Berubahlah Wahai Ibu

Assalamualaikum. Kurang dari 24 jam, aku baru sahaja bergaduh dengan ibu – benda paling aku nak elak tetapi berlaku juga mungkin atas sebab tertentu. Ya aku terjerit-jerit seperti hilang pedoman.

Panggil sahaja aku Elly. Sudah berumah tangga dan bahagia bersama suami tersayang.

Namun tidak semua indah, kalau isteri lain diuji dengan masalah rumah tangga, aku dan adik beradik diuji dengan sikap ibu sendiri.

Ibu seorang penjawat awam pencen, baru discharged dari ward.

Pada awalnya, muka ibu memang menunjukkan dia betul-betul derita dengan kaki dan jelas sekali kelihatan semput bila bernafas. Ya, aku risau dan sanggup wakil untuk jaga ibu untuk dua hari pertama.

Aku akui, dia tidak selantang sewaktu sihat oleh sebab itu aku cukup simpati melihat wajahnya yang sembab dan kadang-kadang seakan-akan dia melawan kesakitan.

Dalam hati aku, alhamdulillah, datangnya ujian sakit, ibu kurang mengeluh tentang sikap ayah.

Namun sangkaan aku sebagai seorang anak meleset, setelah beberapa hari dalam ward, ibu mula rasa sihat tetapi aku sedih dia kembali bercerita tentang buruknya sikap ayah.

Makin gundah, aku cuba pujuk hati bahawa ibu hanya begini akibat kesan ubat yang terlalu banyak.

Dipendekkan cerita, setelah beberapa hari keluar ward, sikap mengata dan bercerita buruk mengenai ayah makin teruk.

Sedihkan, dikala dia diuji dengan kesakitan, makin menjadi-jadi sikap memburuk-burukkan suami sendiri.

Hari pertama ibu balik ke rumah, dia diziarahi anak saudaranya – ziarah dan mengata lagi ayah, saling melengkapi dia dan anak saudara, aku sedih tapi diam sebab tak nak bergaduh.

Aku cukup marah, tapi tetap sabar sebab bagi aku ibu tidak sihat. Tambahan, ibu aku bukan mudah untuk ditegur.

Egonya setinggi awan, memang tiada orang yang mampu menegur dan mengubah sikap ibu. Sikap yang suka mengarah- arah untuk aku dan ayah lakukan sesuatu untuk dia memang biasa bagi kami.

Tapi makin menjadi-jadi bila didepan tetamu dia akan mengarah aku seumpama bibik seolah-olah nak tunjuk pada orang luar, dia bisa arah dan aku ikut tanpa persoal. Rezeki aku tinggal dekat dengan ibu dapat jugak tolong dia time susah.

Hampir setiap hari bila aku ke rumah nya untuk jenguk keadaan ibu, dia mula mengata suami sendiri. kadang-kadang berbisik depan ayah semata-mata nak mengata – serba tak kena.

Jiwa aku memberontak sebab sedih. Mana tak nya, sejumlah besar duit dia keluarkan semata-mata untuk sedekah nakkan ganjaran pahala, tapi pada masa yang sama sentiasa tak kena dan mengata ayah. Jenuh.

Hari ni tambah sikit menyoal pasal duit. persoalan berapa setiap anak keluarkan untuk tanggung cost rawatan hospital tempoh hari. Persoalkan sama ada cukup atau tidak nilai beberapa ribu yang dia agih pada kami 4 beradik.

Disaat itu aku terkeluar air mata. Cara ibu menyoal cukup-cukup sombong. Angkuh dan aku terasa hina seumpama kami tidak boleh mempertikaikan apa-apa pada ibu disebabkan wasiat duit yang dia beri.

Disaat aku menagis untuk terangkan hal tersebut, ibu dengan senyuman sinis melihat wajah aku dan cakap aku lemah, sakit jiwa dan tertekan.

Dibandingkan wajah aku yang keletihan sejak dia keluar wad, urus anak-anak dan rumah tangga, mengikut arahan ibu untuk ke sana ke sini – “tengok muka ibu.. lagi sihat dari muka awak.. kesian..” Ya Allah…. aku down..

Sehingga la tiba-tiba aku terjerit-jerit melawan ibu. Memihak pula anak saudaranya yang kononnya lagi setia join sesi mengata dia walhal dibelakang ibu sepupu aku tu siap bagitau ibu kami gila, tak betul.

Di depan ibu, siap setia dia menurut perintah, mana tidaknya, ibu sentiasa beri dia duit. kabur mata anak saudara dengan duit semata-mata nakkan perhatian dan bergabung mengata ayah kami = sharing the same enemy.

Tadi, di saat aku kalah dengan bisikan setan, terjerit melawan ibu, ayah datang untuk tenangkan aku. Dan pada masa sama dia tegur ibu (sudah tentu agak panas-semua jerit) sehingga ibu ambil pisau acu pada ayah.

Aku tersentak – keadaan jadi tambah tegang bila ayah aku pegang tangan ibu dan cakap “nah! tikam.. tikam!” rupanya ni bukan kali pertama ibu lakukan sedemikian rupa – dengan alasan self-defence.

Dari awal kejadian dia sombong dan angkuh sehingga sanggup ambil pisau. Bila ayah gertak, baru lah air muka nya sedih dan mula la siri ‘play victim’. Menangis untuk tagih simpati

Bermulalah episod aku dan ayah menyerang, tidak pula di ceritakan momokan dan kata kasar dia diawal kejadian. Sengsara. Cukup sengsara.

Akibat dari kejadian tu, aku dilarang untuk ke rumah dia untuk beberapa ketika dan aku dah dilabel anak derhaka. Paling kuat melawan dan segala yang negatif ada pada aku. Aku terlalu penat, penat yang sukar aku gambarkan.

Sebelum kejadian hari ini, kawan aku ada tegur “muka you nampak penat” hasil dari view video yang suami rakam di story fb.

Tapi malang nasib aku, ibu tidak sedar pon keadaan aku, even selepas dia keluar ward aku demam mungkin sebab penat badan.

Wahai pembaca, sekarang tepat pukul 4.22 pagi, memang aku tak boleh nak lelap mata. Akan berlinang air mata terkenang apa yang berlaku pada kami tadi.

Tidak dinafikan ayah bukannya tiada khilaf, ada juga kelalaian dia sebagai seorang suami tapi tidak la seharus ibu berulang-ulang kali bercerita tentang sikap ayah dan bukan untuk dijaja.

Untuk pengetahuan semua, tiada istilah dan peluang untuk ayah sendiri atau anak-anak menegur sikap ibu kami. She never listens. Terlalu dominant.

Semoga ibu berhenti berbicara mengenai buruk ayah dan berhenti memerihalkan tentang harta dan wang ringgit.

– Elly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *