Bestnya Jadi Awak

Dalam kampung kami, kan ada satu kakak ni, nama Kak Wani. Umur 37, kerja TNB. Bujang lagi.

Tapi dengar kata dia kerja TNB dalam pejabat. Kira bukan bahagian teknikal.

Tapi Kak Wani pandai wiring. Dalam kampung ni, apa-apa masalah wiring pun orang akan panggil dia walaupun dia seorang perempuan.

Nak pasang aircond ke, nak servis aircond ke, apa-apa pun la. Kebanyakannya akan panggil dia ja. Sebabnya dia tak minta upah. Dia akan cakap, “Bayar seikhlas hati ja la.” Cuma barang kena beli sendiri la.

Yang mana tak tahu nak beli apa, dia akan tulis. Kadang dia tolong beli, dia bagi resit.

So orang kampung selesa la dengan dia. Kebanyakan orang kat sini bukan kaya. So guna perkhidmatan dia ni cepat, mudah, kos pun murah. Dan yang penting, dipercayai.

Macam baru-baru ni, plug rumah saya rosak. Kak Wani ni masa tu pergi bercuti. So masa tu ada survey-survey dekat orang lain.

Semuanya seratus lebih… Kalau barang beli sendiri, upah RM50. Untuk orang lain mungkin murah.

Tapi untuk kami macam mahal sangat. Barang tak sampai RM10 pun, tapi upah tinggi.

Tapi faham ja, tu mungkin harganya. Tu kan pekerjaan orang, tak sama macam Kak Wani, ibarat part time dia ja.

Mak saya nak tunggu Kak Wani balik jugak. Sebab RM100 memang tak cukup masa tu.

Lepas lima hari, baru Kak Wani datang. Sekejap ja dia tukar plug. Mak saya bagi RM30, dia tak nak.

Dia cakap, “Takpe la. Kerja sikit ja ni. Tolong pasang.” Tapi mak saya masak semua untuk dia… suruh dia makan. Semua orang yang panggil dia mesti akan jamu dia makan.

Mak macam segan dia tak nak ambik upah. Lepas tu mak paksa-paksa, dia ambik RM10 ja.

Saya ni sebenarnya tak pernah cakap dengan Kak Wani. Sebab tak tahu kenapa, rasa macam segan.

Lagipun dia jenis serius, dan nampak garang. Dia tak banyak cakap. Saya tak pernah tengok dia senyum ke, ketawa ke, bergurau ka.

Dengan sapa-sapa pun macam tu la. Sepatah-sepatah ja cakapnya. Walaupun makcik-makcik tua banyak ja cakap, tapi tetap dia diam. Lepas tu habis kerja, dia akan balik. Takde nak lepak-lepak sangat.

Tapi dia dah macam idola saya sekarang ni. Sebab kat mana-mana dia pergi, orang hormat dia. Baik laki perempuan, tua muda.

Saya rasa macam kagum sangat… Lepas tu rasa best dengan penghormatan yang dia dapat.

Benda yang dia tak minta, tapi dia dapat. Mesti keluarga dia pun happy. Banyak pahala dia.

Orang nak khidmat dia, orang akan pergi rumah dia. Sebab nombor telefon dia, dia tak pernah bagi. Tapi orang pun tak minta agaknya.

Sebab orang selesa cari dia kat rumah kot. Tapi mak dia peramah. Nanti mak dia la bagitahu orang minta tolong itu ini. Nanti free dia akan pergi la. Kalau dia ada kat rumah, masa tu jugak dia akan pergi. Kadang-kadang mak dia ikut jugak.

Sekarang kan result SPM baru keluar. Mesti ramai yang tercari-cari hala tuju kan. Sebab tu terfikir nak tulis pasal Kak Wani. Kot-kot ada yang nampak hala tuju lepas baca ni.

Apa saya tahu, Kak Wani memang jenis jiwa kental la… Sebab perjalanan hidup dia semua jenis lone ranger.

Kalau saya memang tak mampu nak jadi macam dia. Saya jenis lembik, semua nak kena berteman… Ambik kos nak ikut-ikut kawan. Tapi Kak Wani tak macam tu pun.

Saya tak tahu Kak Wani minat kerja apa, bidang apa. Tapi mak dia kata Kak Wani lepas SPM pergi kursus CIDB belajar asas wiring. Sebab result SPM Kak Wani kurang memberangsangkan.

Masa tu Kak Wani sorang ja perempuan. Yang lain 40 orang lelaki. Sebabnya Kak Wani ni orang susah.

Ya la, majoriti orang kampung ni agak susah. So nak sambung belajar takde duit. Kebetulan masa tu CIDB ada buat banner kursus 3 bulan.

Tak perlu bayar. Free… Lepas tu dapat elaun dengan makan. So Kak Wani pergi ja situ belajar asas wiring. Sebabnya Kak Wani ada niat nak sambung belajar. Cuma ada kekangan duit.

Lepas tu dia sambung belajar dekat IKM, kos electrical jugak. Dia sambung sini sebab masa dia belajar kat CIDB tu, orang offer study situ.

Dia terima sebabnya belajar free dan dapat elaun dari MARA. Lepas habis situ, Kak Wani pergi belajar di German Malaysian Institute. Yang ni ja dia jauh sikit mengembara.

Mak dia cakap dia belajar bersungguh-sungguh dalam bidang tu. Sebab dia cakap tak nak main-main lagi.

Mungkin dia rasa kena ubah masa depan keluarga kot. Masa tu mak dia cakap, dia rasa dia kena kerja bagus sikit untuk buat keluarga dia selesa. So nak kerja bagus, kena ada education kan. Sebab tu dia bersungguh-sungguh.

Saya dengar kata, dulu masa kat IKM, tetap Kak Wani sorang ja perempuan dalam kos elektrik tu. Tapi dia memang hebat la… Mampu bawak diri. Mampu bersaing dengan lelaki.

Dekat IKM tu dengar kata dia sangat cemerlang. Setiap sem dekan. Dia dapat tawaran buat diploma kat Japan. MARA nak tanggung sepenuhnya. Dia pun dah setuju nak pergi Japan.

Tapi masa tu tak tahu la masalah surat-menyurat apa tah. So dia tak dapat rezeki belajar situ. Tapi dia belajar kat GMI tu, tak tahu la MARA tanggung ke apa.

Mak dia pun tak ingat sangat pasal tu sebab dah lama. Tapi macam dia pernah study kat UniKL jugak. Saya tak pasti yang tu dia study apa.

Tapi lepas tu dia dapat kerja TNB. Kerja la sampai sekarang. Tapi merata dunia dia dah pergi travel. Hidup dia dah senang sekarang. Tapi dia tetap bantu orang dengan cara dia tersendiri.

Tapi untuk apa yang dia ada sekarang ni pasti bukan mudah jugak… Pasti banyak liku-liku dia. Tapi mungkin dia jenis tak cerita.

Walaupun dia seorang perempuan, tapi dia buat kerja wiring sorang-sorang dia ja tau. Cool and versatile sangat tengok cara dia kerja.

Kerja dia pun kemas dan teliti. Tengok dia panjat tangga pasang kipas syiling saya yang cemas. Tapi dia steady ja.

Hari tu jiran panggil dia buat wiring satu rumah. Jiran saya cakap bagi upah kat dia RM5000. Sebab orang lain minta RM7k. Tapi katanya dia tak ambik RM5k tu… Tak pasti la dia ambik berapa… Tapi kurang dari RM5k.

Dia siap cadangkan kena pakai kabel apa semua. Ada dia sebut jenama. Multi Mega apa tah.

Satu lagi, Kak Wani ni selalu suka cadangkan brand apa bagus. Tu yang orang suka tanya pendapat dia.

Lepas tu abang tu pergi beli dengan dia. Dia buat sorang ja… Tapi abang tu ada tolong-tolong jugak. Belajar sekali dengan dia. Cuma lambat sikit la siapnya.

Sebab dia buat masa cuti, santai-santai. Jiran pun boleh ja tunggu. Sebabnya orang selesa nak tanya apa ke, nak minta pandangan ke. So orang nak dia jugak buat.

Macam mana orang boleh tahu dan yakin dengan seorang perempuan, sebab masa belajar kat CIDB tu, dia repair sendiri kerosakan dalam rumah dia.

Rumah dia selalu jadi tumpuan makcik-makcik berkumpul membawang petang-petang. So masa dia buat kerja, orang kan tengok.

So orang ada la panggil buat kerja kecik-kecik. Dia kan nak tambah skill, so dia buat ja la. Lama-lama ramai dah mula panggil dia sebab dah tahu dia pandai buat.

Lagipun upah dia murah. Kalau orang takde duit, dia buat free ja. Barang pun dia beli. Kebanyakan masa kalau kerja kecik-kecik, dia tolong buatkan ja la. Kalau kerja besar, dia akan panggil tuan rumah bantu ambik barang ka, pegang barang ka.

Dalam kampung ni ada jugak beberapa budak lelaki, parents diaorang minta tolong rekomen kerja kat TNB. Sebab Kak Wani sorang ja agak berjaya dalam kampung masa tu.

Sekarang dah ramai dah orang kampung ni berjaya. Tapi tak ramai kerja TNB. Ramainya kerja kat KL.

Kak Wani tak banyak cakap, tapi dia kata, “Nanti bagi resume.” Lepas tu terus budak dua orang tu dah dapat kerja. Yang sorang tu dapat kerja baca bil tapi kat kawasan lain.

Saya tengok dia, selalu berangan bestnya jadi macam dia. Ada gaya, ada skill, ada kerjaya. Yang penting disegani masyarakat.

Bukan senang bagi saya seorang perempuan nak kekal dalam bidang dan kerja macam ni… Dalam hidup saya first time jumpa iron lady.

Kat kampung ni tak pernah orang fikir ego lelaki ke perempuan ke. Selalu kan orang rasa malu kalau perempuan buat.

Tapi dia ni, minta tolong apa pun dia buat. Jarang saya dengar dia tolak kerja. Sebagai seorang perempuan, saya pun bangga dengan dia.

Orangnya kecik-kecik ja. Tapi mampu kerja macam lelaki. Dia memang hebat di mata saya la.

Saya nak jadi macam dia memang tak mampu… Terus terang cakap saya tak berjaya sangat dalam kehidupan atau kerjaya.

Macam saya cakap kat atas tu la, kerja nak ikut-ikut kawan… Kawan nak ambik management, kita pun ikut. Padahal kita tak tahu tu apa. Lepas tu berhenti separuh jalan.

Sedangkan saya minat nak jadi cikgu. Tapi sebab takde kawan, tak berani. Penakut. Last-last saya hilang cita-cita saya tu. Saya memang sejenis perempuan yang semua nak kena ada kawan, nak kena ada teman.

Saya memang menyesal banyak benda dengan past saya. Tapi apakan daya, semua tu tak boleh diubah.

Tapi setiap kali tengok Kak Wani, mesti terdetik macam-macam. Kalau saya lelaki, mungkin saya mengorat dia dah… Haha…

– Mizah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *