stay dengan aku .Dia takleh stone dalam rumah and kalau nak pun weekday je .Aku boleh consider lagi sebab aku taknak dia jadi fake depan aku and tu just cara aku nak suruh dia stop secara perlahan .Sampailah kawan dia datang lepak .Baru lah dia start buat peragai .Kawan kawan dia stone kat rumah .kawan-kawan dia actually kawan kawan aku gak tapi tak rapat and then bila dia tak siap assignment ke kena marah dengan lecturer dia mengadu kat aku .Aku senyumkan jelah dah malas nak layan .Aku dah start bengang .aku sound diorang aku cakap apa aku tak puas hati ,then awal awal diorang palau aku then bila diorang bergaduh .One of them start cari aku balik and dah okay balik .berubah lah kejap sekor-sekor .
haha .Then slow slow buat lagi .diorang banyak skip kelas .aku banyak bagi nasihat kat kawan aku sebab dia banyak kali repeat paper sem .Aku kesian kat parents dia je habis beribu-beribu sebulan untuk dia .
Banyak kali aku nasihat tapi still sama .Last sekali aku diam and stay dalam bilik .Tengah tunggu masa nak sound tetamu-tetamu yang mulia itu .haha .Bergaduh pun bergaduh lah aku tak kisah .aku dengan kawan aku gak yang bayar bulan bulan .rumah dahlah mahal nak dekat seribu sorang .pastu buat rumah macam rumah sendiri .Sepahkan rumah .Haritu aku cakap kat kawan aku kalau dia tak suka aku ada dalam rumah aku keluar cari rumah lain and suruh dia sewa dengan kawan-kawan dia lah tu pun kalau kawan dia nak bayar .haha .
Tujuan aku share ni aku just nak bagitahu kat semua orang yang terasa .berubah lah .ingat parents kita susah payah kerja cari duit .Aku mengaku aku pun kuat bersosial tapi aku still tahu nak bahagikan masa .aku bukan stoner and and tidak merokok .aku dah give up nak nasihatkan kawan kawan aku .And one more thing to young generation .Stop lah buat something yang kurang berfaedah dan merosakkan masa depan .Aku dah muak dengan ayat ayat weed ni baik untuk badan .kepala hotak kau !!!!!! Banyak kerja tak siap and habiskan duit untuk weed tu baik ke .Aku tak nampak effect yang baik pun kalau aku ambik .makin teruk jadinya adalah.
Please young generation .Nanti kita akan ambil alih negara kita .Aku tak nafikan ramai lagi anak muda yang pandai tapi yang teruk kurang berjaya sangat lah ramai .Stop ambil benda haram tu and change to be better person .inshallah doa banyak banyak .Tuhan akan tolong .Focus pada pelajaran atau join mana mana ngo yang buat aktiviti yang berfaedah .Atleast kita boleh gain some experience and boleh bergaul dengan masyarakat luar sana .Berbalik pada kisah rumah aku ,mesti ada yang cakap kenapa tak buat hal sendiri je kan tak susah susah nak fikir pasal orang .Seteguh mana pun iman atau prinsip sesorang itu .last sekali akan kecundang juga disebabkan banyak faktor .One of them is enviroment and surrounding .aku nak orang sekeliling aku orang yang positive yang boleh support aku tegur aku kalau aku silap .kenapa aku tak pindah .Sebab aku rasa aku boleh ubah diorang .but now aku kena kuatkan lagi prinsip aku and berharap agar tuhan bukakan pintu hati untuk diorang berubah .Kali ini aku taknak lari dari masalah .aku nak hadap sebab nak tengok kuat tak aku hadap benda ni .Doakan aku
To parents kat luar sana .Ambil tahulah pasal anak anak mereka .Nasihat mereka .Always be there when they need you .kadang-kadang mereka nak rasa happy and nak rasa dipedulikan thats why diorang ambil benda benda yang terlarang .dan untuk kawan kawan .Jadilah kawan yang positive untuk kawan -kawan yang lain .Nasihat mereka jika salah .bukan malukan mereka atau tinggalkan mereka and to government .Tolong buat something untuk masa depan genarasi akan datang .Tingkatkan lagi aktiviti untuk stop kan pengedaran dadah terutamanya dikalangan students universiti .
Kita teruskan berubah jadi orang yang baik dan cemerlang dalam pelbagai bidang demi masa depan yang baik .Maaf jika tersalah bahasa atau ayat .
– kawanbaik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit