Berubahlah Ayah

Assalamualaikum w.b.t. Aku seorang perempuan. Masih belajar di IPTA. Aku anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Gap umur aku dengan adik aku agak jauh. Dorang masih bersekolah rendah lagi. Cerita aku ni adalah tentang keluarga aku. Harap pembaca bagi feedback penyelesaian untuk masalah aku ni.

Aku ada seorang ayah. Dah lebih setengah abad dah umurnya. Tapi masih lagi bekerja sara untuk hidup kami. Aku nampak besar pengorbanan ayah aku untuk family aku. Cuma satu je yang aku kurang berkenan, ayah aku dia macam workaholic sangat sampai dia tak mahu galas tugas dia sebagai ketua keluarga.

Aku dari kecil dibesarkan dalam keadaan aku nampak kebaikan dan kekurangan ayah aku. Masa aku kecil, ramai saudara mara kutuk, cakap belakang pasal ayah aku dekat aku. Dorang suruh aku tegur cara ayah akulah, ubah perangailah dengan alasan aku anak dia yang sulung mesti dia malu kalau aku tegur. Tapi aku tak pernah terluahkan apa yang aku rasa dari kecil kat ayah aku.

Sebab masa kecik, aku harap sangat satu hari nanti ayah aku akan berubah sendiri, ayah aku akan jadi macam ayah orang lain. Yang ringan tulang tolong family aku kat rumah, yang maghrib ajar kami mengaji dan solat jemaah. Jujur sepanjang 20+ lebih aku hidup ni , aku tak pernah solat berimamkan ayah aku. Aku teringin sangat.

Jadi bila dah besar, adik-adik aku pun dah mula sekolah. Aku mula sibuk dengan masa remaja aku. Ayah aku masih dekat takuk lama.

Ya, aku tahu bekerja tu penat. Tapi orang lain pun bekerja jugak ,kadang sampai buat 2-3 kerja untuk tampung hidup. Ayah aku kalau hari bekerja, dia akan keluar subuh, balik malam. Subuh tu kalau ayah keluar dalam keadaan siap solat, aku memang rasa pelik gila la. Sebab apa? Dia sangat jarang keluar pergi cari rezeki dalam keadaan dah bersujud depan Tuhan, senang kata Ayah aku sangat lah confident ibarat rezeki dia tu asal usaha dia sendiri. Atas penat lelah dia seharian kat luar. Mak aku dah banyak kali dah tegur cara ayah aku ni. Tapi tulah dia perabih rokok sebatang dua pastu buat muka toya dengar tak dengar.

Malam pula, bila ayah aku balik, aku akan semestinya pergi dulu masuk bilik atau ke tempat lain supaya tak bertembung dengan ayah aku. Sebab aku jadi malas nak bertegur ke apa. Ayah aku bila balik , dia akan makan, hisap rokok dia , mandi pastu tidur. Itulah cycle hidup dia. Jangan ada yang berani nak cerita hari ni kat rumah bumbung runtuh ke apa, sebab AYAH AKU MEMANG TAKMAU TAHU PASAL TU. Kalau kau cita jugak, dia bagi alasan dia penat bekerja sambil buat bunyi mendengus dia. Aku dah masak.

Kalau cuti hujung minggu pulak , ni lagi lejen sebab ayah aku ni dia memang suka buat hobi dia. Kalau ayah orang lain pergi mancing ke bercucuk tanam, ayah aku tak perlu keluar modal pun. Dia cuma perlu tepuk bantal , pasang kipas kuat-kuat pastu pejamkan mata. Kadang sampai ke maghrib dia membuta. Tak fikir anak bini ada ke lauk nak masak, yang penting dia konon nak berehat atas alasan dia penat bekerja. Kadang tu bangun cuma untuk makan, hisap rokok. Lepas tu , dia sambung tepuk bantal.

Sikap ayah aku ni lama-kelamaan buat aku dengan keluarga aku rasa kitorang boleh berdikari sendiri atau bahasa mudahnya, tanpa ayah aku, kami sekeluarga boleh hidup lagi. Cakap je apa benda yang kami sekeluarga perlukan ayah aku untuk buat. Tak ada. Nak tebang pokok , nak betulkan paip pecah , bumbung rumah bocor. Semua kami buat sendiri. Kalau nak suruh ayah aku buat, ibarat pergi pejabat kerajaan minta bantu kena isi borang. Nak tunggu dia punya respon satu hal, kemudian buat dalam keadaan merungut. Tambah nasi lagi, buat separuh-separuh.

Tak dinafikan ayah aku memang sediakan buat belanja kami sekeluarga untuk makan. Tapi aku agak terkilan sebab ayah aku makin berkira dengan kami sekeluarga. Aku ingat lagi, dulu Mak aku suruh aku minta duit kat ayah aku buat belanja. Ayah aku bagi tapi lepas tu, mak aku beritahu yang ayah aku tak berkenan aku keluar ke beli barang pakai duit tu sebab buat perabih duit dia. Sekarang pun, kalau aku nak balik ipta, mesti mak aku suruh aku minta duit kat ayah aku. Tapi aku tak mahu, aku tak mahu berhutang budi dengan ayah aku sebab ayah aku kuat mengungkit.

Cerita pasal mengungkit pula. Kali ni aku dah sampai tahap kesabaran aku. Mak aku apa – apa yang ayah aku buat kat dia, mak aku kongsi dengan aku. Sebab aku tahu mak aku tak ada kawan sangat nak kongsi. Dan mak aku harapkan aku yang boleh ubah bapak aku. Tapi aku penakut. Aku lebih rela tengok mak aku menangis tiap malam sebab benda ni. Loser kan aku?

Sekarang ni ayah aku dah start mengungkit dekat mak aku pasal perkhahwinan dorang. Hati isteri mana tak hancur dengar suami cakap pasal bahtera yang dibina tu ibarat malapetaka atas sebab ayah aku pilih mak aku. Ayah aku pun cakap dia tak pernah kisah dengan aku adik-beradik. Yang penting kami semua tak ganggu hidup dia. Kadang sampai nak naik tangan dekat mak aku. Tapi satu ja yang aku pelik, ayah aku berani cakap macam tu depan mak aku je. Depan aku , ayah aku jarang bercakap. Dan aku pun tak mahu mulakan bercakap.

Aku tak tahu nak kongsi dengan siapa. Adik-adik aku aku kecil lagi. Dorang masih perlukan kewujudan ayah dalam hidup dorang sebab ayah aku layan adik-adik dengan baik. Lagipun , aku tak nak cemarkan fikiran adik-adik pasal ayah. Biarlah dorang sedar sendiri bila makin besar. Aku dah rasa hidup zaman kanak-kanak dengan rasa kecewa sebab perangai ayah aku. Aku takut adik-adik aku tak kuat. Kadang aku suarakan dekat mak aku supaya berpisah sebab mak aku pun berfikir benda yang sama. Tapi aku tahu, adik-adik aku mesti terganggu dengan keadaan broken family.

Ayah aku pulak, kalau suatu hari nanti aku dah dapat kekuatan untuk bercakap, mungkin ayah aku akan terkejut dengan bahasa aku. Tapi percayalah, kalau hari ini ayah aku lebih penting kerja dan kawan-kawan, aku harap kalau dia tua nanti, boss dialah yang akan jaga makan berak dia.

– Anak sulung Ayah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *