Berusahalah Untuk Tidak Menyusahkan Orang Lain

Terima kasih seandainya admin page sudi kongsi luahan aku. Harapnya luahan aku ini dapat buka minda berkenaan dengan prinsip hidup “Berusahalah Untuk Tidak Menyusahkan Orang Lain & Berhutang”

Aku tak faham kebanyakan mentaliti manusia zaman sekarang yang seolah-olah tidak pernah berhenti daripada hidup bergantung dengan orang lain dan berhutang. Memang aku tak nafikan adanya konsep tolong menolong dalam dunia ni. Juga tak nafikan amalan hutang yang Allah dah halalkan untuk kehidupan manusia. Tapi tahu tak bahawa berusaha untuk hidup tanpa menyusahkan orang lain adalah lebih mulia daripada kau asyik meminta-minta kepada manusia.

Kau tengoklah kebanyakan alim ulama yang hidup susah suatu masa dulu berusaha sedaya upaya daripada meminta-minta kepada manusia. Mereka menjauhkan diri mereka daripada hutang. Sampaikan Rasulullah s.w.w sendiri berdoa supaya dijauhkan diri daripada hidup terbeban dengan hutang. Hutang ni boleh menghalang kau daripada masuk syurga. Tahu tak betapa beratnya hutang yang tak selesai di Padang Masyar?

Berusaha tak nak menyusahkan hidup orang lain bukannya bermakna kau sombong dan bongkak. Bukan bermakna kau angkuh seolah-olah kau hidup tak memerlukan tongkat pertolongan manusia. Bukan bermakna kau yakin yang hidup kau selama-lamanya bahagia tanpa masalah sehingga tak memerlukan pertolongan manusia. Tapi berusaha tak nak susahkan orang lain adalah sebab kau memikirkan keutamaan orang lain lebih daripada kau mengutamakan diri kau sendiri. Tongkat tawakkal kau kepada Allah s.w.t jauh lebih ampuh daripada tawakkal kau kepada manusia. Faham? Bila ada masalah, pertama sekali ingat Allah dulu. Bukan cari manusia untuk mohon pertolongan.

Bila bercakap pasal pertolongan, perkara yang paling besar adalah bab duit. Ya..aku mengaku duit boleh membahagiakan dan membutakan mata. Duit jugak boleh jadi punca pecah belah antara adik beradik, keluarga dan kawan. Tapi pernah atau tidak kau pandang kehidupan adik beradik atau keluarga kau sendiri? Lihat bagaimana keadaan mereka? Adakah mereka itu betul-betul senang lenang untuk kau sentiasa meminta-minta pada mereka?

Prinsip hidup aku ialah aku sanggup susah sendiri daripada meminta kepada manusia. Sebagai contoh bila aku inginkan sesuatu dalam bentuk harta benda sebagai contohnya bila nak beli kenderaan. Bila kau dah bekerja, dah ada duit, jangan tergesa-gesa minta duit adik beradik atau ahli keluarga untuk bayar deposit. Kau dah kerja maka eloklah kau kumpul duit gaji beberapa bulan untuk bayar deposit. Sabar itu penting sebelum memiliki sesuatu. Pastikan setiap bulan duit loan kenderaan dibayar secara konsisten supaya tidak ada yang tertangguh menyebabkan kereta kau nak kena tarik.

Jangan lupa untuk saving sedikit demi sedikit supaya kau boleh gunakan bila berlaku kecemasan. Contohnya bila kereta rosak, tayar pecah dan sebagainya. Sentiasa pastikan duit kecemasan ada dalam simpanan supaya kita tidak terlalu bergantung berhutang dengan orang lain bila terdesak. Dah bekerja kan? Pandai pegang duit sendiri kan? Jadi pandai-pandailah manage duit supaya sentiasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada. Do not spent over than your limitation.

Bila kau nak berbisnes tentunya perlukan modal. Dah tahu nak berbisnes, kumpul dahulu modal sedikit demi sedikit sebelum berbisnes. Kalau setakat bisnes kecil-kecilan nak berniaga makanan, aku yakin kau tak perlu sangat nak meminjam dengan orang lain. Bersabar dan kumpul modal terlebih dahulu. Kau boleh kerja, dapat gaji dan kumpul duit untuk modal bisnes. Kalau mampu buatlah kerja part time supaya lebih cepat dapat kumpul duit modal. Dah ada modal, barulah mulakan bisnes. Dah dapat pulangan bisnes, rolling semula modal daripada pendapatan niaga yang kau dapat supaya modal tu boleh digunakan semula untuk niaga seterusnya. Bukannya setiap kali nak bisnes, pinjam modal dengan orang lain. Kalau macam tu, lebih baiklah kau tak payah bisnes langsung. Tak guna bisnes kalau kau tak reti nak hadam bab kewangan bisnes.

