Berusaha Meneruskan Hidup

Assalamualaikum, saya dari selatan tanah air.

Saya punya kisah dan harap ianya boleh dijadikan pengajaran.

Dulu saya surirumah sepenuh masa. Tinggal berjauhan dengan keluarga.

Tiap kali balik kampung memang ke rumah mertua. Segala bakti khidmat semata2 ingin memudahkan orang tua.

Ujian terhadap diri saya, sebelum balik, mertua memberi harapan kepada kami yang kami akan duduk di rumah lama mereka. Lagipun suami dapat tukar bekerja di sekitar situ.

Setelah kembali ke kampung, cerita bertukar, kami terpaksa tinggal bersama mereka kerana katanya mereka perlu teruskan sewa rumah tersebut kerana tidak cukup wang.

Hari demi hari saya semakin tertekan, dengan sikap perfectionist mertua dan perangai ipar yang tidak membantu.

Semua kerja rumah diserahkan kepada saya, sekiranya lambat saya pula dimarahi.

Dengan anak yang agak ramai dan kecil kerja saya memang agak lambat.

Kemudian ditambah dengan anak ipar yang selalu ditinggalkan bersama saya, sedang mereka selalu sibuk keluar dan masuk seolah2 terpaling sibuk.

Jika saya lambat sikit saya akan dilayan dengan muka masam dan tidak dipedulikan.

Rumah mertua sering dihadiri tetamu dari persatuan yang mertua sertai.

Tidak pernah tidak saya dimalukan di hadapan teman temannya dengan perlian dan sindiran.

Sehingga suatu hari saya berselisih faham dengannya akibat dari hasutan si ipar yang bangun pagi pukul 7.30 tinggalkan anak terus bekerja, dan balik rumah terus masuk bilik.

Sehingga pernah mengalami panik attack yang saya sangkakan sesak nafas kerana tidak pernah mengalami.

Saya telah berpindah ke tempat lain bersama suami dan anak2, namun kadang saya akan ke rumahnya untuk berkhidmat dengannya.

Sekarang saya telah bekerja separuh masa membantu suami yang agaknya kecewa dengan janji menduduki rumah lama tidak terpenuhi.

Saya tidak lagi seperti dulu,

Sekarang saya hanya datang ke sana sekejap2 dan akan membantu jika diperlukan.

Untuk pengetahuan, jika saya ke sana untuk membantu ipar saya akan berkurung dalam bilik sepanjang hari.

Dan saya tak pedulikan semua itu, setelah habis kerja saya akan mohon diri untuk balik.

Sekarang saya hanya perlu hidup tenang dan membesarkan anak2 mengikut kemampuan dan keadaan kami.

Saya tidak kisah dengan panggilan menantu hantu, pemalas, sebab bagi saya biarlah saya hidup biasa dari hidup asyik memikirkan bagaimana cara nak ambil hati orang lain.

Kadang2 saya merasa hidup ini tidak adil.

Tapi bila difikirkan, sebenarnya apa saja ujian yang dihadapi adalah atas kemampuan diri hamba Nya.

Saya sedang belajar berdamai dengan apa yang telah berlaku kerana dia telah pun menerima apa yang sepatutnya.

Saya hanya harapkan ketenangan jiwa dan keberkatan hidup di dunia yang kian mencengkam…

Semoga kami sekeluarga akan dipermudahkan segala urusan dan anak2 kami menjadi hamba yang taat kepada Allah.

Bukan senang untuk saya meneruskan hidup setiap hari kerana sehingga hari ini saya masih merasa rendah diri dan tidak mampu hidup dengan lebih baik seperti orang lain.

– Ani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *