Kisah pemergian artis Siti Sarah memberikan saya idea untuk menulis tentang jodoh. Pandangan daripada kacamata saya tentang perkahwinan. Juga berkongsi pengalaman saya sendiri dalam ikhtiar mencari jodoh.
Alangkah beruntungnya wanita yang meninggal kerana bersalin, kerana wabak dan dalam keadaan suami redha. Saya jadi terfikir inikah sebabnya kematian beliau dicemburui, disebut dan didoakan 1 Malaysia?
Pahala ibu bersalin ni si ibu akan diampunkan segala dosa. Suci bersih. Bukanlah saya menafikan usaha doktor perubatan bertungkus lumus menyelamatkan nyawa ibu. Bukan nak ajak kita biarkan si ibu meninggal. Tapi nak cerita besarnya pahala bersalin ni.
Saya baca posting yang dikongsi seseorang tentang ibu yang meninggal selepas bersalin ni jarang2 kita dengar sekarang. Katanya hanya orang terpilih sahaja.
Bukan semua orang berpeluang syahid kerana bersalin. Apabila meninggal, dikira syahid akhirat. Tambahan pula beliau juga penghidap penyakit covid, 2x syahidnya. Alangkah beruntungnya arwah.
Buat family Shuib dan family Siti Sarah, takziah saya ucapkan. Moga diberi ketabahan atas kehilangan beliau. 1 Malaysia menangisi pemergian arwah. 1 Malaysia mendoakan arwah.
Saya bukan peminat beliau tetapi saya tertarik dengan pasangan ini kerana saya nampak mereka pasangan yang ideal, layak dijadikan pasangan contoh di kalangan artis. Saya kira Sarah membuat keputusan yang tepat dengan mengahwini lelaki yang sangat mencintainya.
Dalam sebuah hadis nabi nabi bersabda ‘mana2 perempuan yang berkahwin yang menjaga solat, puasa, taat pada suami dan menjaga maruah, maka isteri boleh masuk syurga melalui mana2 pintu yang dia sukai’. Ini menunjukkan betapa pentingnya redha seorang suami untuk isteri.
Saya banyak melihat kisah sedih kawan saya. Tersalah pilih pasangan kerana cinta itu buta. Walaupun di masa perkenalan sudah menunjukkan red flag. Tak lupa juga saya banyak baca kisah2 sedih di IIUMC bercerita tentang kisah perkahwinan macam neraka.
Sebagai wanita bujang, saya teramat takut membaca kisah tersebut. Bimbang tersalah pilih calon. Prof. Muhaya cakap perempuan yang malang adalah yang salah pilih pasangan. Tapi ada juga yang cakap, tidak wujud istilah salah pilih pasangan sebab sudah takdir.
Bagi saya, sebagai orang Islam, kita kan disuruh berikhtiar memilih jodoh melalui istikharah?
Jika sudah istikharah, maka berserahlah kepada Allah (faiza azamta fatawakkal ‘alallah). Asiah isteri Firaun adalah penghuni syurga meskipun suaminya manusia paling jahat dizamannya.
Setiap orang ada ujian masing2. Tapi kita kena berikhtiar mencari jodoh yang baik, bukan? Kerana itu, saya selalu berpesan kepada rakan2 yang masih bujang, supaya mencari lelaki yang benar2 sayangkan kita.
Bagi saya, wanita kena lebih teliti memilih pasangan atas faktor syurga kita sebagai isteri bergantung kepada redha suami. Bayangkan meninggal dalam keadaan suami redha. Masa hidup pun mesti suami memperlakukan kita dengan baik.
Saya kongsikan kisah saya pula sebagai renungan. Suatu ketika dulu saya mengenali seorang lelaki di tempat kerja.
Dari rupa luaran, nampak baik, alim, jenis lelaki menundukkan pandangan dan menjaga ikhtilat. Saya kira sekufu dengan saya dari segi latar belakang agama, pendidikan, dan family.
Melihat sikap dan tingkahlakunya daripada beberapa faktor, saya agak dia mempunyai perasaan terhadap saya.
Namun sayangnya, perangainya sangat menyakitkan hati saya. Melayan saya dengan kasar. Merendah2kan saya di hadapan orang lain, kerap bergaduh dan sudahnya, saya menangis.
Hingga satu ketika saya memutuskan untuk tidak lagi berkhidmat di situ. Saya pergi tanpa sebarang pesanan, tanpa kata2 terakhir mahupun berjumpa dengannya. Tuhan saje yang tahu peritnya rasa menanggung perasaan suka hanya dalam hati.
Rakan2 yang lain memberitahu dia selalu menyebut2 nama saya selepas saya pergi. Memuji ketika saya tidak lagi berada di depan mata.
Saya luahkan rasa sedih kepada seorang rakan chatt lelaki di fb. Katanya, kenapa saya tidak cuba meluahkan perasaan dan fight untuk orang yang saya sayang? Saya cuma bagi alasan mudah untuk menutup perbualan. Tidak mahu bercerita panjang.
Sedangkan hakikat sebenar saya ‘tak guna saya memilih lelaki yang tidak sayangkan saya. Yang kerap menyakiti hati saya. Tak nampak kebaikan saya.
Saya bimbang jika berkahwin, dia tidak redha dan saya meninggal dalam keadaan tidak diredhai. Mampukah saya masuk syurga melalui mana2 pintu yang saya suka?’
Saya tak pernah bercinta, susah nak suka orang. Orang cakap, orang yang susah suka orang ni bila betul2 suka, setianya sungguh2.
Mengenali lelaki yang nampak sekufu, yang tundukkan pandangan, susah nak cari lelaki yang tak penah bercinta macam saya. Nak lupa bukan mudah, susah sangat. Hari2 berdoa, tahajud dan amal zikir untuk lupa.
Saya tak tahu bagaimana rasa sakit putus cinta. Tapi saya tahu sakitnya rasa suka orang dalam diam dan menunggunya sekian lama.
Selepas berfikir panjang dan istikharah, saya memutuskan untuk move on kerana yakin dia bukanlah jodoh terbaik. Hari ini, saya menahan rasa malu saya bercerita kisah lama saya sebagai pengajaran.
Kepada adik2 perempuan yang masih muda, yang sedang mencari cinta dan jodoh, carilah lelaki yang benar2 sayangkan kita. Jangan jadi bodoh untuk lelaki yang tidak berbaloi untuk dikahwini.
Untuk wanita, memilih jodoh itu bererti memilih jalan sama ada ke syurga atau menghantar kita ke neraka.
– Nuha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit