Betul, Cinta Itu Buta

Tak pasti ‘cinta itu buta’ tu releven ke tak dengan cerita aku ni. Sajalah nak tajuk catchy githew.

Ginilah ceritanya, sedikir latar belakang, aku ni pelajar sekolah agama, uni agama datang dari background keluarga yang berpendidikan tinggi.

Bermulalah kisah percintaan. Masa zaman sekolah hingga ke uni adalah peminat.

Semua peminat aku jenis lelaki soleh soleh sebab aku memang luaran nampak baik juga pakaian & cara pembawakan diri juruh bak kata orang, sebab cukup didikan mak pak alhamdulillah jadi mungkin menarik yang baik baik juga.

Ada beberapa yang approach, dan ada seorang yg dah ke fasa serious sikit. Lelaki ni ada basic agama, kerjaya baik, jaga agama. Semua ciri ada lah, cuma kurang hensem. Aku syukur dah dapat macam dia pun. Tapi end up aku dighosting tanpa tahu punca.

Sebenarnya, dari zaman sekolah sampai uni 4 minimum kriteria aku dah set paling penting. SOLAT JAGA, TAK MEROKOK, BIJAK & BUKAN PANTAI TIMUR (minta maaf atas beberapa alasan).

Masa berlalu, aku semakin menua dalam kesunyian tanpa teman lelaki. Aku teruskan hidup macam biasa.

Aku direzekikan bekerja dalam sektor gomen tapi pangkat rendah je. Aku mula bergaul dengan circle yang tak berpelajaran tinggi.

Lama tinggalkan circle biah solehah semua, aku pun dah mula dirasuki saiton. Aku rasa malas solat. Ada juga masa aku tinggal solat, amalan sunat apatah lagi.

Tapi alhamdulillah kalau pergi jauh sikit aku mesti cepat rasa insof & akan taubat dan qadha balik solat. Aku pun dah mula ambil ringan bab aurat.

Ringkasnya, satu hari masa pergi kursus aku jumpa sorang laki, Amir. Lepas balik kursus dia memang bersungguh nak berkenalan dengan aku. Since aku sunyi dan rupa dia agak menarik, aku cuba nasib.

Sepanjang aku kenal dia memang TAK SOLAT, MEROKOK, PENDIDIKAN SAMPAI SPM (tu pun ada fail) & asal PANTAI TIMUR.

Background family dia pun jenis tak belajar tinggi & tak pentingkan aspek agama.

Ciri-ciri dia totally berbeza dengan apa aku nak. Aku dah berkali jauhkan diri dari dia. Tapi effort dia memang buat aku lemah lutut. Bagi dia, aku sempurna sgt sebab dia tak pernah ada dalam circle perempuan macam aku.

End up, aku tersuka juga dia, ada keluar dating & dia dah confident kenalkan aku kat family dia, dia layan aku macam princess dia akan cuba sedaya upaya buat aku happy.

Sanggup ulang alik jauh datang tengok aku, sanggup redah hujan nak hantar ubat, berhabis duit beli hadiah suprise itu ini. Taktaulah jenis sweet gini akan bertahan sampai kawen ke takk.

Bagi aku dia baik bab bab menjaga hati aku. Dengan parents dia pun dia baik. Parents dia pun macam suka aku, layan aku baik sangat.

Dia tak pernah berkasar dengan aku dan tak nampak side baran pun. Cuma dia memang jenis mencarut bila berbual dengan member, bila kutuk orang atas jalan. Tapi tak sampai tahap mengamuk.

Semua tu red flag juga bagi aku. Bagi aku dia tak pernah fake, dia sentiasa jujur tunjuk buruk dia.

Jujurnya aku rasa lelaki lelaki yang aku hormat, ada semua ciri yang aku nak, takkan layan aku sebaik dia, sebab lelaki lain akan pandang aku biasa sahaja, tapi bagi Amir aku sempurna. Dia selalu ulang aku yang dia cari selama ini. Tapi, dia bukan yang aku cari hmm..

Sekarang bila aku terus terang yang aku tak suka orang merokok, aku nak dia solat baru aku bawa jumpa mak ayah aku, nampak dia cuba.

Dia usaha solat, usaha kurangkan merokok. Tapi aku taktau sampai bila dia mampu kuat. Aku yang jahil ni perlukan bimbingan suami bukan aku yang membimbing.

Tapi manusia boleh berubah kan? diri aku sendiri contohnya. Hanafi sikat tepi contohnya. Ramai yang sebelum kawen penuhi semua kriteria la kononnya tapi end up tak dapat jadi suami yang baik pun.

Aku di sini tak adalah nak perasan bagus dan acah acah nak memilih. Tapi semua ciri-ciri dia dah melanggar prinsip aku.

Aku juga tak yakin dia dapat jadi suami yang baik since dia tak solat, merokok & aku tak pasti penerimaan keluarga aku macamana. Ipar ipar aku semua berpendidikan & jaga solat.

Tapi padanlah dengan adik beradik aku yang bekerjaya baik & memang baik perangai.

Dan bagi aku Allah hantar lelaki ni untuk aku sebab selayaknya aku dapat yang jenis macamni walaupun aku sebenarnya datang dari dunia yang totally berbeza dengan dia. Tapi diri aku yang sekarang sangat ‘biasa’.

Kerjaya, peribadi, agama– semua pada titik terendah aku. Mungkin aku selayaknya untuk orang macamni juga.

Buntu aku samada nak terima je kekurangan yang ada serta melanggar prinsip aku atau tinggalkan dia, perbaiki hidup aku & teruskan menanti yang kena dengan ciri basic aku nak (dan aku rasa semua perempuan nak) untuk jadi suami.

Tapi aku pun dah tak berapa muda. Aku pun dah sayang dia. Ramai yang nasihat, janganlah lelaki tak solat. Tapi ada yang nasihat sama-samalah berubah lepas nikah.

Dia pun dah bersungguh nak ajak menikah hujung tahun ni, aku pun dah semakin buta. Sekarang aku nampak yang manis manis sahaja pada dia. Bab solat bab rokok semua tu aku dah mula nak pejam mata ja terima.

Tapi bila waras bila fikir aku nak suami yang dapat bimbing & bapa yang baik untuk anak-anak aku, mula aku rasa aku deserve someone better walaupun aku betul betul tengah struggle nak jadi baik.

Aku dah istikharah beberapa kali and seems macam tak ada yang susah bila dengan dia sebab dia memang usaha keras untuk sentiasa jadi yang terbaik. Cuma aku tak yakin sampai bila dia akan jadi macamni.

Kawen bukan sebab cinta je kan? Aku dah betul betul buta, tolonglah pimpin aku & sedarkan harus bagaimana aku perlu buat sekarang?

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *