Betul Ke Nak Kahwin?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan perkongsian ini.

Nama aku Rohit. Ini adalah perkongsian kedua di sini. Penulisan pertama bertajuk “Dilema Suri Rumah”. Boleh baca di sini, (https://iiumc.com/dilema-surirumah-2/). Semoga kita para suami dapat memahami dilema yang sering dialami isteri terutama suri rumah.

Berbalik pada topik kita. Musim PKP yang mencabar ini kita dengar peningkatan masalah rumahtangga. Tak kurang juga yang hubungi Talian Nur untuk dapatkan nasihat kaunselor dalam hadapi masalah ini.

Krisis macam ini bukan kat pasangan tua je, pasangan muda pun tak terlepas. Berapa ramai pasangan yang kahwin muda tapi bercerai? Berapa ramai pasangan muda yang nampak sweet sour tiba-tiba berpisah tak sampai setahun kahwin?

Jadi di sini nak kongsi 5 PERSEDIAAN yang perlu diambil kira sebelum kahwin.

1. PERSEDIAAN FIZIKAL

Persedian fizikal yang aku maksudkan adalah kewangan. Kena plan berapa kos untuk majlis kahwin. Selagi boleh jimat kena jimat sebab lepas kahwin banyak nak pakai duit.

Biasanya banyak habis kat sesi fotografi dan pelamin. Nak jimat boleh minta adik beradik atau saudara jadi photographer. Guna hp pun jadilah. Hp la ni pun canggih2 kan. Biasanya kos fotografi ni cincai2 dalam 1k gak.

Pelamin pun makan duit. Kadang2 tengok kawan buat kenduri kat dewan pelamin dia sampai penuh la pentas tu. Bila aku tengok pelamin mewah je aku cakap dengan bini,

“meriahnya pelamin dia kan sayang, di sebalik pelamin ada ribuan kertas terbakar”. Hehe. Tapi tak salah kalau dah dalam bajet kawan tu.

Masa kami kahwin dulu takde pelamin, buat background untuk “makan biadap” je. Kos RM500 tu pun kakak aku sponsor. Benarlah dalam rezeki kakak ada rezeki adik. Woha!

Jangan lupa gak kos duit hantaran. Bincang elok2 dengan pasangan. Nak jimat bahagi 2. Hantaran kami dulu 7k. Disebabkan kami ni tak berapa ber wang, jadi kami share 3.5k setiap seorang.

Alhamdulillah pasangan supportive. Duit hantaran jangan guna semua, simpan sikit untuk pendahuluan duit rumah sewa atau guna untuk beli set bilik tidur.

Nanti lepas masuk rumah ada la katil untuk tidur. Kesian pasangan nanti sakit2 badan tidur kat toto or tikar. Biasa awal2 kahwin ni banyak “bersukan” kan? Opps.

Benda yang paling penting jangan berhutang untuk majlis. Buat seadanya sebab majlis sekejap je. Jangan sebab sehari kita kena tanggung hutang bertahun. Setakat mulut2 orang mengata tu biasa la, kita layan je.

Buat simpanan bulanan 10% daripada gaji untuk simpanan tetap. 5% untuk simpanan kecemasan. Contoh gaji kita 2k, simpanan tetap kita RM200 dan simpanan kecemasan RM100.

Kecemasan tu guna masa cemas lah kan contohnya hujung bulan atau kereta rosak. Tetap tu jangan kacau kecuali sangat2 cemas. Haha. Jangan lupa ikut step; simpan – komitmen – belanja.

Kalau dapat disiplin macam ni sebelum kahwin, in sha Allah masalah cash flow dapat dielakkan. Peratus tu cadangan je, lagi banyak lagi superbbb!

2. PERSEDIAAN MENTAL

Kita kena sedar yang kita akan kahwin dengan lain jantina. Perangainya pun tak dapat jangka. Kejap ke timur kejap ke barat. Perangai dia masa bercinta tu baru 20%. Nanti dah duduk sama baru keluar semua.

Isunya adalah mungkin sebahagian kita dah letakkan expectation kat bakal pasangan. “Lepas kahwin ni mesti dia layan aku macam raja/permaisuri, mesti dia akan romantik, mesti dia pandai jaga anak dan masak sedap2” dan macam2 lagi.

Kalau dapat macam tu alhamdulillah. Kalau tak dapat mungkin kita stress. Nanti mula lah keluar ayat “tak sangka awak macam ni”. Uhuk2.

Tak salah untuk kita expect, tapi jangan keterlaluan. Takut nanti kuciwa. Yang kita mampu buat adalah doa. Lepastu kenalpasti kekuatan dan kelemahan pasangan untuk kita top up mana yang perlu. Pasangan kan saling melengkapi. Gittew!

3. PERSEDIAAN TEMPAT TINGGAL

Tempat tinggal mainkan peranan penting dalam keharmonian pasangan. Saiz rumah tak jadi masalah, yang penting macam mana kita nak wujudkan kebahagiaan tu.

Pasangan kena rancang nak tinggal mana. Ambil kira gak jarak ke tempat kerja dan kemudahan yang ada macam pasaraya, sekolah, nursery dan lain-lain.

Adalah digalakkan untuk tidak duduk lama bersama keluarga sendiri/ mertua. Sila keluar dan cari rumah lain untuk hidup berdua. Wakaka.

Betul beb! Biar masalah dalaman kita dan pasangan je yang tahu. Kita je tahu kita makan telur ke ikan masin ke. Kita ada privasi nak gaduh, gurau, bergolek2 lepas subuh, hujung minggu jalan2 dan makan luar.

Selain tu duduk berdua ni kita belajar berdikari, urus emosi, memahami pasangan, urus kewangan dan macam2 lagi. Daya fikir kita akan lebih matang dalam buat keputusan. Cewah!

Aku tak salahkan siapa2 yang duduk dengan family. Mungkin ada sebab2 tertentu. Cumanya kena fikir privasi pasangan terutama aurat isteri. Kemudian agak sukar untuk kita tegur pasangan dan anak sebab nanti ada orang lain yang masuk campur. Hehe.

Benda yang paling kita bimbang adalah bila dah lama duduk sekali, habis keluar semua buruk kita dekat keluarga mertua. Kalau sekali2 jumpa kan boleh cover. Hahaha. Jadi fikir2 ya.

4. PERSEDIAAN KEMAHIRAN ASAS

Sebelum kahwin pastikan ada sikit kemahiran asas rumahtangga macam kemas rumah, lipat baju, basuh pinggan.

Bagi suami menjadi kelebihan kalau ada kemahiran bertukang macam mengecat rumah, baiki paip, wiring dan lain2. Pandai memasak jadi satu kelebihan. Aku setakat ni pandai masak nasi, jadilah nak…haha.

Bagi isteri pula ofkos la memasak dan susur atur rumah kan. Bab deco aku serahkan la kat bini sebab kalau aku buat caca marba. Huhu.

Yang penting kemahiran parenting sebab nanti kita bakal ada anak. Nak didik anak ni nampak susah tapi memang susah. Kena ada sabar yang bukan beshe2 nak layan karenah anak yang pelbagai. Masa ni lah boleh nampak perangai masing2 bila tak sabar dengan anak. Wuuu!

5. PERSEDIAAN KOMUNIKASI

Ingat bila dah kahwin, maksudnya kita sedia untuk terima pasangan dan keluarga dia sekali.

Kita kena belajar adapt dengan macam2 situasi. Kena ikut rentak family pasangan selagi tak bercanggah dengan hukum hakam. Budaya, makanan, pantang larang kena ambil tahu.

Masa makan sama2 jangan dok pegang hp je. Borak la apa je daily issue yang kita rasa perlu. Masa ni bernilai sangat untuk eratkan hubungan dengan keluarga baru.

Banyakkan baca isu semasa pasal politik, ekonomi, sukan, berita viral, dan lain2. So kalau sembang dengan mertua atau ipar boleh la mencelah2 sikit. Nampak function orang kata. Haha.

Kalau tak tahu nak cakap apa, kita angguk. Sekali2 respon sikit “aah kan”, “tula”, “macam2 zaman sekarang”. Haha. Dari semasa ke semasa kita akan lebih kreatif untuk respon.

Tak termasuk lagi saudara mara. Soalan biasa keje apa? Dah beli rumah ke? Kadang2 ada yang tanya gaji berapa? Jawab dengan jujur dan senyum.

Tang gaji tu cakap jela alhamdulillah cukup seadanya pakcik makcik. Yang penting belajar hormat orang lain sebelum minta dihorm4ti. Amacam?

‐————————‐—————

Akhir kata, buatlah persediaan sebaik mungkin untuk jadi suami/isteri dan bapa/ibu akan datang. Ilmu agama adalah pokok segala persediaan.

Kenapa penting sangat bersedia sebelum kahwin ni? Sebab kita nak hidup bersama bukan sehari sebulan atau setahun, tapi till jannah.

Aku doakan kita semua diberi kebahagiaan dan keberkatan hidup dunia akhirat. Aamiin.

– Rohit (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *