Hi pembaca, aku nak cerita tentang kejadian yang menimpa adik aku masa kenduri kahwin dia.
Kami sekeluarga masih rasa tak percaya dengan apa yang berlaku tetapi ia benar-benar berlaku dan paling tak sangka orang yang kami selalu libatkan dalam majlis keluarga kami sanggup bertindak sedemikian.
Sebagai background aku letakkan lah nama kepada watak-watak ini. Dah tentu bukan nama sebenar. Adik aku, namanya Ivy. Di sabotaj oleh bestie nya sendiri pada hari perkahwinan. Bestie ni kita panggil sebagai Daphne.
Segalanya bermula lebih kurang 5 bulan sebelum tarikh wedding adik aku bilamana Daphne dapat tahu yang Ivy tak pilih dia jadi pengapit.
Bagi Daphne, dia nak jadi orang terpenting dalam hidup adik aku. Jadi dia tak boleh terima bila Ivy tak pilih dia jadi pengapit.
Kami pun tak faham apa dalam fikiran dia bila dia equal kan watak terpenting tu maksudnya kena jadi pengapit. Sedangkan adik aku dah letak dia sebagai floor manager majlis kahwin tu nanti. Yang jadi pengapit adik aku ialah kawan dia masa universiti dulu.
Masalahnya bagi Daphne, patutnya dia pengapit, sebab dia lah bestie adik aku dari sekolah. They all basically went through everything together so during the event dia nak jadi pengapit.
Tapi, benda yang dia tak sedar dia buat, masa hari tunang Ivy, dia tidak pun menunjukkan yang dia rasa adik aku penting. Dia datang lambat dan balik awal.
Jadi adik aku rasa dia boleh saja tiba2 ada priority lain dan adik aku ikut gerak hati, pilih lah kawan lain yang juga merupakan seorang yang di hire menjadi pengapit. Yes. Pengapit professional itu wujud ya.
Memang tepat pilihan adik aku ambil kawan dia tu. Sangat perform dan memudahkan urusan adik aku masa hari wedding tu. Syukur sangat dengan kewujudan dia.
Ada banyak benda pelik dah jadi sebelum wedding, Ivy dah rasa tak sedap hati sebab member banyak lepak tanpa dia. Padahal diorang ni jenis kalau lepak sampai tak ingat hari esok. Tapi dia keep positive saja lah sampai menjelang sehari sebelum wedding.
Diorang ada another friend, namanya Kevin. Kevin ni lelaki. Kiranya diorang ni satu geng jugalah sama-sama.
Kevin cadangkan kat adik aku dari awal, sehari sebelum akad nikah tu nanti tidur lah hotel. Sebab nak better lighting and more privacy untuk pengantin. Kevin ni pernah belanja kawan diorang yang lain hotel so untuk Ivy ni dia belanja la juga.
Beberapa kali Ivy tanya hotel mana dia tempahkan. Saja je Ivy sebut nama hotel 5 bintang yang dekat dengan masjid nak nikah tu tapi itu cuma perbualan biasa je lah. Bukannya maksudnya Ivy nak hotel tu pun. Kena faham diorang ni dah kawan lebih 10 tahun tau.
Hari sehari sebelum nikah tu, adik aku dengan pengapit dia pergi lah ke hotel yang Kevin dah book kan tu. Masya Allah. Dah lah pelik semacam bau busuk weh, lepas tu bilik yang dia tempah kat hotel tu ada tiang besi yang macam untuk tarian tiang tu. Pelik gila.
Ni Ivy tak inform pun kami. Kami ingat dia dah settle lah kan dekat hotel. Esok pagi jumpa kat masjid je lah.
Rupanya memang sesuatu sangat hotel tu siap ada orang kat kaunter tu, marah receptionist dan ugut sebab tak bayar bil. Kalau tak bayar bil nanti dia nak potong elektrik.
Bayangkan perasaan seorang bakal pengantin yang nak menikah esok, dia kena hadap situasi camtu. Ivy ni rasa tak sedap hati sangat jadi dia terus lah book hotel lain. Nasib baik dapat hotel lain yang okey sikit so dia terus check out.
Kan tadi Kevin cakap nak kena ada better lighting untuk mekap kan, tau tak bilik dia book tu tak bertingkap. Hampeh betul memang nak kacau emosi Ivy bagi bilik macam tu.
Esoknya Alhamdulillah upacara akad nikah berjalan lancar dan kami sekeluarga memang beri support penuh kepada adik aku.
Asalnya kan si Daphne dengan Kevin tu jadi floor manager kan, tapi bila diorang sampai aku dah pelik kenapa datang lenggang kangkung je pastu duduk je kat meja makan.
Aku lah ke hulu hilir settle dengan orang dewan, dengan emcee semua nak arrange aturcara majlis. Pelik juga lah dalam hati aku tapi aku just fikir nak selesaikan majlis sahaja lah dan be there for my sis. Aku pun dah biasa buat event jadi takde isu take over hari kejadian.
Majlis selesai dengan jayanya. Tetamu yang hadir seronok dengan makanan yang terhidang. Banyak orang bagi makanan juga jadi tetamu puas hati lah dapat makan macam-macam. Keluarga kami kalau buat kenduri memang meriah makanan.
Beberapa bulan selepas kahwin, barulah terbuka cerita sebenarnya. Yang pasal hotel tu kan, asalnya Kevin dah book hotel lain. Biasa je lah tapi tak apa lah kan ikut kemampuan dia. Sekalinya si Daphne ni dia punya dengki, dia hasut Kevin tukar hotel lain.
Kevin dengan sengaja booking hotel yang nampak macam sarang pel****an dan maksiat sebab nak kenakan Ivy. Supaya dia emo dan maybe nak tengok Ivy jadi bridezilla masa hari wedding.
Memang jahat lah apa diorang buat tu. Siap hasut kawan-kawan lain, datang wedding pakai baju hitam. Serba hitam. Aneh kan? Tapi itulah yang diorang buat. Kitorang panggil gagak hitam sebab dah geram.
Sampai sekarang diorang tak tahu adik aku dah tukar hotel lain. Agaknya diorang ingat Ivy ni lurus bendul agaknya nak menangis tepi bucu katil. Kalau diorang baca ni baru diorang tahu. Serba satu rancangan diorang gagal.
Yes, banyak lagi benda diorang buat. Daripada pakaian pengantin lelaki, kepada pakaian pengantin perempuan, hantaran, hotel dan finally pakai baju hitam.
Adik aku masih trauma sebenarnya sebab itulah kawan yang dia anggap sahabat dunia akhirat. Sekalinya jadi macam ni, kami dah block diorang semua daripada all social media account. Cut all ties and never again let them get into our lives.
Satu benda lah kan, nak jadi jahat pun, kau marah ke dendam dengan kawan kau, jangan lah kau buat apa-apa masa hari kahwin dia. Itu memang melambangkan kehitaman dan kebusukan hati kau.
Kami tak nak dah nampak muka dia dan sekumpulan gagak hitam tu kat mana-mana.
Dan untuk pengetahuan, diorang ni bukan budak kecil ye. Masing-masing dah umur 27 tahun pun tahun ni. Perangai tak seiring dengan pertambahan usia.
Jadi berhati-hatilah. Kawan hari ni belum tentu kawan lagi esok lusa.
– Hazelneen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
terik perangai