Assalamualaikum semua. Saya harap sangat pihak admin dapat siarkan post ini kerana saya dalam belenggu yang sangat teruk dan perlukan nasihat dan pandangan semua disini. Semoga ada jalan keluar untuk masalah saya ini. Mohon keizinan untuk membahasakan diri sebagai aku supaya lebih dekat.
Aku telah berkahwin 2 tahun dan mempunyai 1 orang anak. Bekerja sebagai executive di swasta dan gaji lebih tinggi dari suami.Aku pun buat business secara kecilan. Aku berkawin seorang lelaki yang sangat muda mudi. Beza kami 6 tahun.
Perkenalan bersama suami sewaktu kami berWECHAT sampai kami berkawin. Kami start berkawan sejak tahun 2014. Kami mulai serius untuk berumah tangga pada 2017.
Sebelum kami berkawin, suami aku seorang pengamalkan produk haram (D*D*H). tapi waktu tu, aku hanya tahu G**** sahaja dia ambil. (Bodohkah aku terima dia) Tapi sudah jodoh kan.
Lepas Aku berkawin dengan dia, ingatkan dia ingin berubah kearah kebaikkan.. tapi aku silap besar, dia masih ingin berkawan dengan kawan tidak berguna untuk rasa seronok ibarat macam bujang.
Lepas berkawin selang berapa bulan aku pun mengandung anak pertama, Rezeki Allah bagi. Masa ni aku rasa boleh bernafas lagi. Sebab gaji aku boleh tampung makan minum aku dan suami dan makanan apa aku mengidamkan aku yang tanggung sendiri.Untuk hilangkan mengidam. Lepas kahwin juga suami mula kerja ON OFF sampai la sekarang.
Masa 2018, alhamdulillah aku dapat pindah rumah syarikat aku ada tawaran untuk staff. Dengan harga untuk staff sangat-sangat berbaloi dengan ekomoni sekarang ini. Masa ni aku sudah mula bayar komitmen, kereta, rumah, barang keperluan rumah.
Masa aku lahirkan anak, bermodalkan duit aku sendiri bayaran Hospital Kerajaan. Selamat ada kedua ibubapa aku dengan mak mertua tolong lengkapkan apa yang perlu. Kelengkapan serba serbi tidak cukup.. ya Allah.. besar dugaan mu ya Allah.. Aku masih berdiam dan bersabar.. mungkin ini ujian Allah nak uji aku dalam rumah tangga.
Aku rasa suami aku rasa selesa duduk dengan aku, tapi aku masih bersabar lagi dugaan Allah bagi aku. Lepas aku berpantang, aku sudah mula cari pengasuh atau taska untuk menjaga anak aku. Alhamdulillah, aku sudah jumpa tempat taska anak aku yang sangat2 selesa dan bagus. Walaupun taska bagus , tapi aku masih tak mampu nak bayar untuk taska.. Gaji aku tak besar mana.
Prinsip aku nak anak aku pergi taska sebab ada orang tengok anak aku, anak aku terurus dan terjaga. Dan mudahkan suami aku berkerja dan dapat menolong aku. Tapi aku masih silap lagi .. Suami masa ni hidup dengan duniawi dia .. Bersabar lagi aku ni sebagai isteri dia mencari hidup dan duit makan. (Bodohkah aku?)
Suami kerja ON OFF, macam mana aku nak menghantar anak ke taksa? Aku malu dengan orang taska. Sampai aku minta bantuan keluarga aku untuk bayaran taska anak aku. Ya Allah. Kenapa macam ni?
Mula 2019, suami kerja dengan keluarga aku, Alhamdulillah syukur, ayahku bayarkan taska anak aku setiap bulan, tapi hanya bertahan hanya 2 bulan sahaja.. Ya Allah.. apa lagi dugaan ku ini. Suami kerja semua tempat xkekal sebab ada orang mencari dia masih tempat kerja dia.
Part Bayaran Taska Memang bahagian suami, sebab rumah dan kereta aku sudah selesaikan.. kalau aku bayar taska, aku sudah tidak cukup beli susu dan pampess anak dan keperluan rumah makan minum dan minyak kereta ataupun medical anak.
Jan 2019, aku mengandung anak kedua, aku masih tidak ready lagi, suami aku cakap nak sangat kandungan ini. Suami cakap dia akan berubah la, Akan cari kerja dan berubah. Aku tak ready sebab anak pertama baru berapa bulan sahaja. Tapi aku tak percayakan suami aku. Dia akan berubah OR tidak.
Mac 2019, Aku dapat berita sedih, tahun ni terakhir sewa rumah company, besar sungguh dugaan aku YA Allah. Dengan Ecomoni macam ni.
Apr 2019, 1 malam tu suami aku tak balik rumah pun, mana dia pergi ? sejak-sejak ini dia keluar malam sampai ke pagi baru balik rumah. Aku risau mana suami aku pergi? Selamat waktu tu aku cuti kerja. Tidak pakai kereta tapi kereta tu kereta aku punya.. risau la juga kalau suami tidak balik.
Keesokkanya, polis ada call cakap suami puan dekat lokap sekarang. Ya Allah apa dugaan nya Allah, sedih , takut semua ada. Aku call ayah mertua bagitahu suami aku dilokap.
Semua sudah settle, Keesokkannya aku pergi hantar anak aku ke taska, dan aku pergi appointment KK untuk minum air gula dan check doctor kandungan kedua aku ni.
Lepas minum air gula aku tunggu la 2 jam, untuk tunggu result gula dalam badan, lama sangat tunggu 2 jam, jumpa doctor sudah sampai, doctor scan kenapa kandungan awak ni macam lain macam je. Aku sudah risau, kenapa doctor?? Kandungan awak jantung nya macam hidup (baby pun tak gerak) ..
Doctor buat surat pergi terus Hospital kecemasan ok!!! YA Allah.. Apa lagi dugaan aku ni.. aku menjerit menangis. Kesudah sampai Hospital memang sah kandungan sudah tiada..
Dugaan aku terlalu sukar aku nak terima. (maybe Allah bagi anak syurga aku untuk kuatkan aku sebagai IBU yang kuat hadapi masalah yang akan datang) Ibu minta maaf ya anak syurga.. doakan ibu supaya sihat dan kuat hadapi masalah yang akan datang.
Aku ingatkan suami aku nak berubah dan mengesal apa dia buat dekat aku.. sampai anak kandungan meninggal.. (mybe aku fikir terlalu fikirkan masalah duit, rumah dengan suami tidak kerja ) bergantung hanya aku seorang yang kerja dan business.
Aku masih hantar anak ke taska. Untuk mudahkan aku pergi kerja dengan tenang.Masa ini suami control kereta aku untuk hantar aku pergi kerja dan hantar anak ke Taska. Suami kadang-kadang ada hantar anak ke Taska, kadang-kadang dia nak jaga anak katanya.
Masa Oktober tiba-tiba, cikgu taska bagi message aku, cikgu bagitahu aku Taska ada tunggakan sebanyak RM1400.00 ya Allah, Aku bagitahu suami aku ada tunggakan, suami marah aku, suami cakap ini semua salah awak ikut kehendak aku . YA Allah , aku nak awak berkerja dengan tenang hantar anak pergi ke Taska ada orang jaga anak kita. Tapi aku kena yang tanggung sendiri. (bodohkah Aku?)
Suami sentiasa kerja ON OFF sahaja. Selama aku berkahwin jarang dapat rasa duit gaji suami aku. Pernah sekali tu, dia bagi duit belanja dengan duit anak.Lepas tu, dia ambil balik duit tu. (lebih baik tak payah bagi)
Nov 2019, tinggal 1 bulan lagi perlu cari rumah sewa, market rumah sekarang sangat-sangat mahal, Alhamdulillah, aku dapat rumah apartment RM 850 sebulan. Aku tanya suami aku berkali-kali. Awak nak tak duduk rumah Apartment ini sebulan RM 850. Suami cakap ok boleh. Sedangkan dia masih tidak berkerja.
Aku pinjam duit deposit dari Keluarga aku untuk buat sewa deposit rumah Apartment tu. Kenapa aku nak pindah awal? Sebab aku nak dapatkan deposit sewa rumah Company untuk bayar duit tunggakan taska Anak..
Baru-baru ni aku dapat tahu suami aku isap S**** . Ya Allah (tergamam aku tersendiri) Suami ambil benda HARAM tu, menjadikan sikap yang sangat pelik cakap pun bukan-bukan.
2 Minggu Nov, aku memang ingin pindah awal untuk elakkan kawan-kawan (gangster) suami aku datang rumah company aku.. aku takut diaorang buat kecoh rumah company aku. Aku takut aku kena buat kerja disebabkan suami aku. (bodohkah aku? Masih simpan suami aku ni) Masa nak pindah aku sanggup pajak emas gelang kaki untuk sewa lori dengan duit deposit rumah masuk lori.
Sebelum pindah nanti rumah sewa company perlu cat balik dan betulkan apa yang perlu untuk dapatkan deposit balik. Aku sudah kehabisan duit. Yang paling aku sedih, aku pindah awal pun. Ingatkan dapat laa duit deposit awal tapi malangnya tahun depan 2020 bulan 1 lebih baru dapat. Dugaan apa ni ya Allah.
Gaji untuk bulan Nov, baru masuk dec 2019 gaji semuanya sudah habis bayar duit betulkan rumah company dan tunggakan elektrik RM 400. Duit pengasuh lagi nak bayar RM 300. Family suami 1 sen tak nak tolong suami. Beliau tahu sikap suami macam mana.
Aku jadi isteri yang kurang ajar, tidak hormat suami, tak dengar cakap suami, bukan aku nak sebenarnya macam ni.. Aku diajar dari kecil untuk menjadi berdikari dengan kaki sendiri, tanpa pertolongan keluarga dan kawan. Isteri terlalu berdikari pun suami ambil sempatan terhadap isteri. Kami sudah banyak kali bergadoh dan pasal cerai..
Bantulah aku. Perlukah aku bertahan sebab anak sebab anak rapat dengan ayahnya dan masih kecil. Aku sudah tawar hati. Aku dah penat nak bersuara. Aku dah hilang diri aku yang dulu yang manja, lemah lembut. Suami telah mencorakkan aku menjadi seorang yang berbeza dari diri aku yang sebenar.
Aku harap sangat semua dapat memberi pandangan dan nasihat sama ada wajarkah aku bercerai atau bertahan sebab anak2. Aku bukan minta simpati yaa..
– Merpati Putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit