Berubahlah, Kau Dah Banyak Kali Curang!

Hi. Saya ada sesuatu ingin diluahkan.. saya ada seorang kenalan ni, Saya namakan beliau B.

Si B ni dah berkahwin dan juga sudah mempunyai 3 orang cahaya mata yang comel2. Si B ni saya tak tahu la apa masalah beliau..

Beliau seorang kaki perempuan. He can’t live without scandal. Si B ni suka ayat perempuan then pasang scandal sana sini. Akan tetapi, perbuatan beliau tak pernah kantoi.

Si B tak pernah kantoi curang dengan si isteri dan juga orang2 lain.. Nak tahu kenapa? Si B buat kerja clean walaupun tak berapa clean.

Hahahaha..

Si B tak kantoi kerana dia berscandal dengan rakan sepejabat beliau. Satu team, satu department.

So segala perbuatan mereka, tidak diketahui umum sebab nampak macam mereka berurusan atas dasar kerja dan hanya rakan sekerja. Hakikatnya, mereka dah berscandal lama.

Btw, isteri si B juga bekerja di tempat sama. Si B, isteri si B, dan scandal si B merupakan pekerja di 1 syarikat yang sama.

Kelemahan isteri si B ni, dia terlalu bergantung kepada si suami. Isteri si B ni tak pandai drive. Jadi kemana2 dia akan pergi dengan si suami.

Pergi kerja dan balik kerja dengan suami. Ada la juga kadang2 dia akan pergi dengan Grab bila bergaduh dengan si suami atau si suami tak sihat.

Jadi, si suami akan mengambil kesempatan ke atas kelemahan si isteri yang tak pandai drive tu.

Lepas balik kerja, si B hantar si isteri balik ke rumah, selepas itu si suami akan patah balik ke pejabat dengan alasan ada kerja yang nak diselesaikan atau keluar malam sikit dengan alasan nak jumpa kawan2,

Hakikatnya si B ni pergi jumpa scandal yang dia simpan tu.

Yang si isteri pula, masih setia di rumah memainkan peranan sebagai seorang isteri dan seorang ibu.

Makan pakai si B si isteri masih jaga, anak2 si isteri jaga. Jadi, saya masih tak faham apa masalah si B ni. Dia nak apa sebenarnya?

Saya tahu si B ada scandal ni pun sebab si B dah kantoi dengan saya. Macam mana boleh kantoi? sebab si B aniaya saya juga.

Dan saya juga telah mengetahui segala perbuatan beliau, si B juga tahu yang saya tahu rahsia beliau. Saya juga mempunyai bukti segala perbuatan si B.

Akan tetapi, saya tidak tergamak nak bagitahu si isteri kerana saya kasihan akan si isteri bila tahu perangai sebenar si suami dan saya juga masih memikirkan nasib anak2 mereka yang masih kecil.

Sehingga sekarang saya hanya membiarkan si B tu nak buat apa kerana saya percaya lambat atau cepat Tuhan akan tunjuk juga perangai sebenar si B tu. Biar masa yang menentukan.

Dan saya juga percaya dengan instinct seorang isteri.

Lama2 Tuhan akan tunjukkan perkara sebenar kepada si isteri.

Saya berharap pada ketika itu, si B sedar la bahawa menganiayai orang tak akan boleh hidup tenang terutamanya bila mengkianati seorang isteri.

Saya juga berharap bila si isteri sudah tahu hal yang sebenar, si isteri boleh bersabar menerima dugaanNya.

Saya ini hanya sekadar orang luar yang berada di tempat dan masa yang salah apabila mengetahui hal ini.

Maafkan saya.

Sekian..

– T (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *