Bestnya Jadi Lelaki

Terima kasih admin kerana menerima pengakuan saya untuk diletakkan di dalam page ini.

Sebelum saya menulis confession.. saya baca admin tulis syarat untuk confession ini ialah menarik, berinspirasi, dan tidak berunsurkan negatif. Dan confession saya tidak lah begitu menarik dan tidqk lah berinspirasi cuma ianya adalah sebuah pengakuan yang tidak dapat saya luahkan kepada umum kerana takut dilabel orang.

Cuma saya perlukan bantuan para pembaca iium confession untuk menjawab persoalan yang berlegar di fikiran saya.

Saya wanita. Dah berumur 20 tahun ke atas. Belum berkahwin. Dari kecil (sekolah rendah) saya rasa seronok nya lah jadi lelaki. Saya tak tahu apa faktor yang membuatkan saya fikir sebegini kerana adik beradik saya majoriti perempuan. Sejujurnya saya melihat banyak kelebihan yang ada pada seorang lelaki. Lelaki kuat, tenang, aktif dan boleh buat aktiviti2 lasak extreme yang melibatkan air dan sukan-sukan yang mencabar tanpa perlu memikirkan aurat dan kesihatan(perempuan selalu tak boleh buat aktiviti2 lasak sebab bimbang rahim dan sbgainya). Memang ada yang kata perempuan pun boleh bermain bola, hiking, berenang dan sebagainya. Tapi sebagai seorang muslimah yang menjaga aurat dengan sempurna.. saya tidak dapat menjaga aurat saya dengan sempurna ketika melakukan aktiviti2 tersebut. Sangat2 susah. Menyebabkan saya berputus asa untuk aktif dalam minat saya terhadap sukan extreme dan sukan biasa. Saya juga cemburu dengan sifat semulajadi lelaki yang sentiasa tenang dan berfikiran lapang. Setenang – tenang mana pun seorang wanita.. dia akan diganggu emosi kewanitaannya dalam diam. Lagi-lagi ketika datang bulan. Dan saya sangat tak suka dengan sikap semulajadi wanita yang gelabah dan gedik. Saya sering berusaha menyorokkan segala perasaan saya dihadapan orang hakikatnya saya lah orang yang paling selalu overthinking dan gelabah.

Masa saya remaja ketika saya tidak dapat menerima kenyataan yang saya datang bulan… saya tertanya tanya apakah kelebihan wanita yang lemah gemalai ini berbanding lelaki. Mengapa wanita yg perlu menghadapai kesakitan bersalin, mengapa wanita yang perlu mempunyai aurat dan anggota badan lebih menaikkan nafsu (menyebabkan aurat tersebut perlu ditutup) berbanding lelaki.. mengapa wanita yang perlu datang bulan dan mengalami sakit period pain setiap bulan. Mengapa wanita yang sering ditindas kerana kelemahannya (dicabul dirogol dihina kerana bertudung)

Dan saya tak faham juga. Dahulu ada satu kes membabitkan kediaman bbrp org pelajar ipta perempuan yang bersepah dan kotor. Mereka dikeji masyarakat kerana seorang perempuan tidak harus jadi pengotor. Bagi saya kalau itu merupakan kediaman lelaki masyarakat tidak akan terlalu menularkan perkara tersebut. Dan sering juga wanita2 yang memperhodohkan diri mereka di video2 menjadi tular. Mereka dikecam kerana tidak sopan dan gedik. Sedangkan banyak lagi video2 lelaki yabg memperhodohkan diri mereka dan membuat video2 yang tidak sopan tidak pula dikecam. Malah diminati. Adakah wanita sahaja yang perlu menjadi pembersih? Mengapa wanita sahaja yang perlu berlaku sopan santun.. duduk bersimpuh? (ada yg kata wanita duduk peluk lutut tidak elok) adakah wanita sahaja yang perlu menjaga adab dan tutur kata?

Saya mencari jawapan itu di dalam islam. Dan islam mengajar saya bahawa martabat wanita itu tinggi.. di mana tanggungjawab wanita kurang berbanding lelaki dan dosa2 kita ditanggung diri kita dan lelaki. Dan wanita mudah ke syurga dengan hanya mentaati suami.

Soalan saya. Adakah kelebihan wanita berbanding lelaki dapat diperoleh selepas berkahwin? Bagaimana kalau wanita itu tidak atau belum suami?

Saya tahu ramai yang akan cakap saya kufur nikmat. Tapi sejujurnya saya tidak minta Allah jadikan saya lelaki. Saya sangat bersyukur dgn anugerah ini. Cuma kadang2 diri ini perlukan penjelasan untuk lebih beriman.

Yang benar, ayu

– Ayu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit