Better Late Than Never II

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Jika confession ini diterima untuk disiarkan, saya ingin berterima kasih kepada pihak admin. Saya juga ingin sampaikan penghargaan atas sebab confession sebelum ini yang berjudul ‘Better late than never’ diterima untuk disiarkan.

Jika sebelum ini saya bercerita tentang kesilapan yang saya lakukan ketika zaman study, tapi kali ini saya ingin berkongsi tentang kesilapan yang saya lakukan ketika di awal permulaan kerjaya saya selepas tamat degree.

Tak dinafikan saya agak takut untuk berkongsi kisah saya ini disebabkan takut dikecam oleh segelintir pihak. Tapi bila difikir balik, kesilapan demi kesilapan yang pernah saya lakukan telah menjadi lipatan sejarah dalam hidup..dan ada baiknya saya berkongsi jika ia boleh dijadikan pedoman pada orang lain. InsyaAllah.

Saya menjalani latihan praktikal pada awal 2012 sehingga bulan mei 2012 di satu jabatan dalam IPTA tempat saya belajar. Tak dinafikan, pengalaman praktikal di situ menambah minat saya untuk bekerja dalam perkhidmatan awam. Jadi masa tu saya telah meletak sasaran iaitu ingin bekerja dengan kerajaan (sahaja).

Sebaik tamat praktikal, saya balik ke kampung untuk menjaga ayah yang kurang sihat disebabkan penyakit angin ahmar. Dalam waktu yang sama, jika ada panggilan temuduga, saya tetap akan hadir.

Pada bulan september 2012, saya telah berjaya dalam temuduga dengan Bank Islam. Masa tu jawatan yang ditawarkan adalah temporary officer selama 6 bulan dengan gaji sebanyak RM1600. Saya telah menolak tawaran tersebut atas sebab-sebab yang terlalu sensitif untuk saya sebutkan disini. Keputusan saya untuk menolak tawaran Bank Islam telah saya sesali selepas itu.

Pada oktober 2012 pula, saya telah diterima untuk bekerja di PTPTN sebagai PSH gred 27 dengan gaji harian sebanyak RM74 atau RM79 sehari (saya sudah lupa yang mana satu). Kali ni saya menerima tawaran tersebut. Malangnya, saya hanya bekerja selama sebulan sahaja sebelum submit surat resign.

Disember 2012, saya diterima pula untuk bekerja di Vads selaku Customer Service Representative. Tak dinafikan ramai lepasan IPTA pernah bekerja atau setidaknya memohon untuk bekerja dengan Vads. Salah satu sebab kerana iklannya boleh dilihat setiap hari di mudah.my pada waktu itu. Dengan Vads pula, saya bertahan kurang dari 2 bulan.

Dalam waktu yang sama, saya terus memohon kerja kerajaan terutama di SPA8. Saya telah menghadiri peperiksaan PTD (tak ingat waktu bila) dan saya berjaya untuk stage seterusnya iaitu temuduga (saya akan update tentang interview PTD pada perenggan akhir).

Pada bulan mac atau april 2013, saya telah menyertai program FSTEP..iaitu satu program untuk melatih siswazah menjadi seorang banker berjaya. Saya diberi elaun RM2200 sepanjang setahun kursus. Seperti biasa, ‘jodoh’saya dengan FSTEP pun tidak bertahan lama apabila saya nekad untuk berhenti beberapa bulan selepas itu.

Pada hujung 2013 pula, saya bekerja dengan Aeon Credit Service sebagai Customer Service Exe. Tawaran gaji diberi adalah sebanyak RM2020.

Bermula di Aeon, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Tahun 2014 boleh saya katakan selaku permulaan kerjaya saya setelah tahun sebelum itu saya sia-siakan dengan kerap bertukar kerja. Pada awal mei 2014 pula, saya telah mulakan kerjaya di sebuah bank komersial sebagai collector (kontrak). Saya keberatan untuk mengulas banyak tentang pengalaman kerja di situ. Cukuplah saya cakap, saya terpaksa kerja long working hours. Tapi hasilnya agak berbaloi kerana apabila saya dapat capai target, pendapatan yang diraih hampir RM5k sebulan.

Pada November 2015, setelah peluang untuk convert permanent dilihat agak sukar..selain usia saya yang sudahpun masuk 29 tahun, saya telah resign dari bank komersial tersebut dan join satu bank bertaraf GLC selaku executive kontrak. Gaji ditawar sebanyak RM2800 (basic). Walaupun income diraih tidak sebanyak income di bank sebelum ni, tapi di tempat baru saya tidak perlu bekerja lebih masa. Hanya kerja 8 jam sehari dan 5 hari dalam seminggu.

Ketika saya sudahpun fokus di tempat baru, pada Mac 2016 saya menerima panggilan temuduga dari satu lagi bank berstatus GLC di Malaysia. Pada mulanya saya kurang berminat sebab menyangka ia adalah jawatan kontrak. Tapi sebenarnya ia adalah panggilan temuduga untuk jawatan tetap.

Jadi pada bulan yang sama saya telah menghadiri temuduga di HQ bank tersebut. Apabila keputusan keluar, saya dimaklumkan telah berjaya dalam temuduga tersebut. Alhamdulillah..dan saya telah menerima tawaran bank tersebut, walaupun tak dinafikan saya telah pun selesa di tempat kerja sedia ada.

Pada awal mei 2016, saya telah melapor diri. Ketika confession ini ditulis, saya baru masuk bulan ketujuh di bank sekarang. Tapi, saya berazam untuk kerja lama di sini..yang mana insyaAllah sehingga bersara kelak. Saya nak tebus balik masa yang saya pernah sia-siakan dahulu.

Menyentuh pasal temuduga PTD pula, saya telah hadir temuduga PTD sebanyak 2x..iaitu pada tahun 2013 dan pada disember 2014. Kedua-dua temudga adalah tidak berjaya..walaupun temuduga PTD yang kedua adalah dengan Tan Sri Mahmood Adam yang merupakan pengerusi SPA (individu no 1 di SPA).

Selepas tidak berjaya dalam temuduga PTD pada hujung 2014, saya tidak lagi memohon jawatan dengan SPA atau mana-mana badan kerajaan. Bermula tahun 2015, saya bertukar fokus kepada mendapatkan kerja di GLC. Dan sekarang ni saya amat bersyukur kerana dapat mengejar cita-cita saya untuk bekerja tetap di GLC.

Secara ringkasnya, seingat saya kenapa saya mudah sangat berhenti kerja ketika tamat degree (saya konvo pada oktober 2012) adalah disebabkan pada waktu itu kecenderungan dan minat saya yang hanya ingin bekerja tetap dengan kerajaan. Mungkin terlalu fokus kepada satu perkara sahaja.

Zaman usian 20-an saya sudah pun berlalu..yang mana sekarang saya sudahpun berusia 30 tahun. Semoga tahun dan dekad seterusnya, saya tidak lagi buat kesilapan mudah berulang kali seperti yang saya lakukan sebelum ni. Amin.

Terima kasih dan Wassalam.

– Aku insan biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit