Salam. First of all, thank u admin sudi siarkan cerita yg tak seberapa saya ni.
Nama aku Zizi (bukan nama sebenar), student kat salah satu universiti area Selangor, dah tahun akhir (alhamdulillah, aku boleh survive hehe). Cerita aku nak kongsi ni bukan nak aibkan sesapa cuma nak share/luahkan and mintak pandangan dari korang semua lah, maybe ada antara korang yg pernah alami benda yg sama macam aku kan (i feel u beb). Kalau intro ni je korang dah xberkenan jangan stop, kena baca ‘body’ haha. Biasalah first time i confess ni u olls.
Aku ada sorang ‘kawan baik’ nama dia Min (bkn nama sebenar), kitorang rapat since sem 1 kat u (kitorang satu kolej/hostel). Kenapa aku tulis ‘kawan baik’ ada tanda ni ‘? Haa ni lah nak cerita huhu, sabaq sat. Masa start belajar kat u aku ada kenal dgn sorang kawan ni aku gelarkan dia Kay (dia prempuan) ,kitorang kenal masa orentasi atas pentas sebab kena denda sama2 masa tu, haha. Borak punya borak waktu kena denda, jadilah rapat kebetulan sama ‘floor’ kat kolej and sama course (yeay jumpa geng nk pi kelas). Hari2 lepak sama, so masa tula rapat dengan Min (sebab min dgn kay roomate). So kami bertiga rapat lah kat situ, selalu lepak sama2, tapi Min course lain so aku lagi banyak luang masa dgn Kay smpai aku perasan kadang2 Min macam marah/jeles sebab Kay rapat dengan aku brbanding dia tapi aku positif jela, perasaan aku je kot.
Then, naik 2nd year Kay jadi orang kuat uni so dia banyak habis msa buat kerja dgn orang2 kuat uni lah, tinggallah aku dengan Min and kitorang makin rapat giler2 smpai aku keluar ada org ajak date mlm2 aku mintak si Min teman, huhu. Aku ni takdela lawa mana pon, level2 Min and Kay jugaklah, ramai jugak ‘guy’ nak try aku tapi tak berapa nak peduli sangatlah sbb pada aku dorang smua ‘acah2’ je, yela pengalaman aku sebelum2 tu orang yg ckp suka kat aku then kenal2 dah start suka balik semuanya rupanya bf org (err apelah nasib).
Okay ceritanya bermula msa 2nd year ni, ada sorang mamat ni kawan lama akulah, dia start confess suka kat aku (via ws) aku cerita kat Min (sbb dia kalau ada apa2 smua cerita kat aku jugak so dah trbiasa cerita semua benda kat dia), then lepas aku cerita,aku pon mcm suka kat mamat tu so mntak pndapat Min ,respon dia ‘tak payahlah jantan semua sama je, nak main2 je tu’. Aku pon mcm nk ikot ke tak, aku dgr pndangan Min tpi aku truskn je kwan dgn mamat tu sbb dia mcm jujur and die bkn bf sesapa haha. Aku macam pelik jugak lah sebab sebelum tu bnyak kali jugak ada org try aku ,aku mntak pndapat Min tapi respon Min selalu sama, tak payah, lupakan, dorang main2 and selalunya aku ikot pndngan Min sebab die tua setahun dri aku so aku pikir dia ni bnyaklah pengalaman,kononnya haha tpi kali yg ni tak berapa nak ikot.
Actually, masa 2nd year tu Min tak stay luar sebab tak dpt stay kolej, so bnyak cerita dgn dia via ws and kadang2 dia rajin lepak bilik aku n tumpang tidur, waktu tula yg bercerita. One day, Min ada cerita kat aku ( dia dah stay luar masa ni ) dia ada berkenan kat sorang guy ni kerja area rumah sewa dia, dia cerita kt aku happy so aku pon as kawan aku tumpanglah happy, die pernahlah tnjuk gmba dia n guy tu tapi aku xnmpak sgt muka guy tu sbb jauh and memang aku xtengok sgt pon sbb bukan aku kenal pon, haha. Then, lama gak aku xjumpa Min, aku tengah study ada satu malam tu tiba2 text masuk ‘hai, nk kenal boleh’, kat message biasa dala kredit tak bnyak so aku jawab mana dapat no, xkenal bye, itu je. Then tetiba yg message tdi tu die ws, die ckp pinjam fon kawan jap sbb dia pkai fon murah takde ws and die suruh save no die, jgan text lagi kt ws sbb pakai fon kwn dia, aku cm layan xlayan text dia, dah xknal tetiba dapat no kan,pastu pulak nak suruh aku percaya org muda skarang pkai phone takde ws, huhh memang taklah.
Selang 2,3 hari ada text masuk, guy yg text malam tu ,dia cakap dia dah beli phone ade ws (haha kelakar je ingat aku budak umo 12 tahun ke nk percaya) aku pon haa ye kan jela. Tanya2 mana dpat no taknak bgitau tpi ajak jumpa, aku cakap kena bgtau dpat no dari mana then dia cakaplah curi dari phone Min, dia kwan Min and Min xtau mamat ni text aku, aku bagi namalah kat mamat ni senang, call him Rul.
Okay pendekkan cerita lah, mesti korang bosan dah pnjang sangat kan bilalah nak habis, Haha. Dah kenal sebulan dgn Rul keluarlah minum dgn dia, korek punya korek cerita rupanya Min yg suruh Rul kacau aku rupanya, dorg macam bet aku boleh jatuh hati kat Rul. Kawan baik sendiri buat macamtu, perghh sedih giler, kawan baik aku da lama kot. Si Rul tetiba confess cakap die yg suka aku, dah mcmtu prkenalan nya mmg taklah kan, ckupla kawan je. Balik dari minum tu text2 rupanya baru tau Rul ni mamat yg Min suka minat jatuh hati tu, dah pulak habis. Memang teruslah cakap taknak dah rapat ke apa nnti xpasal2 sbb Rul aku pulak gaduh dgn Min, tpi Rul ckap dia tak suka Min. Aku dah xrapat dah dgn Rul, tapi Min ni jadi pelik sebab tetiba senyap n malas layan aku, aku pelik tanyalah knape aku ada buat salah ke apa ke dia cakap takda. Aku biarkan jela dia ada problem kot.
Dalam minggu tu jugak aku kluarlah jalan dgn kawan rapat aku Jaa (lelaki satu kolej) ,tetiba dia tanya gaduh dgn Min ke. aku ckplah mana ada gaduh, tapi Min macam ada problem dgn aku aku tanya tak jawab. Then Jaa cakap ada benda nk bagitau aku, tapi janji jangan sedih. Jaa cerita kat aku yg Min cerita semua psal aku kat Jaa. Aku peliklah, cerita ape kan sbb Jaa rapat dgn aku Jaa ni tau jugak bnyak pasal aku. Jaa ckp Min cerita smua bnda yg aku cerita kat Min, trmasuk aib aku, bnda buruk aku, privasi aku, smua die cerita, aku dah meleleh airmata. Sedih giler, kau kawan baik aku, aku percaya kau tapi kau cerita smua kat orang lain and org tu LELAKI. And Jaa ada cakap jugak yg Min cerita aku kebas pakwe die, keluar dgn pkwe dia even aku dah tau die suka mmat tu. Ya Allah, bila masa pulak, suka mamat tu pon tak nak kebas apa. Aku terpikir lah sape pulak yg bagitau aku kluar dgn Rul, Rul dah janji xnak rosakkn relay aku dgn Min. Rul punya keje lah ni, aku text Rul mula2 dia tak ngaku then aku paksa rupanya dia cakap die bagitau Min sebab aku dah xnak contact dia.
Aku text Min, jelaskan semua yg aku tak tau pon Rul tu org yg Min suka ,n lepas aku tau aku terus tak contact dah, tapi Min cakap takpe dia okay tak suka pon Rul lagi. Then dia terus senyap tak text aku lagi. Aku text mintak maaf kalau aku salah smua die tak reply. Aku tunggu jugak die taknak terus terang ke die bukak aib aku kat org lain, cerita amanah aku suruh dia jaga kat org lain, dia ni taknak mintak maaf ke apa ke. Dari 2nd year smpai lah sekarang dah final year aku tunggu die text mintak maaf ke apa ke, tapi sikit pon takda. Takpelah maybe aku yg salah pilih kawan.
Sampai sekarang dia dah tak contact aku langsung. Sedih, kawan baik yg paling aku percaya, aku cerita semua sebab dia pon cerita semua kat aku, tapi dia bukak aib aku. Kadang2 ada rasa nak cerita aib dia kat orang, tapi ishh syaitonirojim betul hasut aku. Mintak jauh.
Kepada Min Kalau kau perasan post ni aku tau kau tau siapa kau, jangan risau rahsia kau aku simpan smpai bila2. aku tak mintak apa2 pon dari kau, cukup sekadar text mintak maaf.
Kepada readers IIUM Confession terima kasih sudi baca cerita aku. Haha. Maaf salah silap, typo dan sebagainya. Love uolls.
– Zizi faz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit