Assalamualikum kepada admin dan semua pembaca.
Kan best kalau kita semua diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah.
Saya selalu jealous tengok orang yang istiqamah bangun tahajud setiap malam, solat dhuha tak tinggal, boleh jaga ikhtilat dengan baik,
Lepas solat fardhu al quran sentiasa dibaca, mereka yang selalu solat di awal waktu, mereka yang lisannya sentiasa berzikir dan berselawat.
Demi Allah saya sanggat cemburu dengan mereka.
Saya bukan hamba Allah yang baik. Saya merupakan seorang pelajar di sebuah universiti awam di Malaysia. Saya seronok bila berada di kolej sebab senang untuk saya beribadah macam baca al quran, solat sunnat dan sebagainya.
Tapi bila saya balik rumah, saya jadi malas. Solat pun hujung-hujung waktu. Subuh jangan cakap la, selalu sangat subuh gajah. Tak tahu la kenapa saya bangun lambat sedangkan saya tidur awal.
Saya seronok je kalau balik rumah sebab boleh jumpa ibu tersayang saya tapi tu la nikmat keseronokan tu hilang la bila remehkan solat macam tu.
Setiap kali sebelum saya nak balik rumah, saya selalu berdoa agar saya tak tinggal solat kalau balik rumah.
Kadang-kadang saya rasa saya ada masalah hati.
Entah la……..
Anda semua ada tak amalan yang anda selalu buat sehinggakan anda semua sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadah sama ada yang wajib mahupun sunat? Kalau ada boleh share di komen.
DOAKAN SAYA MENJADI WANITA SERTA ANAK YANG SOLEHAH DI DUNIA DAN AKHIRAT, YANG PALING PENTING MENJADI HAMBA YANG TAAT PADA YANG MAHA ESA.
– Cik Kucing (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit