Betul Ke Cheater Always a Cheater

Hi semua.. Saya seorang isteri yang bekerjaya dan mempunyai seorang anak. Suami saya juga bekerjaya. Kami sudah 12 tahun berkahwin.

Pada mulanya kehidupan kami sangat bahagia. Biasalah, perkahwinan makin lama makin kurang spark. Masing-masing sibuk dengan kerjaya yang semakin meningkat naik. Tahun lepas suami dinaikkan pangkat dan semakin sibuk. Alhamdulillah, rezeki kami makin baik.

Mula-mula berkahwin dulu memang kehidupan kami susah. Pernah suatu masa kami tiada duit nak beli beras dan makanan.

Kebetulan suami masuk pertandingan sukan dan berusaha untuk menang pertandingan tersebut dan dapatlah duit dan ada la makanan sementara menunggu gaji. Jika difikirkan semula kini, saya sangat bersyukur dengan rezeki sekarang.

Sesuatu bermula awal tahun lepas. Suami saya curang dengan rakan sekerja. Saya dapat tahu bila suami mengakuinya. Dia beritahu tidak sanggup lagi menipu saya. Dia minta maaf kepada saya setelah rasa bersalah kepada saya.

Dia beritahu saya dia ber-WhatsApp dengan perempuan tersebut sudah hampir 3 bulan. Kemudian dia tidak dapat meneruskan kerana merasa bersalah dengan saya.

Pada mulanya dia seronok bila ada perempuan yang ingin mendekat dan bercinta semula seperti remaja. Pada suatu hari, dia rasa bersalah dan berusaha untuk memberitahu saya. Dia meminta maaf sambil menangis.

Saya sebagai seorang isteri merasa sangat sedih dengan apa yang berlaku. Suami saya beritahu dia menyesal dan banyak kali ingin memutuskan hubungan dengan perempuan itu. Namun perempuan itu marah dan mengugut akan memberitahu majikan dan rakan sekerja yang lain.

Suami pada mulanya melayan untuk suka-suka sahaja. Sejak dari itu suami selalu sedih dan risau. Saya sebagai isteri selalu bertanya kenapa sedih. Dia hanya diam.

Sehinggalah suatu petang dia luahkan semua kepada saya. Saya apa lagi, menangis dan terus menyepikan diri selama berminggu-minggu. Saya sangat sedih sebab suami curang dengan perempuan lain.

Suami beritahu saya dia sudah memutuskan hubungan dengan perempuan itu. Suami mengajak saya berjumpa dengan perempuan tersebut. Perempuan itu marah saya dan suami. Dia merayu suami untuk tidak memutuskan hubungan dengannya. Perempuan itu sudah ada tunang.

Tapi suami berterus terang depan perempuan itu bahawa dia masih sayangkan saya dan anak. Dia minta maaf sebab melayan perempuan itu sebelum ini.

Saya bertanyakan kepada suami dan perempuan tersebut adakah mereka pernah terlanjur. Jawapannya tiada. Mereka bercinta untuk suka-suka sahaja.

Sejak dari hari itu, berbulan-bulan saya kemurungan dan hilang selera makan. Badan yang gemuk semakin kurus. Suami juga setiap hari meminta maaf dan melayan saya dengan baik. Dia berusaha untuk menggembirakan saya semula.

Sebelum ini dia tak pernah beri saya bunga, kini setiap kali gaji dia akan belikan saya bunga. Sebab dia tahu saya sangat suka bunga. Dia meminta maaf sebab dia tidak romantik. Dia tidak sanggup menipu saya lagi. Dia sudah putuskan hubungan dengan perempuan tersebut.

Perempuan itu juga sudah berkahwin dengan tunangnya. Suami juga telah menukar nombor telefon. Suami sanggup berpindah jika itu dapat melegakan hati saya.

Tapi saya tetap diam seribu bahasa. Makan tiada selera, keluar dengan kawan-kawan juga semakin jarang. Saya balik kerja, masak, kemas rumah dan tidur.

Mujur juga anak kami sudah darjah 6 dan pandai menguruskan diri sendiri. Suami merayu-rayu meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Saya masih tidak pasti dengan diri sendiri. Saya sedih dan menangis hampir setiap hari. Dalam masa yang sama saya masih sayangkan keluarga kami dan suami.

Suami memang seorang yang baik sebelum ini. Juga seorang ayah yang baik kepada anak saya. Tapi selalu orang cakap cheater always a cheater. Saya takut saya dikecewakan semula.

Adakah ada orang yang curang akan berubah? Adakah suami saya hanya memujuk saya sebab takut kehilangan saya? Saya buntu dengan perasaan sendiri.

Tapi saya sangat suka dengan suami saya sekarang. Sudah pandai memujuk, sudah pandai membuat surprise dan berusaha membuat saya gembira semula. Tapi dalam masa yang sama, saya takut dikhianati semula.

Bila mengimbas semula susah payah kami selama ini, saya sangat sedih dan kecewa. Adakah saya perlu memberi peluang semula kepada suami? Saya masih sayangkan dia. Tapi saya sangat takut dikhianati.

Saya kini tetap melayan suami tapi lebih banyak diam daripada ceria seperti sebelum ini.

Saya dulu jarang bersolek, kini makin menjaga penampilan diri. Saya dari seorang yang gemuk kini bertubuh langsing. Suami sendiri pun selalu memuji.

Saya semenjak dikhianati berubah menjadi lebih sayang diri sendiri. Sebelum ini saya berkorban macam-macam untuk keluarga. Saya juga berpindah tempat kerja dan dinaikkan pangkat. Suami pula makin baik dan romantik dengan saya.

Tapi saya masih seperti biasa melayan suami dan sudah tidak ceria. Setiap kali saya tidak berhenti memikirkan ayat-ayat dalam WhatsApp suami dan perempuan itu.

Walaupun suami telah berkali-kali meminta maaf, saya masih sedih dan trauma dengan perkara itu. Saya juga takut kehilangan suami saya. Saya masih sayangkan dia. Tapi trauma ini sentiasa menghantui saya.

Betulkah lelaki yang curang boleh berubah?

– Anggerik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Fitrah manusia ni kalau sedang melalui kehidupan rutin seharian yang ‘dull’ dan ‘mundane’, dia akan macam excited bila ada benda baru datang. Lagi2 bila suami sis cakap dia macam seronok bila ada perempuan yang datang mendekat. Laki ni samada dia kuat tak kuat je bila perempuan approach dia. Saya tak pasti sejauh mana atau semesra mana chat dorang, tapi kira bagus juga dia sedar cepat dan tak terlanjur (harapnya lah). Mungkin ada lah mana2 peringatan yang lalu kat feed dia ke pasal curang2 ni tu yang dia sedar cepat kot.

    Bagi saya, peluang kedua boleh diberi. Tapi kalau lepas tu dia buat lagi, layan lagi perempuan yang approach, memang tiada peluang ketiga keempat dan seterusnya. Bye bye saja.

  2. Boleh. Saya nasihatkan puan buka semula ruang untuk suami. Dia sendiri mengaku kat puan means dia ada conscience yang kukuh. Dan dia ada usaha untuk perbaiki hubungan. Anggap sebagai ujian dalam perkahwinan. Lelaki kadang-kadang memang mudah hanyut sebab nature of man untuk mencari lebih dari satu.

  3. Tak perlu dengar cakap org cheater always be a cheater..setiap org ada buat salah dan setiap org harus diberi peluang utk perbaiki diri. Ujian dlm rumahtangga mmg mcm² jadi bertabahlah. Suami puan sudah pun mengaku kesalahan, berubah dan berjanji tidak mengulangi kesilapan yg sama and sebagai isteri yg taat, yg masih sygkan keluarga puan, berilah dia peluang, berilah ruang kpd anda berdua utk perbaiki hubungan agar lebih harmoni. Memang luka yg telah berdarah mungkin akan meninggalkan parut dan puan berhak utk merasa was² tentang kesetiaan suami tetapi serahlah pada Allah agar memlihara rumahtangga puan hingga ke jannah.

  4. bagi peluang ke 2 sis, sy pernah rasa sakit nye mcm mne…
    saya happy lepas tu husband pon bnyk berubah alhamdulillah tp kalau die terniat buat lg
    and sy bgtahu husband sy, kalau jadi lagi…aku xkan rasa ape2 sbb aku pernah rasa dlu.
    tp kalau kau nk buat, kau buat skrg and jgn jadi jantan pengecut buat senyap2 belakang aku, aku xnk buang masa buang duit. kalau nk buat lg buat skrg n bgtahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *