Beside You, Yet Alone

Assalamualaikum. Pertama kali saya menulis disini untuk mendapatkan nasihat dan pandangan akan masalah yang saya hadapi. Saya harap dengan platform anonymous, saya dapat pelihara aib saya dan suami.

Nama saya Melur, berumur hampir 40. Sudah berkahwin selama 11tahun dan dikurniakan seorang anak. Kami sekeluarga hidup bahagia.

Suami seorang yang baik. Nafkah zahir mencukupi. Semuanya cukup serba serbi. Akan tetapi nafkah batin, sudah 9 tahun tidak dilunaskan.

Ya, sejak kami menimang cahaya mata, suami telah berhenti memberi nafkah batin – hubungan intim suami isteri.

Suami saya bukan seorang yang baran, sangat rasional dan boleh bawa berbincang. Tak pernah tinggi suara apatah lagi naik tangan. Keluar berjalan sentiasa berpimpin tangan.

Sebelum keluar bekerja, peluk cium tak pernah tinggal. Kalau orang luar tengok, nampak kami sangat loving. Akan tetapi, rahsia yang tak pernah saya kongsikan dengan sesiapa pun saya tanggung seorang diri.

Saya pernah tanya:

– “Abg dah tak selera dengan saya?” Senyap.

– “Saya dah tak cantik ke? Apa yang saya boleh baiki dekat diri saya? Abg nak saya kuruskan badan? Atau rawatan muka?” Senyap.

– “Abg nak pegi pejabat agama tak? Kita dapatkan kaunseling?” Geleng kepala.

– “Abg ada masalah kesihatan? Nak pergi jumpe doktor?” Senyap.

– “Abg ada perempuan lain ke?” Mana ada.

– “Abg gay ke? Abg suka lelaki?” Jangan mengarut.

Semua ni saya tanya baik2. Tak emotional, tak menjerit, tak menangis. Tenang2 je. Tapi tiada jawapan.

Saya dah cuba pelbagai cara. Romantic date night, honeymoon luar dan dalam negara, banyak kali saya mulakan dulu, tapi selalu direject.

Saya tak suka check phone dia. Dan kalau saya nak check, saya mintak kebenaran dan dia bagi je. Tak pernah saya jumpe apa2 yang bukan2.

Dia pun bukan jenis suka keluar melepak. Malam dan hujung minggu sentiasa dirumah bersama kami sekeluarga.

Setiap solat saya berdoa agar Allah pelihara rumah tangga kami supaya sentiasa sakinah mawaddah warahmah.

Saya telah cuba redha, bertahun2. Akan tetapi saya hanyalah manusia biasa. Iman saya pun ada turun naik.

Bila waktu diduga, terasa godaan tu terlalu kuat. Terdengar bisikan “baik aku cari scandal” “ade je orang lain boleh bagi aku nafkah batin” “ingat takde laki nak aku ke” – Nauzubillah

Alhamdulillah sehingga kehari ini saya masih waras dan tahu halal haram. Cuma makin lama terasa makin penat dan jauh hati.

Penceraian bukan sesuatu yang senang saya ungkapkan. Tapi kebelakangan ni sentiasa bermain di kepala.

Kalau saya ajak bercerai cara baik supaya kami dapat menjaga aib, mahukah dia?

Perlu ke saya sebut akan cerai taklik (tak bagi nafkah lebih dari 4 bulan) yang dia telah lafazkan, dan kalau dia tak nak bercerai secara baik, saya akan failkan cerai taklik?

Mahukan dia coparent anak dengan baik? Tiada cara lain? Semua persoalan ni sentiasa bermain difikiran saya.

Abang.. why does it feel so lonely being married to you? Why do you make feel so unwanted and unloved?

9 years I have waited, patiently.

Please stop torturing me. Dont drive me into betrayal. Dont turn my love into hate.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dia tak bagi nafkah batin tu kiranya yang ringan2 pun dia tak boleh bagi? Ada gaya2 dia tunjukkan simptom2 trauma dengan sxual intercourse tak?
    Mungkin berkaitan dengan masalah kesihatan kot.. Sebab bila ditanya dia senyap. Ajak pi kaunseling pun dia geleng taknak, agaknya malu nak bagitahu orang luar.

    TT memang ada tanya dia elok2, tapi ada tak cakap macam “apa saja jawapan abang nak bagi, saya takkan marah. Terkejut tu mungkin tapi saya takkan marah.. Kalau ianya benda yang saya berhak marah pun, saya nak sama2 cari solusi penyelesaian, nak tolong sama2 baiki ”
    Dia macam bagi ayat ‘reassurance’ untuk dia rasa selamat nak berterus terang.. Tapi kalau memang dah bagi reassurance dan dia memang taknak cakap juga, ntah la.. Doa banyak2 minta Allah tunjuk jalan penyelesaian..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *