Betul ke Dah Bersedia?

Salam Sejahtera kepada semua pembaca tak kira pelbagai umur,status & latar belakang.Tergerak hati aku untuk berkongsi sesuatu perkara yang mungkin la selalu “topik best” bagi para lelaki tak kira la bujang ke bujang senang ke bujang trang tang tang tang.Tapi apa yang aku nak share ni lebih untuk mereka-mereka yang sebaya dengan aku.Apa tu? Poligami.

Umur aku 21 tahun,punyai seorang anak & telah berkahwin hampir 3 tahun.Tak adalah lama mana,masih belajar macam mana nak jadi isteri yang terbaik.Lepas dapat result,aku kahwin & sambung belajar macam korang-korang yang seusia dengan aku.Berlatar belakangkan dari sekolah agama dan sekarang ambil course syariah.

Kenapa aku bagitau semua ni?Sebab ada kaitan kot.

Lately ni,group-group whatsapp aku sangatlah selok (over) duduk pergi forward sana sini cerpen poligami,kebaikan poligami,semuaaaaaa pasal poligami.Dalam course dan semester sekarang ni aku je yang takat ni dah kahwin rasanya.Dengan dah menghadap jenis-jenis perangai yang mintak kirim salam kat laki aku,duduk main madu-madu dengan aku , dengan ada certain student laki aku (laki aku pensyarah) duk mengusik pasal nak jadi calon & macam-macam lagi jangan nak cerita la.So far,aku bangga dengan diri aku sebab aku boleh mengadap benda-benda ni secara cool & tak heret benda-benda ni dalam hal kitorang laki bini.Takat ni la haha.

Tapi tiba-tiba malam ni,tengah scroll kat whatsapp ada lagi manusia yang main tambah point pasal ni.Bahasa Indon lagi dia copy tu.Gigih betul.Lepastu,ada la beberapa ketul yang setuju & salah sorang budak tu yang rajin main madu-madu dengan aku tu.Macam panas tiba-tiba pulak hahahahaha.

Guys,aku dulu selalu belajar bab ni dalam hadis,fiqh munakahat & banyak subjek yang kami belajar masuk bab poligami ni.Tapi masa tu kami-kami sendiri anggap benda ni sebagai isu sensetif yang kami takkan cakap melainkan perlu & masa tengah belajar tu je.Eh,kau ingat kahwin ni senang?Tanggungjawab pegang status dah berkahwin ni ringan?Nak jaga satu pasangan tu tak remeh?Nak tanggung perangai & kehendak seorang bini tu dah betul-betul lepas ke?Nak senangkan hati seorang suami tu senang?Kalau sekarang ni korang tengah couple/tunang cuba kalau cuit sikit yang partner korang ni ada orang ketiga apa korang rasa?Ni kan laki bini.Fikir lah.

Korang nak samakan dengan zaman Nabi dulu,boleh..Tapi kenapa cuma bab poligami?Bila nak samakan dengan ibadah reti pulak korang kata nabi tu maksum,kau tu manusia biasa.Ini satu.Kedua,kau kata zaman nabi dulu isteri-isteri baginda boleh hidup susah & mereka bahagia.Tapi zaman sekarang ni,kau tak boleh samakan lagi kezuhudan mereka dengan kita.Kau tengok kiri kanan bila kau keluar rumah,kau fikir-fikir lah.Alah,kalau sekarang lambat makan pun teriak gastrik perut masuk angin macam orang nazak lagikan kau nak tahan lapar perut kau,keinginan kau,untuk orang lain?

Ketiga,amboi sedap pulak nak cakap cemburu tu tanda cinta,kekuatan kebahagiaan poligami.Tapi hakikatnya,kau tak pernah berkahwin tak kira lah lelaki perempuan.Macam mana kau boleh yakin sedangkan kau sendiri taktau perangai bini kau nanti macammana?Macam mana kau boleh rasa kau akan mampu kalau kau sendiri tak tau berapa tanggungan yang kau akan ada?Macam mana kau boleh tau layak sedangkan solat awal waktu pun kau masih berkira?Macam mana kau rasa kau boleh adil sedangkan sekarang ni kau masih tak mampu bagi mak kau sendiri duit poket buat beli beras kat dapur tapi dekat luar gigih belanja awek itu ini.Macam mana kau rasa kau akan sabar dan tabah dengan dugaan coming soon kalau gaduh dengan partner memasing pun rasa macam nak bunuh diri?

Yang perempuan yang ada impian untuk berkongsi,niat anda itu tak salah.Tapi,perlu kau tahu,bukan senang nak berkongsi & berkorban untuk bersama setia dengan suami.Lagi satu,kau sendiri belum pernah rasa macam mana ada suami,macam mana kau boleh yakin kau mampu untuk berkongsi?Kahwin dulu sis,baru tau macam mana rasa bila sayang suami.Aku malas nak umpamakan rasa kongsi suami ni dengan benda lain sebab tak sama weh.Tak sama.

Tak semua lelaki ghairah nak berpoligami & aku percaya masih ada lelaki macam “Khuzairi” dalam drama tv pukul 7 tu.Tapi masih besar jugak golongan yang jadikan poligami atau banyak bini ni cita-cita dia.Macam aku sendiri,ada kalangan pengajar aku sendiri sangat tegas bila mengajar bab ni “kalau nak urus solat awal waktu pun terumbang-ambing,solat dhuha boleh kira pakai jari,solat sunat lain lagi lah jangan nak ditanya.Jadi janganlah kalian menjadi pimimpin yang merosakkan”.

Tapi ada jugak yang sama naik dengan yang lain.Tapi bila kau hadap orang macam ni jangan kau salahkan ilmu agama dia.Tapi salahkan mulut dia yang berbicara tak seperti ilmu yang dia ada.Sebab aku jumpa ramai orang yang anggap golongan orang belajar agama tinggi-tinggi ni mesti nak ada bini ramai,ikut sunnah katanya.

Sebenarnya,terlalu banyak yang nak dikupaskan dalam hal ni.Tapi takat ni jela aku rasa.Maaf kalau rasa penulisan aku tak sampai apa yang aku nak sampaikan.Tapi,korang semua tahu,tiada hukum dalam Islam wujud untuk menganiaya manusia.Cuma manusia yang mempergunakan hukum untuk ambil kesempatan untuk kepentingan diri,saling menyakiti & itu sangatlah tak patut. Poligami tak boleh dihalang tapi boleh dielak.Itu yang aku pegang sejak dari mula dan mudah-mudahan aku istiqamah dengan pegangan aku.Walaupun korang rasa main cari yang kedua ketiga keempat ni macam lawak,tapi kau tolong la faham benda ni bukan hal main-main.Benda ni melibatkan urusan akhirat kau.

– Isteri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit