Betul Ke Lelaki Handsome Memilih?

Assalamualaikum, hola.  Aku Una (bukan nama sebenar).

Confession aku ni sedikit panjang dan banyak throw back tau. Kalau ada yang cakap aku tak moved on dan tak perlu ingat hal lama, aku just nak bercerita je. Kut ada yang nak baca selain hal rumah tangga. 

Maaf kalau ada yang tersalah info sebab ada yang dah lupa coz dah lama dan ada yang aku terpaksa tukar2 sikit sebab takut ada orang kenal. Huhu.

Kut ada yang rasa boring, yang rasa give up dan rendah diri tak bertemu jodoh, bolehlah baca confession aku ni. Mana tahu ada rasa confident sikit nak cari jodoh. Lagi pulak baru2 ni famous ayat gemuk pendek. Sama situasi aku. Hehe.

Sebabnya aku ni seorang yang hodoh, gemuk pendek. Tapi ada beberapa perkara terjadi dalam hidup aku yang melibatkan lelaki handsome bermula dari aku sekolah rendah. 

Mungkin lepas baca confession aku ni, korang yang rupa biasa2 ni bolehlah try tackle lelaki handsome pulak kalau asyik kena reject dengan lelaki muka biasa. 

Sebab bagi aku lelaki handsome ni macam tak memilih. Pengalaman aku lah sepanjang hidup ni. Haha.

Sedikit tentang aku, aku tinggi dalam 140 je. Aku start bantut dari sekolah rendah, tinggi tak naik2 dah. So bila pendek ni badan nampak gemuk walau berat aku 45kg je. 

Start dari sekolah rendah nilah orang panggil aku bantut, gemuk pendek. Memang aku bantut sebab kawan2 perempuan yang lain semua tinggi lebih 150-160cm walau baru sekolah rendah. 

Oh ya, nama2 dalam ni semua bukan nama sebenar tau. Malas aku nak tulis (bukan nama sebenar) setiap orang tu. 

Aku terpaksa cerita start dari first love aku masa darjah 4 sebab 1st love ni dah dragged aku dalam perasaan rendah diri hingga bertahun2 dan ada ‘unsettled business’ aku dengan dia hingga buatkan aku berpuluh tahun mimpikan dia. 

Ye, aku asyik mimpikan dia walau dah berpuluh tahun. Aku tak tahu macam mana nak stop mimpi2 tu walaupun aku takde lah fikir / rindu dia. Huhu.

Aku namakan dia Sam lah ye sebab budak tu memang handsome ala2 Sam Bunkface. Kulit putih maybe sebab ada darah pantai timur. Muka dia bukan typical Malay. Entahlah, maybe mix Siam kut. 

Dia ni suka kacau aku start dari darjah 2 dan suka cari gaduh dengan aku. Dia pernah pijak atas meja aku buat2 gangster. Aku tak suka dia sebab dia dia nakal. 

Masa darjah 4, aku tiba2 terjatuh cinta dekat Sam bila dia tersasul sebut telo loghat negeri dia dan aku gelakkan dia kuat2. Dia jeling dan senyum dekat aku. 

Padahal dia ni selalu buat2 gengster dan cari pasal dengan aku. Tiba2 masa tu dia tersenyum dan renung aku.  And ye, itulah moment aku terjatuh cinta dekat Sam.

Sampai sekarang tau aku ingat muka dia, senyuman dia dan jelingan dia tu. dah puluh tahun dah pun tapi aku ingat moment tu. Betullah 1st love memang susah nak lupa. 

Then lepas kejadian tu, aku tulis surat minta maaf sebab ejek loghat pantai timur dia. Dan dia balas cakap tak apa, dia maafkan. Start hari tu kami dah takde bergaduh tapi dua2 jadi malu-malu kitty.  Berborak pun malu2.

Dia selalu hantar budak kirim salam dekat aku padahal kami 1 kelas je pun. Kadang2 ada adik2 darjah lain kirim salam lah. Ada orang bagi aku candy, buah, kek, macam2 lah. Diorang cakap Sam bagi. 

Walaupun kami sekelas, kitorang takde berborak sangat, sebab dua2 rasa malu. Kalau jumpa berdua pun, macam jumpa jap mana2 untuk dia pass makanan. 

Budak2 perempuan kelas aku pun tak tau hal ni sebab aku memang tak cerita dekat sesiapa sebab takut kantoi dan malu sebab kecik2 dah menggatal. Budak2 lelaki kelas aku tau hal ni tapi diorang jenis bagus tak bocor rahsia. 

Dia anak orang loaded. Nearly tahun 2000 kalau pergi sekolah bawa RM5, dah kira orang kaya. Aku pun tumpang sekali lah dia belanja. Hihi.

Itu belum lagi dia bawak collection dash yankuro, tamiya apa semua tu ke sekolah. Siap ada track bagai. Budak lain tak mampu nak ada collection macam dia. Kalau ada pun race dalam longkang je. 

Sam ni player bola sepak and bola tampar sekolah. So bila dia main memang aku akan duduk tengok dia main. Tapi bukan aku soranglah. Biasa memang berpuluh2 orang tengok. 

Aku pulak kaki bangku, memang tak main ape2 sukan / olahraga. Bola jaring pun tak pandai main. Maybe sebab aku pendek dan gemuk so memang cikgu tak pilih aku main. 

Lagipun aku tak suka sukan. Aku suka extreme games macam skateboard. Ada jugak aku bawak skateboard pergi main dekat court badminton sekolah. 

Tak silap masa budak2 kerumun tengok aku main skateboard tu, Sam ada tengok sekali aku main sambil senyum2. Hehe. Tapi Sam bukan budak skate. Dia memang budak sukan. 

Dan maybe Sam pun pernah nampak aku main skateboard dekat area rumah aku sebab dia nak balik rumah atau pergi sekolah akan lalu depan rumah aku. 

Rumah aku depan jalan besar nak ke taman dia. Tapi taman dia jauh, naik basikal dalam 20 minit jugaklah. 

Tapi last2 umi aku tak bagi bawak ke sekolah skateboard tu sebab ramai orang nak pinjam, takut rosak. 

Zaman tu kalau barang yang beli dekat harga seratus, kira mahal dah. Budak sekolah rendah pulak. Itu pun abang aku yang belikan guna duit biasiswa dia sebab aku minat sangat skateboard. 

So petang2, aku tengok jelah Sam main bola tepi padang sekolah tapi jarang2 lah sebab aku tak selalu datang sekolah petang2. Budak sukan je biasanya datang sekolah pagi petang. 

Masa tengok Sam main rasa macam bangga dan berbunga2 tengok bf main bola. Sam pulak akan jeling2 pandang aku masa main. ehe

Pernah ada pertandingan bola dekat sekolah aku. Lepas tamat game, dengan muka merah padam, Sam terus cari aku tepi padang. Dia suruh aku tunggu dia dekat hujung bangunan dekat area bilik guru. 

Ingatkan apa, rupa2 nya dia belikan makanan yang jual tepi2 padang dan bagi aku duit belanja. Aku pun relax je ambik duit dia. Bila bf bagi duit, ada rasa perasaan lain macam seolah dah jadi tanggungjawab dia untuk tanggung aku. Huhu.

Dia pun jaga aku tak bagi orang kacau aku. Kalau ada aktiviti malam dan aku takut nak balik naik basikal, dia ajak beberapa orang budak ikut dia temankan aku balik. 

Dia tak hantar aku sorang2 sebab takut kantoi berdua. Lagipun apa orang cakap. Zaman dulu memang parents lepas je naik basikal. 

Tapi macam dalam 1 tahun lepas tu which is darjah 5, kitaorang jadi stranger. Kesnya, aku bagi surat dekat dia. 

Tapi entah macam mana tiba2 aku dengar segerombolan budak lelaki maybe group darjah 6 ketawa ejek kuat2 sambil baca surat aku tu. Rasa kena slap pipi aku. 

Budak2 lelaki tu ejek macam, “tak sedar diri dahlah gemuk, pendek. Ada hati bagi surat dekat Sam.” Lebih kurang macam tulah ayat. Pedih betul telinga aku sebab aku betul2 jadi sedar diri. 

Dahlah memang aku selalu kena ejek gemuk pendek. Sebelum aku rapat dengan Sam pun memang Sam pun selalu ejek aku gemuk pendek. Dia antara yang jahat mulut. 

Berbalik kepada kes yang baca surat kuat-kuat tu, aku tengok Sam hanya gelak2 tanpa pandang aku pun. Cara dia macam dia nak cover b*ntut dia yang surat tu macam dari side aku je. 

Maksudnya macam dia nak jaga reputasi dia yang hanya aku je sukakan dia. Mustahil dia suka budak pendek gemuk macam aku. Aku fikir macam tu. 

Sedih aku rasa dan betul2 rasa ‘kena game’ dengan Sam. Start dari tu aku buang semua surat Sam and aku dah tak hiraukan Sam. Nak pandang dia pun aku rasa taknak sebab rasa sedih dia mainkan aku camtu. 

Tapi aku tak confront dia. Aku tak tanya kenapa dia main2kan aku, kenapa dia bagi budak lain baca. No, aku tak pernah confront sebab aku yakin aku dah kena game. Dan aku rasa tertipu. 

Dan aku yakin aku tak layak dengan dia sebab aku hodoh. Dia pulak takde nak mintak maaf dekat aku pun. Masing2 hanging macam tu je. 

Tambah pulak bila dia terpilih wakil daerah untuk bola sepak. Dia kena training dalam 3 bulan dekat sekolah lain. 

Habis saja 3 bulan dan dia datang sekolah semula, dia selalu cakap kuat2 tentang girl nama Emilia. Emilia ni budak dekat sekolah yang dia trained tu. 

Dia cerita depan2 aku dekat budak2 lelaki lain yang Emilia tu tinggi, kurus, cantik, cerdik, pandai sukan. Dia memang saja cakap kuat2 bagi aku dengar. 

Aku just buat2 normal macam takde ape2 perasaan. Tapi walau aku budak lagi masa tu, aku dah ade perasaan terluka tu. 

Tapi aku cover sebab aku sedar diri yang aku tak sesuai dengan dia. Dia pun pandang aku jeling2 dan buat muka berlagak bila kitorang bertembung pandang. 

Tapi tak taulah sejauh mana dia dengan Emilia tu. Dengar cerita selalu kirim2 salam jugak. 

Tapi masa darjah 6 tu, Sam mula care aku semula. Cuma aku dengan rasa terluka yang masih ada, aku just tunjuk reaction biasa2 macam kawan2 lelaki lain je. 

Aku dah set dalam otak yang Sam just mainkan perasaan aku dan dia playboy. Tapi aku masih sukakan Sam. Cuma suka secara diam2 jelah, curi2 pandang. 

Tamat darjah 6 aku dah jarang jumpa Sam. Kami duduk taman lain2. 

Tingkatan 1 kami sekolah sama tapi jarang jumpa. Maybe sebab aku duduk asrama dan dia outsider. 

Okay, aku tinggalkan dulu perihal Sam ni sebab start form 1 aku tak pernah berhubung dengan dia. Ternampak dia pun maybe tak sampai 5x sepanjang form 1- form 5 tu sebab kami lain2 blok. 

Aku pulak masuk kelas atas start dari form 1 hingga form 5 so memang jarang ada aktiviti dengan budak kelas belakang. Dia kelas nak hujung2. 

Tapi aku ade riki2 dengan kawan aku yg sekelas dengan dia. Dia cakap Sam ade gf sekelas, nama Tiara masa form 3 kut. Aku usha jugaklah siapa Tiara tu, tinggi kurus jugak budaknya. 

So aku dah semakin lupakan Sam sebab aku ade crush dekat orang lain start form 1. Tapi walaupun aku crush dekat orang lain, perasaan aku macam masih ada ‘unsettled business’ dengan Sam. 

‘The unsettled business’ ni menjadi ‘settled’ hanya selepas lebih 20 tahun tau. 

Ya, selepas 20+ tahun baru aku dan Sam dapat confront each other. Lama sungguh baru dapat luahkan apa yang tak settled dulu. Sedih pulak aku. Nanti aku cerita. 

Sekarang aku nak cerita tentang orang2 lain yang aku jumpa sepanjang 20 tahun ni. Kenapa aku nak cerita?

Sebabnya aku terlalu rendah diri dan under estimate kan diri aku sendiri sebab pendek dan gemuk tu. Aku set dalam kepala aku yang aku dah di game oleh Sam, so aku ni memang hodoh. 

So kalau ada lelaki yang sukakan aku, aku anggap memang dia nak mainkan aku je dan nak play fool on me je. 

Aku membesar dalam perasaan rasa terhina dan rendah diri sebab pendek dan gemuk. Lebih2 lagi di zaman sekolah, orang memang memandang sangat rupa paras dan ketinggian badan ni. 

Zaman sekolah menengah, kalau cantik comel akan ade bf, abang angkat apa semua. Kalau pendek, hitam, gemuk, jongang, orang akan sound mengejek setepek terus. Aku gi mana2 orang cakap pendek pendek. Huhu.

So zaman sekolah menengah ni zaman di mana kita yang hodoh ni akan rasa rendah diri sangat dan set mentaliti yang lelaki hanya akan pandang perempuan cantik tinggi je. Tak de masa depan lah kiranya bab jodoh ni. 

Nanti aku sambung balik sebab panjang…

Nanti aku ceritakan tentang bila aku dah kerja, ada colleague aku foreigner bukan Islam dan macam mana dia proposed aku untuk kahwin dengan dia and settle down ikut dia pindah France. 

– Una (Bukan Nama Sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *