Best Of Both Worlds

Assalamua’laikum IIUM Confession community! Harap semuanya sihat.

Saya Elena & dari segi kerjaya, saya kejap kerja, kejap berhenti, then kerja balik, kemudian berhenti terus.

Confession ini ialah mengenai what happened during the evolution between career saya as Suri Rumah sepenuh masa & a full time working mother/wife. Di penghujung, ada sedikit pesanan khidmat masyarakat.

Saya mulakan story lepas saya lahirkan my eldest:

Year 1 – 5:

I had 3 kids in 5 years & all the while working. Tiap pregnancy, mabuk teruk. Masa anak sorang, saya hantar rumah orang.

Then by anak dua saya pakai maid. Masuk anak 3, maid lari. Compounding the situation, masa tu saya baru dapat promotion & kena transfer. Dari rumah 10minit from office, jadi 1 jam.

Year 6-7:

Maidless while adapting to new work location & portfolio, I decided to quit. Maka bermulalah hidup sebagai housewife. Tugas2 biasa- Drive, groceries, masak, laundry, urus anak & all the domestic stuff. I believe semua yang dah lalui tahu letih jaga anak kecil berderet macam mana.

Tugas2 khas pun banyak, tak menang tangan.

At home, I am my own boss. Contoh, kalau sendiri tak kisah tak mop tiap hari, taklah penat. Masalahnya saya OCD & set high expectations on myself. Ala2 gold standard.

Husband tak cerewet but I’d guess (dia tak cakap pun, saya agak saja), dia memang expect saya selesai hal rumahtangga A to Z sebab saya dah tak kerja & tak contribute financially.

Since he had a demanding job with an international private company, cuti pun sikit (tapi gaji tak sikit lah) & I know workplace pressure is no joke, saya keras hati & berat mulut nak minta tolong dia. Nak jadi superwoman sangat.

Siang punya kelam kelibut or malam anak meragam, saya tak kacau dia. Hati kadang bergelodak but if there’s any help, I want it to come from him voluntarily. Saya jual mahal or ego or gila kuasa, tak tahulah (saya terfikir ni as I write.. haha.. never looked at it that way last time).

On surface, semua consider done, almaklum saya ni jenis performer & efficient (maaf, perasan) tapi sebenarnya something was not right with my nervous system, probably due to overthinking + overdoing. Saya start dapat panic attacks.

At first thinking it was heart attacks, saya jumpa doktor klinik biasa, then referred to cardiologist. After some doctors (even locum) suggested jumpa psychiatrist, I ended up with an appointment at a government hospital.

Tak tahulah if khidmat psychiatric di klinik swasta dah wujud belum, tapi saya ikut sahajalah nasihat pakar bila dah dirujuk.

Neither my husband nor ahli keluarga yang acknowledge mental health issues masa tu, saya pula jaga pride & didn’t want to make a big fuss out of it, so I actually went to the hospital with a friend/neighbor!

Bila sampai hospital, perasaan segan, rasa gagal, campur baur. Dahlah ramai, tunggu lama, risau ada yang kenal saya. Masa ni rasa tak percaya pun ada. Takkan aku gila kot.

Aku ni product SBP, scorer, sekali pandang semua complete – ada family, rumah, kereta yang semuanya besar2, kecuali aku – yang kekal comel dari sekolah (maaf, perasan lagi).

Psychiatrist ada beri sejenis ubat, I actually took maybe 1 or 2 tablets. But ada sesuatu yang psychiatrist cakap was eye opening & made me ponder. He said maybe I miss my work & lack of purpose significantly.

Ringkas cerita following that, I decided kerja semula, after 21 months jadi full time housewife.

Year 8-14:

Saya pun resume jadi full time employee. Family wise, anak2 dah besar sikit, more manageable, less frequent ulang alik hospital for check ups (sebab dah tak pregnant lagi) or immunization or bawak anak sakit, dah jarang jaga malam, no more susu & tukar pampers.

Husband punya company downsized resulting on increased workload for those maintained.

Manpower dikurangkan but work is still there, so bila cover 2-3 orang punya scope with same pay, macam too much & he was burnout. He moved & dapat job with less pay but not too busy, cuti lebih flexible & much nearer to home.

Work wise, kerja memang stress tapi saya tak sakit, so saya tahan ajelah. Saya dapat helper, seminggu sekali on weekend. Dalam 1 hari tu dia basuh pakaian sekolah anak2, by ptg kering dia iron.

In between dia buat macam2 – vacuum, basuh bilik air, cuci longkang & even kopek bawang! Memang bagus sangat the girl tapi after 3 yrs, dia balik Indonesia for good.

Lepas tu bermula era juggling between career & family. Walau anak dah mula boleh basuh kasut sendiri, tolong cuci pinggan, husband sidaikan kain, tapi saya penat!

Penat tu, mental, fizikal, emotional!! Tak exaggerate tau ni.. I sakit seluruh badan, keluar masuk hospital bagai, dan masa ni lah macam2 masalah lain pun datang, hal keluarga sendiri, mertua, ipar, kewangan suami..

Di office pula, kerja menimbun, urgent, boss jenis lepas kat kita.. geram aje saya dibuatnya. Peraturan banyak, nak apply cuti susah. Nak complain tak guna. Dah orang bayar gaji banyak, depa perah betul2. Stress on the road lagi, dengan jem, banjir kilat semua.. memang menguji.

Punch out kerja Pejabat, clock in pula kerja rmh. Masa Ramadhan, landing saja kita terus pegang sudip, melayang2 lanyard bersilat kat dapur nak pastikan siap juadah buka puasa.

Dulu mana ada grab food & nak masuk Bazaar Ramadhan pun dahsyat, baiklah masak sendiri. Masa semua orang tidur, saya bercekang mata buat housework atau ‘homework’ from office.

This was an extremely difficult phase.

Year 15 onwards:

Lepas lebih kurang 6 tahun dalam cubaan kedua berkerjaya, saya tender resignation sekali lagi kerana stress teramat sangat & panic attacks datang kembali.

Saya tak nak sampai kena ke Jabatan Psikiatri lagi.. and the thought of becoming a mental patient buat saya lagi psycho. I told myself, saya mesti berubah, big change, major!

Kali kedua saya resign, saya lebih bersedia. Saya enjoy kehidupan dengan anak2 yang masa tu semuanya bersekolah. Sending them to school is my favorite activity sebab anak & kita ada quality time berbual. Depa tak distracted, while I’m glued to the steering.

Jangan ingat takde masalah ye.. ada saja dugaan mendatang tapi saya dah nekad nak jadi manusia yang boleh function secara normal. Demi anak, diri sendiri.

I take things easy, most importantly targeting on achieving spiritual strength, physical fitness, mental joy & emotional stability.

I was resolute – I choose happiness walau tak loaded macam dulu sebab sorang saja earning. I believe you just can’t have everything you want in life. Pasti ada kos melepas & the pandemic really proved it.

Masa kita macam2 jenis PKP hari tu, saya pikir – bayangkan kalaulah masih bekerja, harus saya miserably sick! Sebabnya, tempat lama saya involve dalam aktiviti Kerajaan menangani pandemic.

Orang lockdown, mereka kerja. Sama naik dengan Frontliners di lapangan. I don’t think I can handle. Lega, Allah beri yang terbaik ikut kadar kemampuan saya.

Saya masa tu rasa punyalah untung dapat serve the family, terjaga kebajikan anak2 yang semua ada di rumah sepanjang keadaan tak menentu. Then PDPR bermula. Anak2 took time adjusting to on line learning. Ter’miss’ class, tertidur masa class, macam2.

Bila semua terkumpul di rumah, perasaan semua asyik lapar saja. Saya sampai tandus idea so entah apa2 resipi kami google. Seronok bila jadi. Kelakar kadang tu hasilnya, ada yang sedap, kita pun asyik repeat buat. The togetherness is precious.

Sampai sekarang saya umpama lady of leisure (Suri Rumahtangga Kategori Anak Remaja). Urus suami, anak2, take up gardening, dengar kuliah agama, belajar mengaji, join activity kemasyarakatan sikit2. Sekali sekala take a stroll kat tasik or mall or park.

Ada masa sesuai, catch up with friends or close relatives, lepas tu ada pula yang introduce IIUMC, so jadilah bahan bacaan yang terkini. Informative, entertaining, amusing & at times exasperating!! Haha.. good job Admin, korang mesti species sobar (thumbs up).

2022:

Ok let me summarize – selang seli in & out of office, saya kerja makan gaji 11 tahun, saya jadi Suri Rumah masuk tahun ke 8.

Dari pengalaman tu, I know you just can’t have the best of both worlds. Masa kerja nak duduk rumah, masa kat rumah, nak life macam orang office pulak. Camno tu? Even work from home or doing on-line business pun mencabar juga.

Yang buat saya sedar ialah both environments pun eventually buat saya kena panic attacks. So I know it’s not the setting. It’s my inside that I have to work on, not the professional work, not house chores.

And also, the people! Perangai orang kalau masuk sangat dalam kepala memang boleh sakit otak. Tapi sebab kita hidup dengan manusia, bukan beruang, maka kita kena cari jalan untuk hidup bersama manusia dengan aman.

Keep life simple with no regrets, working on being a better self & doing better in relationships are the work I do now and that’s a constant struggle for me.

Setakat yang dah sampai sini, terima kasih kepada yang sudi membaca kronologi hidup yang telah mendewasakan saya. Kenapa saya share?

Sebab saya notice kisah² yang orang kisahkan sangat apa yang orang lain buat kat mereka.

Yelah takkan kita tak kisah.. but you must know when it has to stop, when to take a grip of your actions & thoughts. Based on my experience, pemikiran yang diputar2, boleh menjadi perosak hidup kita. Saya dah alami, saya sangat ketahui. It’s toxic, very & highly.

Contoh yang bermain dalam benak saya selama ni antaranya:

– apa lagi parents saya tak puas hati dengan pencapaian saya?

– apa lagi yang mertua saya nak komen, judge?

– apa lagi yang ipar saya tak paham, dah abang engkau buat hal besar, memanglah aku hangin.

Yang hal Pejabat pun ada sets of persoalan & pertikaian dalam minda saya seperti awat lembu punya susu, tapi sapi yang dapat nama?

Saya kini ketepikan semuanya. Kalau teringat, berjaya push away sebelum timbul rasa marah, despair & all ‘not good feelings’ tu semula by telling myself jangan terlalu sibuk kisah apa orang buat/cakap kat kita. Be mindful of what’s in your mind.

Sibuklah kisahkan apa yang kita buat kat diri kita sendiri. macam saya ni, Alhamdulillah aware at last banyaknya kena baiki diri. Saya tahu saya high IQ tapi saya pasrah saya hampeh EQ. Saya rawat diri dengan baiki hubungan saya dengan Allah & manusia, sedaya upaya saya.

It’s an ongoing process. I reset my priorities, examples:

1. Lepas umur 40 badan rasa tak kuat, so saya reprogram my ‘kiasu’ness on managing the household.

Dulu pastikan rumah tip top, gonyoh kuali sampai berkilat, now buat apa yang larat, tak payah lasak-lasak. Sakit badan ni selalunya berkadar terus dengan sakit hati, hence jangan exert your body.

2. On emotion part, saya tahu tiada jalan mudah, tiada orang yang boleh buat kita ‘ok’ kecuali Allah & kesedaran, keinginan, keazaman tinggi diri kita sendiri.

Not even pasangan kita walau masa bercinta macam Lela Majnun coz suami kita sedikit sebanyak akan berubah (kita pun) lepas kawin. No longer your Knight in shining armor but you’d be left fending for yourself to survive life’s ups and downs.

3. Saya recalibrate my conviction. My new outlook – instead of mode defense or fighting for what I think is right/the truth (which people often see/read as being negative), diam is better. Saya ingat hidup ni singkat, buat apa nak bazirkan dengan constant confrontation yang exhausting.

Apa yang tak luak seperti mulut orang yang cerita macam2 pasal kita (orang tak paham niat kita mungkin sebab tutur & tingkah kita disalah erti), abaikan sahaja. Again, banyak diam (yang bertempat), lagi banyak manfaat.

4. Bab cerai, poligami – saya lihat semua sebagai ketentuan. Ada wife yang baik kalau boleh nak beruskan gigi suami, pun laki tinggal juga.

Ada yang garang macam singa, elok pulak suami berani pasang dua. Terima qada’ & qadar, move on.

5. Saya stop tak puas hati, banding sana sini, patut macam tu, macam ni. Umpama hendak yang selain ditakdirkan. Saya realign my mindset to doa, usaha, Allah tak beri, sangka baik, anggap bukan rezeki, habis cerita. Once kita syukur, redho, kita akan tenang & rasa cukup.

6. Saya usaha stay within healthy supportive group of people. Very small circle pun takpe, asal mereka paham kita & cukup sabar nak accompany our journey to become better person.

Know your limits, do self reflection, self development. Baca selalu doa Nabi Yunos, mohon ampun jika zalimi diri sendiri.

Nasihat saya, paling penting kita jaga diri kita, buat yang terbaik. Kita tak mampu ubah orang lain. Banyak masanya saya tengok bila saya berubah, keadaan keliling turut berubah (strikingly so on my relationship with my other half).

Saya ubah persepsi, ubah perlakuan, dah cukup dapat hasil yang saya harapkan walau tak sepenuhnya.

Another pertinent advice: kepada yang ada anxiety disorder, panic attack, tanganilah dari awal. Anda boleh sihat, hidup tak bergantung ubat InsyaAllah bila dari awal identify punca, know where/what to work on & sungguh2 work on it. Tengok semula my point no 2, ayat pertama.

Kepada yang kenal/mendampingi mereka seperti ini, ingat, they’re not gone case! Tolong lah mereka, saya rayu, don’t let them slipped further into depression or schizophrenia.

Kalau kita dah tolong sampai kita left so drained, yet they still don’t want to change, macam tu fahamlah if you want to let go.

Saya sedih bila jumpa orang² yang keadaan dah sampai tahap nervous breakdown, di antara sane and insane, hallucinating, suicidal.. sedih sangat sebab saya fikir mereka takkanlah terus sampai tahap tu.

macam orang yang kena stroke.. maybe dah ada tanda2. Makan ubat, jaga diet, adjust sekeliling, mungkin boleh elak..

But if it’s fated (sakit mental, fizikal atau apa sahaja), you can’t run away from it. Ingat, Allah bg ujian, Allah bg kemudahan & bantuan. Kita doa dipermudahkan & kelak husnul khootimah.

Lastly, life is never perfect & if you want to have the best of both worlds, then focus should be on how to be contented in this world & successful in the other world – iaitu alam yang kekal abadi.

Moga kita berjaya (eh tadi autocorrect pulak beraya.. haha.. Selamat Menyambut Ramadhan ye semua, dah tak lama!!).

Aamiin.

– Nur Elena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *