Baru-baru ni aku terbaca confession cara mendapatkan kerja dengan syarikat mnc. sebelum korang bercita2 nak mohon keje, meh baca sikit pengalaman aku dengan syarikat minyak mnc. syarikat yang kau woww bile dengar basic gaji fresh grad engineer dia, yang ramai budak2 engin nak sangat join. Asik2 dengar citer pasal keje cikgu dengan doctor je kan, sesekali tukar la angin.
Pengalaman aku ni dengan service provider, kat wellsite yang terletak di luar pantai (most of oilfields kat malaysia ni offshore). So kalau yang mula keje dengan operating oil companies (shell, exxon, murphy) tu mungkin pengalaman drng lain sikit.
Keje di laut. Bunyi macam best. Tapi kau akan lost communication dengan dunia luar. Masa aku dulu, cellphone tak boleh bawak ke laut, so komunikasi dengan darat hanya through lined phone, tu pon kene amik turn. So takde chance la kau nak gayut lama2 dengan bf/gf. Kalau kene assigned ke tempat yang best sikit, ada la kemudahan wifi untuk guna kat laptop. Biasa nya offshore trip boleh jadi seminggu, atau lebih lagi. Aku pernah duduk laut paling lama 36 hari. Kerja service provider ni takde rotation sangat (kt malaysia). Stay la sampai keje kau siap. Ataupon kau claim la kau dah depress sangat, level nak terjun laut, nanti boss kau hantar orang lain untuk replace kau.
Masa. Bile keje dengan company ni, especially bile keje offshore, sila lupakan masa untuk keluarga, gf/bf atau kawan2. Kau akan terlepas banyak wedding kawan2 sebab either kau kene keje, kene ke laut, or kene pergi training kat mana2. So bile masa kau kahwin pulak, krik krik krik je la ye, jangan mengharap sangat kawan2 akan datang. Raya pon kadang2 kau kene keje kat laut. Weekend lupakan je la. Kalau kat darat, boleh la enjoy weekend sehari seminggu. Public holidays? Sesetengah company mnc tak kisah pon public holidays, keje macam biasa (kat Malaysia). Bile barang nak kene hantar ke offshore, selagi tak siap, selagi tu kau siapkan, so keje sampai 12 tgh malam , 1-2 pagi pon boleh. kalau kau jadi manager/ sitting in untuk manager kau, kul 3-4 pagi pon bersedia terima panggilan dari laut kalau ada masalah. so still nak cube apply tak?
Mentality. Kebanyakkan yang di ambil bekerja ialah budak2 fresh lepasan university. Jadi engineer2 ni tak tau apa2 sangat pasal dunia luar, employee’s rights (mcm public holidays aku mention kat atas), dan senang di ‘brain wash’. Drng akan brain wash kau sampai kau berjaya mendahulukan kerja daripada apa2 yang lain, dan membuatkan kau rasa kau bagus. Kau akan rasa kau hebat sangat la, orang lain taktau apa. Tapi sebenarnya drng tak sedar, oil&gas industry ni bukan tertumpu pada dicipline dia je. Banyak lagi bende2 yang best. Fortunately, aku join company lain lepas beberapa taun, dan baru aku sedar pasal ni. Cisss.
Tekanan. Kau akan selalu berada dalam keadaan tertekan, dan memerlukan kebolehan berfikir serta membuat keputusan yang cepat dan betul. Keje kat laut, especially atas rig yang daily rate 200k usd/ day (so harga rig sejam ialah 8333 usd = RM 35K), tak boleh berlengah2. Kalau equipment kau rosak, yang boleh menyebabkan operasi terhenti, siap la kau nak menghadap boss, menghadap client. Sapa nak bayar cost 35K sejam tu kalau operasi tak jalan? Operasi adalah 24/7 berterusan. Kalau kau dapat pasangan junior yang belum pandai buat keje lagi, lagi penat. Sebab kau kene make sure everything is ok, which means kau kene stay awake most of the time. Ada beberapa hari aku pernah tidor atas kerusi, beberapa jam sahaja sehari. Maksudnya, aku tidor time orang lain buat keje, 3-4 jam, pastu bangun balik sambung keje. Mandi tak mandi lain citer ha ha ha. Tapi bile standby takde keje pon bosan jugak, makan tidor makan tidor. Nak balik darat tak boleh sebab kene standby kalau apa2 terjadi dan memerlukan expertise kau.
Layanan sampah. Orang keje laut ni kebanyakkannya kasar2, especially mat salleh. Kalau cakap, tanpa curse words tu tak sah. F word jadi adjective untuk hampir semua perkataan. Bila dia maki, takde tapis2. Tu mat salleh, tapi orang malaysia kita pon sama je. Lagi2 yang keje pakai baju kuning/ client. Mentang2 dia boss, rig/ platform tu dia yang punye/ bayar. Ada pernah kat satellite platform yang aku pergi, contractor tak dibenarkan guna tandas / bilik mandi drng. So bila nak buang air memang guna open air toilet la (ada kepong sikit2) yang straight into the sea. Ha ha ha. Boleh nampak ikan datang cari makanan jatuh :p. Mandi pon kat tempat open air dari tangki air.
Drng tak kira la kau graduate first class from Cambrige ke, cum laude dari Columbia ke, kalau dah namanya service provider tu, mmng level picisan. Ohh, time makan pon berbeza, contractor hanya boleh masuk tempat makan 10-15 minit selepas ianya di buka. Maksudnya, kau kene tunggu orang2 dia makan dulu baru kau boleh makan. Hahah lawak betul mentality ni.
Kalau yang perempuan pulak, get ready, sebab ada sesetgh rigs yang kau terpaksa kongsi bilik dengan lelaki, tapi setiap katil ada curtain. Double deckers. Satu bilik, ikut size, ada 2 or 4 orang. Ada tempat lain 6 orng. Jangan risau, sampai sekarang aku tak pernah dengar lagi kes rogol.
banyak lagi cabaran2 lain tapi panjang sangat la nak cerita kat sini. So amacam nak tak keje macam tu? Jangan tukar fikiran lagi. Aku tak habis lagi ni ha ha ha. Tapi yang bestnya, dengan company ni la aku belajar banyak tentang hidup, belajar deal dengan orang dari pelusuk dunia, belajar bertahan kerja under pressure, tentang survival skills, dapat travel dan tengok dunia. First day keje trus training seminggu kat dubai, duduk kt 4-5 star hotels. Pastu dapat pergi training kat alexandria, abu dhabi, edinburgh, kellyville, jakarta. Dapat jgk pengalaman kerja di brunei, vietnam, beijing dan negara arab teluk. After the first few years, dapat simpan duit, boleh kluar cash 100K renovate rumah parents. Tak sampai 5 taun keje aku resigned, walaupon masa tu aku dah dapat assignment keje luar negara, dengan gaji basic 20K, sempat la merasa beberapa bulan. Aku resigned bukan sebab aku tak tahan dengan kondisi keje tu, tapi I wanted to pursue my interest.
– anon
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit