Wanita yang bakal berkahwin dengan duda, bersediakah anda?
Amboi, soalan pun dah klise’. Ok aku perkenalkan diri sebagai Ciksu. Ciksu anak dara gojes yang berkahwin dengan duda anak 1 hampir 9 tahun lepas dan sehingga kini Alhamdulillah masih suami yang sama.
Ok back to the question, best ke kahwin duda? Izinakan Ciksu cerita sisi gelap berkahwin dengan duda. Menjadi isteri kedua dalam perkahwinan monogami ada cabarannya tersendiri.
Bukan nak takut-takutkan korang tapi ini realiti yang memang korang perlu hadap sebagai isteri nanti. Atleast takde lah korang tiap hari nangis menegenang nasib kan. Kikikiki.
Disclaimer : situasi mungkin berbeza bergantung apa konflik yang menjadi punca siduda bercerai degan exwife masing2.
Sebelum kahwin, ada juga baca2 wanita share pasal lelaki duda ni. Antaranya, lelaki yang pernah bercerai, tak mustahil dia akan buat benda yang sama nanti.
Duda yang cerita buruk isteri, bukan semua betul, silap2 dia cerita buruk isteri semua tu alasan nak cover silap dia. Perkahwinan lama pun gagal, nak bina kehidupan baru macmna. Macam2 lagi lah.
Waktu ni nak detect siapa betul siapa salah tu susah. Tapi Ciksu ni jenis takpelah, kahwin jelah. Ada jodoh ada lah. Lagipun masa tu Ciksu tak nampak lagi kehidupan selepas berkahwin tu macamna. No wonder lah mak ciksu beriya-iya interview sebab apa pilih duda.
Ditanyanya gaji. Ditanya komitmen, berapa orang anak, anak lelaki atau perempuan, punca cerai, mak laki tu dah tahu ke, bercerai cara baik atau kecoh2, ada kereta tak, kereta atas nama siapa, dan bnyak lagi soalan. Memang macam2 kena tanya.
Rupanya soalan2 ni semua ada kaitannya dengan kehidupan selepas kahwin nanti.
Oh Ciksu berkawan dengan dia kejap saja. 6 bulan kot. Lepas tu terus kahwin sebab Ciksu kata kalau serius, dtg jumpa mak n kahwin. Tak payah tunang2. Tapi hantaran Ciksu mau lah. Jangan kosong.
Wakakaka. Simple kan. Tak payah fikir panjang2 sebab Ciksu time tu rasa dalam fasa umur ready sangat dah nak kahwin n bagi komitmen untuk sebuah keluarga.
Oh sedikit info, perkahwinan suami dan bekas isteri hanya bertahan 3 tahun. Masa berpisah, anak mereka berusia 2 tahun. Setelah setahun setengah menduda, kami pun berkahwin.
Masa ciksu ajak dia jumpa mak tu, ciksu tak cakna pun pasal bila tarikh dia bercerai, pasal tempoh idah pun tak terfikir langsung. Yang Ciksu nampak dia ni laki single yang dah ada anak. So no problem.
Sepatutnya tak ada isu sebab masa dia approach ciksu pun mereka dah habis tempoh edah. Ciksu pula jenis, kalau nak serius jumpa mak n bagitahu hasrat. Tak sempat nak bercinta2.
Tapi lepas kami kahwin, tiba2 isu ni berbangkit. Bekas isteri hantar mesej pada suami “Tahniah, patutlah cerai sebab dah ada penganti. Baru setahun lbih dah kahwin”
Nampak kan? Dan bermulalah sisi gelap berkahwin dengan seorang duda yang exwifenya penuh drama. Tak pasal2 kita terbabit.
Suami ciksu ada 1 anak lelaki kandung bersama bekas isteri. Nama dia Anip (bukan nama sebenar) Tak ada isu kecelaruan nasab atau sebagainya so lega dah disitu.
Ciksu list beberapa point cabaran yang nak kena hadap.
1) GAJI SUAMI diawal perkahwinan.
Point ni paling utama. Ramai janda diluar yang mengharapakan bapaknya bertanggungjawab tapi tak dinafikan ramai lelaki yang culas. Ini kes yang biasanya lelaki yang buat hal. Tapi bila kes suami ceraikan isteri sebab derhaka, lain cerita nak kena hadap.
Suami Ciksu ni ok lah dia alert bab nafkah anak. Gaji pokok suami adalah dalam RM2.6k, tapi lepas tolak hutang loan semua tinggal baki gaji dia RM1100 sahaja.
Sebelum tu Ciksu nak inform, sejarah loan dulu dia buat sebab nak kahwin dengan exwife dia banyak tau. Menyesal? Ada juga sikit. Sekarang ni tak sabar nak tgu loan yang dia pinjam dulu tu hbis bayar sebab terikat dengan banak buat 20 tahun kan.
Ciksu jenis alert gaji suami. bukan sebab mata duitan, tapi nak tahu mana perginya duit2 tu. Untungnya sebab ciksu jenis tak meminta2 itu ini dengan suami. Tapi nafkah tetap suami bagi. Cuma jumlah dia RM50 saja mula2 kahwin. Tak termasuk barang dapur. Ok lah tu kan.
Oh lupa, RM1100 tolak RM350 duit nafkah anak dia, so baki RM750. RM750 untuk 2 orang 1 bulan.
Itulah makan, itulah bil, itulah simpan bulan2 nak hidup roadtax n tukar minyak hitam nanti dan semestinya ZERO duit tabungan emergency. Insuran ke apa tu memang jauh lagi lah nak berangan. What a life.
Disebabkan Ciksu ni membesar dari keluarga yang serba serbi selesa. Tiba2 kena downgrade kaw2 lepas kahwin dengan duda yang banyak sangat buat loan dengan exwife. Waktu ni Ciksu rasa macam fasa ujian rumah tangga baru nak mula.
So best ke kahwin dengan duda ni? Jom tengok point kedua. Bab gaji lagi.
2. Gaji suami selepas bekas isteri buat tuntutan mahkamah.
Masa awal2 Ciksu sah kahwin best sangat. Rasa macam fairytale, suami romatik habis. Lepas 4 bulan ada runner hantar surat dari mahkamah syariah, bekas isteri terus filekan tuntutan hadanah, mutaah n nafkah anak.
So Ciksu sempatlah merasa baki gaji suami RM750 sebulan, 4 bulan pertama kahwin.
Sebelum ni bayarkan nafkah anaknya RM350 by cash macam tu atas budi bicara saja. Tapi elok lepas kahwin terus datang surat mahkamah.
Mungkin bekas isteri risau culas jadi dia buat tuntutan melalui mahkamah. Sebenarnya bagus juga mahkamah syariah ni sebab beratkan pihak perempuan melebihi lelaki.
Tetapi bagi lelaki yang betul2 berpisah sebab masalah dipihak perempuan memang teraniaya lah jadinya. Dan lagi teraniaya adalah keluarga baru dibina. Macam misi balas dendam pun ada.
Mutaah ni wajib dan layak untuk isteri yang diceraikan suami walaupun disebabkan nusyuz. So bagi lelaki sekalian, kalau nak kahwin korang habis duit, kalau korang bercerai pun korang tetap akan habis duit. Bunyi macam tak adil tapi itulah cara martabat wanita dipelihara didunia.
Peguam sebelah bekas isteri turut usulkan ke mahkamah yang suami ciksu SENGAJA MENAMBAH BEBANAN HUTANG DENGAN BERkahwin LAIN. Mengelegak darah Ciksu baca surat2 yang sampai.
Asalnya, bekas isteri tuntut RM1000 untuk sekolah RM1000 untuk raya. RM500 untuk nafkah dan RM200 insuran nyawa total (RM700 sebulan). Bayakkan? Sebab waktu ni tengah trending pasal kes pemain bola dan artis tuntut macam2 di mahkamah.
Hakim yang baca ni senyum geleng kepala dengar tuntutun pihak perempuan sambil pegang slip gaji suami. Tuntutan ni ikut gaji suami ye. Takada kena mengena duit Ciksu atau isteri baru. Kalau isteri baru kaya sekalipun, nilai nafkah tetap pada gaji suami.
Mujur hakim bijak pandai, hakim maklumkan yang pihak lelaki ada tangungan, nafkah tetap wajib dia sebagai suami kepada isteri baru, tambah2 pihak lelaki bakal menimang cahaya mata nanti. Nilai diputuskan berdasarkan slip gaji dan kiraan kos sara hidup semasa.
Iya, Ciksu mengandung awal lah juga. Masa proses suami naik turun mahkamah ni, Ciksu stress sangat. Suami tak sudah2 minta maaf sebab dia jadi tak mampu nak sara keluarga baru.
Kalau ikutkan yang asal RM750 tu pun ngam2 untuk nak langsungkan hidup lepas kahwin. Tapi bila dah jadi RM400 lepas tuntutan mahkamah, memang teruk lah kami time tu. Silap kami juga sebab tak ambik tahu pun pasal tuntutan dan hak2 bekas isteri boleh buat.
Kisahnya, mahkamah telah tetapkan dari baki gaji RM1100 tu RM350 nafkah seorang anak bulanan, RM5000 untuk mutaah bekas isteri bayar ansur2 RM250 sebulan, RM300 setahun untuk persiapan raya dan RM300 setahun awal tahun untuk pembukaan sekolah.
Jumlah ni hakim yang putuskan ye berdasarkan slip gaji.
Ciksu tahu ramai akan kata RM350 seorang anak zaman sekarang mana cukup, tapi hakikatnya kalau dia orang masih bersama pun, insuran nyawa pun masih tak buat juga sebab kekangan gaji. Ini realiti zaman sekarang, gaji para lelaki tak ramai yang tinggi.
Ramai yang miskin bandar ok. Masa kahwin setuju nak sama2 tanggung, bila dah cerai macam2 akan dituntut dan diungkit sampai buka aib sana sini. Disebabkan rasa dendam, kalau boleh nak gaji suami kosong terus.
Kawan2 fb ciksu pun ramai yang bercerai dengan suami masing2. Adalah mereka up status macam. Biasanya “pom pom girl” di bahagian komen ramai dan rancak nak jadi batu api. Isu paling hot ni bab nafkah lah.
Ciksu tak berani nak komen siapa betul siapa salah sebab bila Ciksu sendiri kahwin dengan duda, Ciksu sedar yang plot twist dan play victim tu benar2 wujud. Jadi sebaik2nya jangan masuk campur.
Settle bab duit, sekarang bab giliran jagaan anak. Hak jaga anak pula diberi pada ibu. Giliran bermalam rumah kami pula 2 kali sahaja sebulan. Maksudnya 2 minggu sekali kena jemput dan pulangkan semula anak ke pangkuan ibunya.
Semestinya kos petrol pergi balik, beli jajan tu Ciksu lah yang kena tanggung. Nasib baik juga lah rumah suami dalam 30 minit saja ke rumah bekas isteri, 30min pergi 30 min balik. Kalau tak lagi parah lah nak isi petrol.
Bab peruntukan isi minyak nak jemput anak tu bukan mahkamah ambil tahu pun, yang penting potong dulu gaji laki.
Bayangkan kalau suami tu betul2 tak mampu nak bayar duit minyak isi petrol, mesti nanti bekas isteri cakap bapak tak peduli anak. Tak pernah jemput anak dan sebagainya. Buat anak saja pandai. Lagi sedap dan panas content bekas isteri boleh up di social media.
Makan kami pun bercatu. Nasib lah baik Ciksu ni ada income sendiri. Kalaulah Ciksu ni pun tak kerja, mungkin muka kami ni ada dalam episod Bersamamu.
Jadi yang nak kahwin duda tu, bersediakah anda bab ni? Duit kita keluar bulan2 tak sikit ye. Banyak tu nak kena tampung lompong2 kewangan. Kalau takut tak iklas tu baik fikir2 dulu sebelum kahwin.
3) Penerimaan keluarga mertua dan kasih keluarga sendiri.
Bagi yang nak berkahwin dengan duda tapi dah sedia maklum yang keluarga mertua bermasalah atau sayang lagi dekat ex wife, sebaik2nya janganlah terlibat. Cinta saja tak cukup. Nanti korang boleh mati sebab stress. Hehehe.
Alhamdulillah dalam perkahwinan Ciksu ni, keluarga mertua sangat baik. Umi dan ayah dan ipar duai terima Ciksu dalam keluarga seadanya. Tak pernah nak banding2 dengan bekas isteri suami.
Ciksu banyak terima pujian dari mereka, katanya terima kasih sebab sudi jadi isteri kepada abang Man (suami Ciksu).
Adalah mereka cerita sikit2 personaliti abang Man mereka ni berubah banyak sangat lepas kahwin dengan Ciksu. Sebelum ni balik rumah muka stress. Sekarang ni asyik ceria saja. Alhamdulillah berkat ciksu ni ni comel dan kelakar. ( eh tibe2)
Adik ipar perempuan yang rapat dengan suami pun ada cerita sikit2 apa yang exwife pernh buat yang tak manis dibuat supaya Ciksu tak repeat perkara yang sama macam bekas isteri dia buat.
Ni bukan mengumpat ye, tapi sesi ambil pengajaran. Iyelah, takut tau kita ulang silap yang sama nanti.
Salah satunya, balik kampung terperap bilik saja. Tak bergaul dan turun bila makan dan mandi saja. So mak2 sekalian, kalau boleh kena ada social skill juga, walaupun anda seorang introvert, pastikan personaliti anda fleksibel ikut keadaan.
Umi pun pernah bagitahu “Umi memang perasan abang Man dulu memang ada masalah, mak manalah yang tak perasanakan, tapi tulah tak ada cerita apa. Tup2 bercerai. Lepas cerai tu baru lah abang Man kau cerita semua dekat umi yang dah lama dia pendam.
Tapi umi minta bincang elok2 sebab mak mana yang sokong anak nak bercerai. Tapi abang man kau cakap dia memang tawar hati sangat2 dah dan fikir masak2 dah. Siap cakap kalau Man tiba2 balik pada dia tu, tolong bawak man pergi berubat, takut terkena buatan orang”
Bila Umi cerita macam tu, Ciksu pun lega lah. Kiranya terselamatlah ciksu daripada jadi madu kalau2 mereka ni rujuk semula. Hihihi.
Umi dan ayah tahu pasal tuntutan mahkamah tu sebab suami ciksu yang ceritakan sendiri. Mereka minta maaf bagi pihak anak lelakinya sebab rasa menyusahkan ciksu pula nak tanggung keluarga. Sepatutnya bab duit ni lelaki yang kena handle, sekali anak dia jatuh miskin.
Disebabkan jarak rumah mertua ni jarak dalam 150km saja, masa awal2 kahwin mertua selalu datang bawakkan barang basah, atau beras. Nanti Umi kata, “Saja singgah market tadi, nampak ikan segar terus rasa nak beli banyak, bahagi lah dua plastik tu”
Baik kan? Tu salah satu cabang rezeki kami Allah hadirkan disebalik RM400 baki gaji suami.
Itu keluarga mertua, bab keluarga Ciksu pula. Abah n mak n adik beradik pun punyalah baik.
Abah n mak Ciksu memang dah stanby n tahu apa bakal jadi dekat anaknya nanti lepas kahwin dengan duda. So, abah n mak ciksu kadang2 banak in duit dekat Ciksu. Ciksu tak minta tau, tapi tiba2 dapat mesej,
“Abah mak baru dapat bonus ni, kita kongsi2. Belilah apa2 kalau teringin”. Malu tau, tapi mak kata, takpa, pelan2 nanti ada rezeki lain masuk. Padahal dia orang tak tahu langsung pun pasal gaji suami. Tapi mungkin naluri geng2 mak abah ni kuat kan, jadi Ciksu bersyukur sangat2.
Allah tu Maha Kaya, rezeki kami kami mencurah2 dari hari ke hari sampaikan nak sambut baby pertama kami pun macam2 hadiah kami terima.
4) Hubungan dengan biras.
Selain adik beradik ipar, biras pun akan turut terlibat. Macam dalam kes ciksu ni, ada biras yang jadi tali barut. Imformer paling dekat dengan bekas isteri.
Bahaya tau. Masa kes tuntutan rancak dimahkamah, pihak bekas isteri siap perli suami dalam court dengan info nilai RM yang tepat, majlis belah isteri baru kemain besar, tapi nak minta lebih nafkah cakap duit gaji rapat.
Semua info2 ni birasku lah bocorkan maklumat. Suami tenang di mahkamah maklumkan dia sedikit pun tak keluarkan duit majlis kahwin di pihak Ciksu. Majlis pihak perempuan 100% full sponsered oleh mak dan abah.
Mak & abah ciksu memang dah ada peruntukan kenduri kahwin untuk anak2 perempaun. Ciksu pun kagum dengan mak & abah bab pengurusan kewangan & keluarga ni memang tip top. Tapi ciksu ni tak pula ikut jejak tu.
So yang ada biras macam ni, bertegur boleh tapi nak mesra tu jauh sekali. Ciksu sendiri beritahu suami yang ciksu boleh nak bersembang dengan Kak Ija (biras) bila ramai2 duduk sekali,
Tapi bila duduk berdua dengan dia rasa awkward jadi teringat2. Sebab tu dikira satu pengkhianatan dalam keluarga.
5) Psycho dengan bekas isteri.
Walau semua serba serbi baik, tiba-tiba bekas isteri pula buat hal, memang kadang2 tu rasa nak serang juga mulut celupar tu.
Untuk pengetahuan, bekas isteri ni follower dia ramai tau sebab dia cantik n kurus tapi kalau bab putih tu, Ciksu lagi putih lah. Hehe. Tak nak kalah ok. Sebab ciksu ni diet macam mana pun, nak dapatkan badan mcm dia tu tak pernah lagi tercapai.
Ingat tak mesej pertama “tahniah” masa awal2 kami kahwin tu, dia turut up status guys. Boleh tahan kawan2 dia perli cakap “Cantik elok macam ko pun kene tinggal tapi penganti muka tak semenggah.”
Ye, ciksu stalk lah fb dia. Sakit hati ooo baca semua komen2 dan status tu.
Masuk tahun ke 3, tak sudah lagi status provoke dia. Laki k@t3 oriented lah. Sondol lah. B*bi lah. Perempuan tak sedar diri nak rampas kasih sayang anak lah. Eiii. Bila teringat tu rasa nak ganyang rumah dia.
Bukannya ciksu tak tahu sejarah sebelum dia bernikah dengan suami ciksu, dia orang pun pernah terlanjur sebelum nikah.
Jadi ingatlah, yang kawan2 , walau nampak baik macam mangsa keadaan sekali pun, aib dia tak nampak sebab tak ada seorang Ciksu yang ceritakan dia pernah berzina. Tapi zina2 pun dengan laki ku yang sekarang ni juga. Nak cakap lebih2 kang hmmm.. dah taubat kan.
Tapi yang dia up di fb bertapa sucinya dia. hinanya suami dan ciksu. Kawan2 pun sokong saja membuta tuli.
Btw, yang stalk fb ex wife suami tu salah seorangnya umi sendiri. Umi follow sebab suka tengok gambar cucu. Umi siap screenshot dah hantar dekat suami tanya kenapa sampai jadi macam ni.
Disebabkan lepas 3 tahun ex wife masih up satus bukan2, suami pun pergi rumah keluarga perempuan tu dan cerita sendiri depan family perempuan tu.
Suami kata biar nak suruh mak ayah dia pantau sikit perangai anak perempuan dia dah besar2 pun menyusahkan orang. Masa ni memang suami ciksu emo sangat. Ciksu lagi lah. Bengkak2 mata sebab sakit hati tapi tak boleh nak buat apa.
Lepas pada kejadian tu, family kami semua kene block dari fb dia. Ok juga kan. Biar lah dia nak gosip apa pun dengan geng2 membawang dia tu.
Kesan daripada kejadian tu amat dasyat. Ciksu jadi macam ikhlas tak ikhlas saja nak beli apa2 dekat anip. Jadi berkira. Sebelum ni punya lah sayang. Tak beza sikit pun dengan anak kandung sendiri. Kalau mahal, dedua mahal.
Tapi lepas kena macam tu, nak beli apa2 jadi berkira sangat. Ciksu bagitahu dekat suami yang ciksu memang minta maaf, kadang2 bila anip tak behave, mula lah jadi nak mengata ikut perngai mak lah ni.
Jadi teringat2. Sebab tak pernah lagi diri ni kena hina teruk macam tu.
6) Privacy dan jealousy.
Masa awal2 kahwin kan, rasa berbunga2, seronok saja rasa nak update itu ini, tapi privacy jadi terganggu sebab exwife pun stalk kite. kikiki..
Kalau bergambar bersama anak suami, nanti kawan2 dan keluarga yang jauh2 akan tanya ” anak siapa tu?” Yelah, itulah anak express. kahwin2 saja terus dah jadi mak. So feeling kahwin dengan duda ni lain tau.
Yang part jelous pula, suami akan ke rumah exwife jemput anak, kadang2 ciksu ikut, jadi nampak lah dari dalam kereta tu exwife pakai baju kurung tak sarung kain rilek saja sembang dengan laki kau. Aku yang keluar rumah ni berbungkus, kau senang2 tayang betis dekat laki aku.
Suami ciksu cakaplah dia tak tergoda pun tengok sebab dah takde perasaan pun. Tapi sebagai perempuan takkan ciksu nak redha. Tu bekas isteri tau. Aurat tau aurat. BIG NO lah.
Ciksu cakap kalau nampak dia pakai macam tu masa nak jemput anak, better you jalan mengundur. Im watching you.
Ada lagi, kali ni part contact pula. Suami mesej dan chat dengan ex wife untuk urusan anak, tapi ex wife hantar emoji cute2 dekat laki kau. Siap kadang2 exwife tu snap gambar tempat dia orang pernah dating dan tanya “ingat lagi tak tempat ni?” Makan hati juga.
Ciksu cakap direct saja dekat suami, tak payah nak throwback sangat lah. Nak tanya pasal anak boleh tapi jangan nak melebih. Nak throwback2 ni dengan sayang seorang dah lah.
Dan, bila birthday anak dia orang, exwife request nak keluar dengan bapaknya sambut birthday anak. Dia orang keluar bertiga naik satu kereta.
Ciksu dekat rumah macam orang putus cinta. Sakitnya rasa masa tu. Memang lah tak curang, demi anak dan sebagainya, habis ciksu ni apa? Macam perempuan simpanan tau rasa.
Jelous dengan girlfriend ni lain, jelous dengan exwife ni lagi lain macam sebab dia orang pernah bersama sebilik semua. Uiii, jeles dia tu lain macam. Mula lah nak overthingking seorang2 dirumah.
Nasib baik part ni umi dia sendiri yang tegur suami ciksu. Demi anak ke, kebahgaian anak ke, bonding anak ke, perasaan isteri dekat rumah jangan dibawak main. Kau tu dah pisah dengan dia, apa yang nak duduk keluar sekali dalam satu kereta?
Thank you Umi. Anak umi tu ha… Eiii.. padan muka kena marah.
Itu lah hakikat kahwin dengan duda. Kadang2 iblis ni datang nak bolak balik kan hati, sampai ciksu rasa geli pula dengan suami sendiri sebab laki ciksu pernah bersama dengan wanita lain.
Kiranya ciksu ni dapat second hand dan kongsi benda yang sama. Macamna lah orang yang poligami ni hadap nak elak rasa geli dan cemburu kan.
Geli2 pun anak dah masuk 3 dah. Biarlah, malas fikir lebih2.
7) Dalam penceraian mesti ada silap kedua2 pihak.
Dalam perkahwinan, tolak ansur dan keserasian tu penting. Nak serasi bukan perlu persamaan, tapi kena saling melengkapi.
Apa yang ciksu nampak, suami ciksu ni penyabar tapi jangan diprovok. Kalau dia marah, dia memang tak tinggikan suara, tapi bagi dia masa cool down baru slow talk cakap elok2. Kalau nak argue apa2, ciksu jenis cakap berdasarkan fakta.
Selalu kita dengar perempuan saja nak memang kan, tapi suami ciksu ni pun boleh tahan, dia pun kalau boleh nak menang saja. Kadang2 ciksu pun melayan iyekan saja. Biar lah dia rasa happy sikit. Ni sikap suami yang ciksu kena pandai handle.
Bekas isteri pula mulut jenis laju saja tuduh itu ini, bukan dengan suami saja, dengan kawan2 pejabat dia pun dia bergaduh. Jadi nampak lah yang tak serasi tu sampai boleh bercerai.
Ciksu pernah juga tanya dekat suami, apa yang tak serasi sangat tu, suami cuma pesan, mulut dan kata2 kena jaga. Bukan nak minta tunduk dengan suami tapi cukup sekadar hormat dan tak menengking suami sendiri depan keluarga.
Ciksu tanya lagi, tak cuba slow talk ke, suami ciksu kata, dia jenis tak boleh ditegur. Lagi makan hati, isteri sendiri suka cerita buruk tentang adik beradik suami dan mertua, depan2 semua ok, masuk kereta otw balik rumah dia mula cerita buruk tentang seorang2.
Kata2 suami paling ciksu terkesan, dia kata masa study dulu bergaduh dengan roomate sehari pun rasa taknak tengok muka, bila kahwin semua benda berkongsi, duduk serumah tidur sebantal, hari2 pula asyik bertegang lidah, siapa yang boleh tahan?
Ciksu pun ada kelemahan juga. Dah lah kuat jeles lepas tu suka menangis. Sikit2 nagis. Tapi nasib baik part ni suami elok saja sabar pujuk.
Ok lah, sampai situ sahaja. Yang tak baik tu jangan lah diikut.
So nak kahwin dengan duda, kahwinlah tapi make sure ada back up kewangan masa mula2 kahwin dan jangan biarkan exwife nak goda2 suami atas alasan anak.
Sekian…
– Ciksu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit