Betul Ke Apa Aku Buat Ni?

Salam semua. Saya straight to the point saja. Saya ada rakan sekerja. Orangnya sangat baik. Sopan, lemah lembut, jaga solat, bertudung. Setiap malam rajin mengaji.

Semua orang sangat selesa dengan dia sebab dia memang sangat baik. Happy go lucky, selalu tersenyum dan pandai bergurau.

Bahkan saya juga menyayangi dia sebagai rakan yang agak akrab. Kami dah 8 tahun kenal. Kenal dari tempat kerja ni. Dan duduk satu rumah sebagai housemate dah 6 tahun. So bayangkan betapa rapatnya kami.

Dia sekarang umur 34. Baru-baru ni saya dapat tahu dia seorang perokok. Macam mana tahu? Kami pergi kursus sama-sama naik Grab.

Masa nak bayar driver tak ada duit kecil. Dia kata dia ada duit kecil. Masa tengah cari-cari duit, dia tak perasan agaknya dia keluarkan kotak rokok tu.

Saya memang terkejut. Sebab tak pernah ada bau ke apa pun dekat dia. Ayah saya pun perokok, tapi bau mesti lekat dekat baju, dekat badan… Kalau bercakap mesti bau busuk tu.

Tapi dekat dia, tak pernah ada bau rokok langsung. Even dalam kereta dia pun tak pernah bau. Dalam rumah atau tandas pun tak pernah ada bau rokok.

Sepanjang masa tu saya agak diam. Saya tak tahu apa perasaan saya masa tu. Marah ke, kecewa ke, sedih ke.

Tapi kenapa saya nak rasa semua tu? Saya bukan siapa-siapa untuk dia. Dan tu hak dia lah nak buat apa pun, kan?

Dia perasan saya tiba-tiba dah lain. Dia tanya okay ke… senyap saja. Saya cuma cakap tak ada apa-apa.

Tiga hari kursus, tiga hari saya agak moody. Dingin. Dah macam merajuk dengan kekasih pula saya ni.

Tapi saya ni tak boleh control mulut juga. Dia keep tanya, ada masalah ke? Tak sihat ke? Akhirnya saya tanya, “Awak merokok ke?”

Dia nampak terkejut. “Macam mana tahu?” dia tanya. Saya cakap dalam Grab dia keluarkan rokok.

Dia cuma cakap “ooo” sambil angguk… dan terus diam. Saya pula mendesak-desak dia. Tanya macam-macam. Saya lebih kepada tak boleh terima dia ada habit ni.

Maybe otak ni dah set, rokok-rokok ni laki saja buat. Perempuan macam dia yang baik, suci, tak akan buat macam tu… Mungkin tu kot yang melukakan hati saya.

Tapi dia kan baik. Dia pula minta maaf kat saya. Tapi saya sayang dia sebagai sahabat. Benda tu tak bagus. Saya nak dia stop.

Dia hanya senyum saja. Dia cakap baik-baik, dia suka merokok. Dia tak ada niat nak stop.

So dia tak akan stop.

Astaga. Ya Allah. Bagi lah aku kesabaran. Aku ni baran sebenarnya.

Saya cakap pasal kesihatan, dia kata orang yang sihat tak merokok kena sakit jantung. Yang merokok elok saja sihat sampai mati.

Mungkin tengok saya naik hantu, dia kata dia dah kurang banyak dah… Malah, jenama-jenama rokok pun dah tukar.

Dia kata dia dah merokok dari zaman remaja. Masa tu on off. Tapi siapa pun tak pernah tahu, dia kata. Saya yang first tahu katanya.

Depan kawan-kawan yang merokok pun dia tak merokok. Dia buat senyap-senyap, katanya.

Dulu dia hisap macam-macam jenama. Surya pun dia hisap, dia kata. Mungkin Surya tu rokok keras kot.

Lepas tu dia hisap Dunhill. Lepas tu hisap Mevius biru. Dia kata rokok tu lembut sikit.

Dan sekarang hisap Mevius yellow. Rokok tu lagi lembut, dia kata. Saiz dia kecil kurus. Tak macam rokok lain.

Dia kata dia bukan perokok tegar. Kadang sekotak dua tiga bulan pun tahan. Dia hisap seronok-seronok, untuk kepuasan sendiri.

Tapi macam mana saya nak percaya semua cakap dia? Kot sebab tengok saya naik hantu, dia sengaja cakap macam tu supaya saya cool down.

Saya ajak ke klinik ke, masuk kelas stop smoking ke, ambil nicotine ke — semuanya dia tak nak.

Dia tetap dengan jawapan dia, “Saya suka merokok… dan saya tak ada niat nak berhenti.”

So takkan nak heret dia pula kan? Last-last saya minta rokok tu. Saya simpan. Saya kata kalau rasa nak smoke, datang minta kat saya.

So senang saya nak kira dah berapa batang dia hisap. Tapi ni dah 4 hari saya pegang rokok tu. Dalam kotak ni ada lagi 7 batang. Tapi dia tak ada minta sampai sekarang pun.

Ke dia beli lain saja? Bila saya tanya dia kata tak ada… Biasa kalau orang smoke ni, bukan sehari sekali pun nak kena hisap ke?

Tapi macam pelik pula sampai sekarang dia tak hisap. Atau dia tak berani minta ke? Entah lah.

Cuma tiba-tiba saya rasa macam over sangat ke perbuatan saya ni? Adakah nampak saya sangat control hidup dia? Adakah saya melampaui batas?

Saya sayang dia sebagai sahabat yang baik… Niat saya nak dia stop benda-benda tu semua. Cuma tadi tengok muka dia, rasa kesian pula.

Saya tanya, “Awak nak smoke, kalau cakaplah. Saya bagi balik rokok awak.”

Dia cakap tak apa. Dia okay saja. Dia akan hisap kalau dia rasa nak saja.

Saya ada juga belikan chew gum lah, coklat lah, ubat dekat farmasi… Tapi semua tu dia tak makan.

Dia kata tak makan manis. Lepas tu dia malas nak makan ubat-ubat tu semua, nanti rosak buah pinggang. Dia cakap bazir duit saya saja beli semua tu.

Mula lah saya naik darah. Beli rokok tak bazir, saya tanya dia? Apa manfaatnya, saya tanya? Makan ubat rosak buah pinggang, hisap rokok tak rosak ke, saya tanya?

Tapi dia gelak saja. Kalau orang lain, mesti dah soal saya ni siapa nak control hidup dia. Kalau dia soal saya macam tu, mahu kemurungan saya.

Tu lah… rasa bersalah kat dia. Sebab dia baik, lembut. Adakah saya menekan-nekan hidup dia? Meragut kebahagiaan dia? Entah lah.

Cuma saya berdoa, moga-moga dia lupa terus pasal rokok.

Kalau ada orang yang pernah stop merokok, atau ada tips apa-apa, boleh tak share untuk bantu kawan saya say goodbye forever pada cigarette ni?

Sebab saya risau, mungkin 3-4 hari dia boleh kawal. Nanti ke depan mesti dia nak juga. Dah dia cakap dia tak akan berhenti kan…

So saya hargai kalau ada cara apa-apa ke.

Thanks..

– Ika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Macam pelik juga kenapa dia camtu sebab dia bukan macam ketagihan, bukan bunyi macam perokok tegar. Saya suspek mungkin ada something yang berlaku di zaman muda/sekolah dulu (trauma?) yg sebabkan dia kena merokok sekali sekala sekarang. So sekarang bila kadang2 datang ‘trauma flashbacks’, mungkin rokok saja yang dapat tenangkan dia? Sebab masa kejadian dulu tu dia hanya ada rokok yang menjadi ‘peneman’ dia? Ntah lah..

    Kita memang tak boleh nak paksa orang berubah melainkan dia sendiri sahaja yang mula langkah. Cuma TT sebagai kawan baik dia, just boleh nasihatkan/ingatkan sekali sekala dengan baik. Dan jangan lah disebabkan rokok tu saja hubungan persahabatan korang macam merosot pula..(Instead of baran, cuba tukar jadi sympathy/empahty) Dia mungkin ada ‘struggle’ dalam diri yang hanya dia dan Allah sahaja yang tau. Sekurang2 nya dari cerita TT, dia memang tak merokok kat public, dan juga betul2 jaga supaya bau tak melekat kat baju/mulut/bilik/kereta.. so dia dah lepas dari ‘nyusahkan’ orang dengan asap/bau rokok dia..

    Pastu jangan putus doa untuk dia supaya dia stop merokok terus.. Doa supaya hati dia tergerak nak niat untuk berhenti.. Sebab kalau dah niat tu kira bagus lah walaupun masih susah nak berhenti..

  2. Awak jangan sibuk hal dia boleh tak? biarkan dia dengan cara dia, dia pun bukan kacau awak. Dan mungkin dier merokok sekali sekala untuk hilangkan trauma , siapa tahu kan.

    Dah stop bincang hal merokok ni depan dia dan jangan jadi bz body dengan hidup orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *