Beruntungnya Hidup

Aku Yani, usia penghujung 30an. Seusia kecil lagi, aku terima didikan dengan cara yang sangat keras dari ibuku.

Apa yang aku tidak dapat? Maki hamun, sumpah seranah, kena pukul, kena pijak-pijak itu dah macam makanan harian dahulunya.

Bagaimana dengan ayah? Hanya menurut sahaja apa ibu lakukan. Pada ayah ibu harus dihormati, tidak boleh dibantah atau dilawan cakapnya atas apa-apa alasan sekalipun.

Ibu tetap ada sisi baiknya. Tapi itulah, aku terdidik dengan perilaku kasar dan maki hamun dari ibu aku bila ada sesuatu perkara yang menimbulkan kemarahannya. Padahal salah itu tidak aku lakukan.

Tapi bila ditebak dengan perkara yang tidak benar selama berpuluh tahun, siapa yang mampu menahan sabar.

Jujurnya aku tidak pernah dididik dengan sesuatu yang positif sepanjang aku membesar. Ibu aku tidak mengajar aku dengan perkara-perkara yang positif.

Setiap kali marah, yang keluar dari mulutnya hanya maki hamun dan doa2 yang tidak baik untuk aku.

Jika diminta pendapat tentang sesuatu perkara, tidak pernah ditunjukkan jalan kepada satu keadaan yang lebih baik. Mujur Allah berikan aku akal yang waras untuk menilai mana yang harus aku ikuti.

Disebabkan itulah aku membesar dengan sikap kasar, perengus, cepat naik darah.

Tapi sepanjang aku hidup, belum pernah aku menengking ibu atau berperilaku kasar seperti yang ditonjolkan dalam drama. Duit belanja tetap diberi setiap bulan.

Jika sakit, aku sentiasa ada untuk menjaga. Jika aku dikata menderhaka, aku tidak tahu dimana selain isu yang timbul hanyalah untuk mempertahankan tentang kebenaran dan apa yang aku nyatakan tentang sesuatu perkara adalah wajar.

Awal tahun ini rumahtangga aku berantakkan. Hancur hingga tidak boleh dibangunkan kembali. Aku sedar mungkin itu sebahagian dari doa-doa ibu aku selama ni.

Aku merasakan aku tidak berjaya dalam hidup seperti mana kawan2 aku yang lain pun atas sebab masinnya mulut ibu aku.

Berpuluh-puluh tahun aku hidup dihamun dengan kata-kata yang aku pasti akan susah dalam hidup disebabkan banyak perkara tidak sependapat dengan ibu. Disumpah aku tidak akan bahagia. Iya benar.

Begitulah kehidupan yang aku lalui sekarang. Bersujud bertahajjud sebanyak mana pun selama ni, begitu jua lah kehidupan yang aku lalui.

Bila difikir-fikirkan, seburuk apa pun ibu kita, tetap doanya akan makbul walaupun doa itu tidak baik untuk didoakan pada anak-anak. Baik buruk terpaksa jugalah aku terima.

Kadang-kadang bila tengok ibu ayah yang dibuang anak-anak, tidak dipedulikan anak-anak, aku terfikir adakah anak-anak mereka sekejam itu? Apa punca mereka jadi begitu?

Netizen hanya tahu mengecam, meninggalkan komen yang bukan-bukan. Tanpa tahu kisah sebenar. Itu belum lagi orang kampung dan jiran-jiran terpedaya dengan cerita rekaan yang ibu ayah sampaikan untuk menarik simpati orang lain.

Hakikatnya mereka tidak tahu bagaimana anak-anak membesar sehingga anak makan hati berpuluh tahun. Masing-masing menuduh anak-anak tidak ambil peduli ibu ayah di kampung sedang rajuk dihati anak selama ini siapa yang ambil peduli?

Aku pada masa ini masih berbaik sangka yang satu masa nanti akan hadir pelangi selepas segala kesukaran dan kepayahan yang aku lalui.

Namun aku berharap dipenghujung usia, ibu aku sedar dengan segala tindakannya pada anak-anak selama ini. Rajuk ibu tetaplah anak-anak juga yang dicaci. Tapi rajuk anak, tiada siapa yang mengerti.

Beruntung hidup anak-anak jika doa yang baik-baik dari ibu ayah sentiasa mengiringi. Berbanding aku, tidak tahu sampai bila hendak lalui semua ini…

– Anak Tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Assalamualaikum kepada Anak Tersakiti (Bukan Nama Sebenar)

    Pertama kali saya memang pernah jumpa seorang ibu yg seperti itu. Tetapi percayala, dalam setiap lubuk hati seorg ibu masih ada sifat syg kpd anak-anaknya. Mungkin dalam hati dia sentiasa berdoa dalam kita x tahu x dengar x mengetahui. Mungkin malam hari sebelum lenanya dia berdoa dalam hati untuk menjadi seorg ibu yg terbaik. Awak pernah bertanyakan berkenaan kisah ibu awak semasa kecil? Bagaimanakah layanan ibunya terhadap dia semasa kecil. Saya doakan semoga awak diberi kebahagian didunia & akhirat. jangan putus asa untuk terus berdoa ya :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *