Hina? Hina tu bila sedar buat dosa, lepas tu buat lagi, tak pernah taubat-taubat. Aku faham keadaan kau. Let say we are in the same boat.
Aku tahu kau harap, rasa, percaya dia akan berubah. Percaya cakap aku ni sebab aku dah hadap keadaan ni. LELAKI YANG BETUL-BETUL SAYANG KAU TAKKAN SANGGUP HANCURKAN MASA DEPAN KAU. Dia layan kau baik “macam wife” tu sama konsep macam dia “beli” kau sebenarnya.
Tapi jenis lelaki yang soft spoken, “gentle” macam ni, hidup dia cuma sekadar nak lempias nafsu je dan buat kita keliru bermain kata cinta. Hati dia kosong! Allah dia boleh pandang sebelah mata… inikan kau? 10,000,000 kali dia kata dia sayang pun, aku berani kerat jari. Tu bohong!
Okay, aku tak nak cerita pasal jenis lelaki yang macam ni. Kau betul dah sedia nak berubah?
Okay… selalunya bila buat dosa besar, kau takkan solat, kalau solat pun tak penuh, hati kau resah, otak kau penuh dia je. Rasa seronok masa buat dosa. Rasa macam tak boleh hidup tanpa lelaki tu.
Aku faham kau masih tak nampak hakikat hidup ni sebenarnya. Rasa macam ‘cinta padamu’ tu lah segalanya. Kalau kau nak tahu, yang “segalanya” tu sebenarnya hanya selaut najis yang perlu kau jauhi dan pergi. Percaya aku.
Aku pernah alami dan aku nak tolong yang senasib dengan aku. Kau takkan rugi! Tapi kau akan mati kalau kau masih stick dengan lelaki macam tu.
Paksa diri kau pergi jauh secepatnya. Tukar nombor, jangan jumpa langsung, jangan ada contact apa-apa. Buang semua gambar, barang, kenangan, semua!
Anggap diri kau memang hina sebab relakan lelaki suka-suka nodai kau atas alasan apa sekalipun. Anggap kaulah manusia paling hina kat bumi ni. Nescaya tekanan yang kau rasa akan buat kau tak putus nangis.
Bila kau dah boleh nangis sesal gila tentang dosa kau, Allah akan ganti dengan rasa tenang. Nangis dan meraunglah kat Allah. Time sujud. Merayu-rayulah kat Allah dengan perasaan hina yang kau rasa. Bayangkan kau nak pujuk Allah ampunkan dosa kau yang penuh seluruh bumi ni.
Tukar pemakaian dan pergaulan kau. Pakaian yang baik boleh tolong baiki akhlak yang baik. Kalau boleh buang segala jenis social network, unless yang betul-betul penting je.
Tak payah nak update pasal artis-artis. Lagu-lagu lagha tu semua hentikan dengar. Susah kan nak bersihkan kerak kuali? So jangan tambah kerak lagi.
Banyakkan dengar ceramah Ustaz Badli Shah pasal kiamat. Ustaz Ebit Liew pasal baik dan penyayangnya Allah.
Bayangkan mak ayah kau kena belasah teruk kat sana nanti disebabkan KAU. Semua yang kau dah buat dah terakam macam CCTV, lepas tu kau kena paksa tengok semua tu, siap kena bakar dan azab. Malu dan takut kan?
Jangan cerita kisah kau pada sesiapa. Kau akan rasa keajaiban bahawa tak ada yang mustahil bagi Allah dan lagi bagus, kau akan rasa hina, rendah diri dari orang lain.
Buat aktiviti kebajikan sebagai hukuman atas dosa-dosa kau. (Sesungguhnya kebaikan dapat menggantikan kejahatan)
Terus paksa diri jangan cari atau layan lelaki macam tu lagi. Jangan layan perasaan rindu, dendam segala. Tu syaitan semata.
Perasaan sayang tu masih ada? Minta Allah ganti dengan rasa cinta paling dalam kat Allah. Nanti lama-lama baru kau faham ikhlas tu apa. Manisnya bercinta dengan Allah tu apa.
Istighfar 100 kali setiap solat. Mula-mula paksa sikit-sikit dulu. Percayalah… mujarab. Asal kau duduk sendiri je, istighfar… zikir… bayangkan Allah tengah tengok kau.
Paksa cari kawan yang baik. Paksa diri buat baik. Banyakkan sedekah even bagi kuih seringgit kat sesiapa. Satu lagi, jaga hati supaya selalu sangka baik.
Kalau boleh mengaji, pastikan kau tengok terjemahan. Minta Allah fahamkan biar meresap ke dalam hati.
Jaga mata. Sebab tu aku suruh padam semua laman sosial atau kurangkan tengok TV ke apa yang buat kau teringat dan terbuat lagi benda tu. Kira macam untuk 3 bulan pertama kau kuarantin diri.
Kalau kau mampu belajar agama, pergilah mana-mana tempat pengajian yang sohih. Nescaya kau akan rasa keindahannya.
Last pesanan aku, untuk orang macam kita… kita memang hina… tak macam orang lain yang tak tertipu dan terpelihara.
Kita pernah bodoh, tak pakai otak. Kita derhaka. Maka, kita memang hina dan penuh dosa… tapi kita ada Allah yang sayang sangat kita semua. Bukti? Dia tak matikan kita time kita buat dosa. Allah cuma nak kita betul-betul balik dan cintakan DIA.
Letak Allah teratas dalam hati. Sesungguhnya hidup ini hanyalah untuk buat Allah sayang dan reda dengan kita.
Lelaki? Cinta? Harta? Keluarga? It’s just a test. Bila hati dah terketuk untuk kembali, tolong jangan tangguh sampai mati.
Jodoh? Soalan ini aku masih tak terjawab lagi. Iya, siapa mahu macam kita? Mereka tetap nak yang baik-baik sahaja. Aku dah pasrah lama. Kau pun kena mula rasa reda kalau jodoh tu tak ada kat dunia. Fokus kejar cinta Allah dan buat bekal banyak-banyak.
Allah dah atur semua… tenang, yakin, sabar.
Allah tahu semua pasal kita. Allah tahu kita nak disayangi. Tapi kalau kita sendiri bagi peluang orang hancurkan diri kita, kita derhaka, mana mungkin Allah sudi bersama kita?
Syaitan tu lagi bijak dari orang paling bijak untuk tarik manusia jadi geng dia. Tolong tanamkan rasa benci kat syaitan dan perbuatan-perbuatan syaitan.
Perjalanan kita berbeza-beza. Tapi peluang kita untuk jadi orang baik adalah sama. Semoga Allah tolong kita dan kita mampu istiqamah.
Semakin Allah di hati, semakin dunia tiada erti.
– TerbangTunduk (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Emm hebit luew jadi idola KO?
Red flag sangat.Dia pun banyak kes noda wanita