Masalah besar melibatkan keluarga selalunya berkait rapat soal kewangan. Dan aku yakin majoriti daripada keluarga berhadapan masalah kewangan melibatkan adik beradik. Tapi tahu atau tidak kadang-kadang masalah kewangan datang bila kita banyak buat masalah dalam hidup? Kita terlalu banyak berhutang dengan bank. Buat loan sana sini tak pernah henti berhutang hanya kerana terlalu terkejar-kejar nak memiliki aset-aset dunia yang sementara ini. Kau tahu diri kau tak kaya dan gaji kau tak seberapa. Tapi kau tak henti-henti membebankan diri dengan meminjam sana sini, buat loan bank nak kumpul aset dunia.

Sampai satu peringkat jumlah hutang yang kau terpaksa bayar exceed your limit. Hingga akhirnya terpaksa meminjam dengan orang lain untuk selesaikan semua hutang-hutang kau yang tertangguh. Kemudian berhutang lagi denga orang lain tak henti-henti. Putran hidup kau tiada lain melainkan berhutang. Sampai bila nak teruskan amalan berhutang? Sampai bila kau terkejar-kejar nak kumpul aset sampai sanggup menyusahkan orang lain semata-mata nak penuhi keinginan hawa nafsu dunia kau semata-mata sehingga sanggup mengheret sekali masalah kau dalam hidup orang lain? Sehingga kadang-kadang orang lain terpaksa mengikat perut sendiri semata-mata nak menanggung masalah kewangan kau yang tak henti-henti.

Puncanya sebab kau terlalu pentingkan diri. Kau terlalu banyak libatkan diri dengan masalah hutang sampai tak mampu langsung nak menyimpan untuk kecemasan. Akhirnya yang jadi mangsa siapa? Ahli keluarga kau jugak yang terpaksa tanggung semua masalah beban hutang kau. Dan cukup dengan keluarga, kau pinjam lagi dengan kawan-kawan. Sampai bila nak meminjam? Sampai nafas terhenti? Ingatlah sikit yang bila kau mati pun, kau akan tetap menyusahkan orang lain disebabkan hidup kau dulu yang terlalu bergantung dengan hutang.

Bila dah mati, ahli keluarga pula yang kena menanggung hutang kau terutama hutang pada manusia. Hutang bank dan PTPTN tak apalah ada insurans. Hutang kau dengan manusia siapa nak tanggung lepas kau mati? Lupa ke yang roh kau tergantung tak dapat masuk syurga bila kau mati tak dapat selesaikan hutang? Tak takut ke mati tinggalkan hutang? Tak rasa rugi ke tak dapat masuk syurga disebabkan hutang?

Macam aku, sekarang ini dah hampir 10 tahun aku kerja lepas habis belajar. Bila masuk alam pekerjaan, aku berusaha sedaya upaya tak nak susahkan hidup adik beradik aku dengan pelbagai masalah terutamanya yang melibatkan wang. Boleh dikatakan setelah mula kerja aku tak pernah lagi pinjam duit keluarga. Sebab aku tahu mereka pun bukannya jutawan. Tambahan lagi zaman sekarang ini masing-masing ada komitmen nak kena tanggung. Bagi aku bila masing-masing sudah bekerja, sepatutnya kau tahu bagaimana nak manage kewangan supaya sentiasa stabil. Ya..aku tahu sebahagian rezeki kita milik orang lain juga. Tapi adil tak kalau masalah itu kau sendiri yang cipta. Tiba-tiba orang lain terpaksa menanggung sama masalah kau tu?

Jadilah orang yang bijak dan matang menguruskan kewangan. Percayalah bahawa sebahagian besar masalah kewangan dalam hidup kita berpunca kerana terlalu banyak hutang. Tak salah kalau kau nak berhutang dan meminjam duit dengan orang lain. Tapi berdisiplin lah dalam berhutang. Selesaikan satu persatu hutang sebelum kau mencari masalah hutang yang lain.

Bila hidup dibebani dengan hutang dan masalah, mohonlah pertolongan kepada Allah s.w.t terlebih dahulu sebelum kau meminta pertolongan kepada manusia. Itulah tawakkal yang sebenar. Tongkat Tawakkal yang paling ampuh. Jangan semudahkanya mencari manusia bila ada masalah. Kerana manusia itu bersifat lemah, kikir dan bakhil. Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada sifat kikir dan bakhil. Amin…

Yang Ikhlas Menasihati,

– Pembenci Hutang

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *