Betul Ke Kita Masih Kawan

Hai, nama aku Bintang (bukan nama sebenar). Umur 22 tahun, baru habis belajar tahun lepas.

Sebenarnya aku tak tahu nak luahkan pada siapa sebab aku susah nak percayakan mulut orang. Orang kata lain, dia sampaikan lain. Jadi sini je tempat aku luah.

Aku ada seorang kawan perempuan. Aku beri dia nama Bulan (bukan nama sebenar). Awal perkenalan kami memang rapat. Hobi sama, cita-cita sama even perangai kami pun sama. Jadi masa tu lah aku tanamkan pada diri sendiri yang aku nak kawan dengan dia.

Pada mulanya aku anggap dia kawan baik aku. Sebab apa? Sebab kami berdua ada persamaan yang sangat dekat. Aku tak nafikan dia memang baik. Dia seorang pelajar dekan setiap semester. Keputusan peperiksaan aku baik pun sebab dia.

Syukur sangat walaupun aku tak dapat gelaran dekan setiap sem sebab semasa semester 3&4 keputusan aku agak mengecewakan. Tapi alhamdulillah untuk keputusan penuh aku dapat 3.47. Ya, ini pun atas bantuan dia.

Tapi, sepanjang aku belajar, aku ada perasaan kekok dengan dia. Aku tak macam kawan aku yang lain yang layan dia. Dia pun sama. Tak sama layanan dia pada orang lain terhadap aku. Senang kata, kami kekok antara satu sama lain.

Bila difikirkan semula, kami tak macam kawan baik. Kami seperti musuh yang baru berbaik tetapi masih belum memaafkan sesama sendiri.

Dia layan aku macam acuh tak acuh. Dia buat aku macam aku ni teruk sangat. Aku cemburu tengok dia layan kawan aku yang lain. Bukan main mesra. Lebar je senyum dia. Tapi aku? Macam stranger.

Mesti pelikkan kenapa kami jadi macam ni? Aku pun tak tahu sebenarnya. Sampai aku terpaksa tunggu mood dia okay baru aku boleh bercakap dengan dia sebab yelah, aku ni hati tisu. Tengok dia macam tak ikhlas layan aku je aku dah menangis bucu katil.

Aku tak tahu mana silap aku. Aku selalu bagi dia semangat, temankan dia mana mana yang dia nak. Masa dia sakit aku sanggup belikan makanan walaupun masa tu aku baru naik dari cafe. Aku tak tahu pengorbanan macam mana lagi yang dia nak.

Aku dah cuba yang terbaik sebab aku pernah rasa hilang kawan dan tak nak berulang semula. Tapi dia buat aku macam ni membuatkan aku rasa aku ni tak layak berkawan dengan sesiapa.

Jujur cakap, aku kecil hati sangat sangat. Kalau kau dengar luahan ni cari lah aku. Tolonglah terasa dengan apa yang aku cakap ni. Apa silap aku? Luahkan semuanya sebab aku penat nak persoalkan diri sendiri.

Kau dah ada pasangan sekarang sebab tu ke kita jauh? Tapi aku tak rasa macam tu. Kau sebenarnya tak suka pun kan kawan dengan aku? Semua yang kau cakap semua dusta semata.

Sekarang dia sedang degree dan aku sedang menunggu masa untuk sambung belajar. Kami jarang berbual. Kalau berbual pun dia saja yang bercerita dan aku sekadar mendengar.

Ya, dia dalam talian lain, berhadapan juga lain. Kami borak rancak dalam talian tapi bila face to face dia bercakap langsung tidak pandang aku. Sedih? Ya! Sedih sangat sampai rasa nak jerit masatu. Tapi apa aku buat? Aku menangis bagai nak gila. Aku persoalkan diri sendiri.

Kau? Kau masih gelak ketawa dengan orang lain siap tergelak sambil terbaring atas lantai. Berguling-guling lagi.

Kau pernah bagi segala video tiktok tentang persahabatan kononnya aku kawan baik kau tapi aku tak nampak semua tu. Aku pernah luahkan apa yang aku rasa dan akhirnya kau salahkan aku juga. Kau buat aku rasa tak guna jadi kawan kau.

Bila aku baca semula betapa terhegeh-hegehnya aku minta maaf pada kau waktu tu, sumpah aku cakap aku adalah manusia yang paling bodoh dalam dunia.

Kau suruh aku faham dengan perangai kau tapi kau sikit pun tak faham aku. Teruk ke orang macam aku ni? Ya aku buruk, gemok gedempol tapi janganlah buat aku macam ni. Sakit sangat.

Tahniah sebab buat aku rasa macam ni.

Bulan, aku maafkan semua yang kau dah buat pada aku. Aku masih lagi tunggu kata maaf daripada kau. Bodohkan aku?

Takpelah sebab aku hargai pengorbanan kau sepanjang kita diploma. Tapi aku nak kau tahu yang sekarang aku tak anggap kau sebagai sahabat. Kita cuma kawan biasa yang kenal sekadar kenal. Bukan kenal dengan rapat.

Sekian,

– Bintang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *