Betul Ke Perempuan Baik Untuk Lelaki Baik? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/betul-ke-perempuan-baik-untuk-lelaki-baik/).

Alhamdulillah, terima kasih kepada doa-doa anda semua dalam penulisan saya yang lepas. Sebenarnya saya ini sama sahaja seperti wanita-wanita yang lain, siapa yang tak “koyak” bila dapat tahu teruna yang kita harap rupanya penebuk tupai.

Selepas peristiwa “terkantoi” itu, saya mengalami tekanan perasaan yang teramat sangat. Yelah semua benda kena pendam sendiri, mak mertua langsung tak membantu untuk menenangkan saya walaupun dia tahu ini isu besar, kerana dia pun “koyak” sama.

Nak di ceritakan kepada mak ayah saya khuwatir keadaan akan menjadi lebih parah. Nak lari rumah dan cerita pada kawan-kawan, takut pula dengan kemurkaan Allah, kerana Amar masih menjalankan tanggungjawab suami dengan sangat baik.

Jadi pilihan yang ada pada ketika itu, ialah taat pada Allah, saya jadi isteri dan stay sebab Allah saja masa tu walaupun hati ini perit sangat nak hadap suami saya, nak cakap dengan dia even nak salam dengan dia pun saya mengeletar sakit hati.

Sejak peristiwa itu saya jadi pendiam, tak keruan, sering menangis, galau dan tertekan. Sering pengsan dan demam kerana tekanan darah rendah, pada ketika itu saya lagi bahagia untuk tinggal di hospital dari tinggal di rumah.

Bila sihat saya sering ke masjid, with or without him, untuk cari petunjuk dan ketenangan. Sampai satu hari ini, saya ada mendengar pengisian di masjid yang saya selalu lepak, ustaz tu kata, lebih kurang macam ni,

“Bahawasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya.

Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya”

Ustaz tu bagi banyak contoh dalam kehidupan seharian kita, sambil bertanya, adakah kita ini buat sesuatu betul-betul kerana nak Allah suka dengan kita?

Ustaz tu ada bagi analogi, kalau kita tuan kepada kucing, apa perasaan kita bila kita sediakan semua benda kat kucing tu tapi kucing tu buat tak tahu je kat kita,

Tikus pun dia tak mau tangkap, makan tido, makan tido je, tiba masa mengawan, buat anak banyak-banyak, buat kotor rumah, tapi masih tak peduli dengan kita, mesti kita rasa marah dan menyampah dengan kucing tu kan?

Itu baru interaksi antara manusia dan haiwan, tapi bagaimana Interaksi kita sebagai Manusia dengan Tuhan? Adakah kita pun berperangai sama macam kucing tadi, hanya mementingkan nafsu sendiri daripada usaha untuk tunjuk rasa syukur pada Tuhan?

Persoalan ustaz ini buat saya terpukul dan mula merefleksi dengan masalah berat yang saya alami. Betul, saya memang berusaha untuk dapat suami soleh, tapi siapa saya untuk menidakkan apa yang Allah kurniakan.

Boleh jadi, buruk yang saya nampak hanya satu, tapi baik yang Allah nampak ada 1000. Banyak rahsia Allah yang kita tidak tahu apa hikmah di sebalik kejadian.

Lalu saya bertekad untuk siasat dengan lebih lanjut tentang sisi gelap Amar ini supaya hati dan fikiran saya lebih jernih untuk berfikir dengan keputusan yang bakal di ambil.

Sebenarnya masa saya tengok laptop Amar itu ialah tab whatsapps web conversation (maaf sebelum ni saya guna term folder) saya baca lah satu-satu massage yang terutamanya dengan perempuan, semua formal je kecuali dengan Zana (bukan nama sebenar).

Dalam conversation mereka, banyaklah yang berkaitan dengan penzinaan (malas nak explain lebih). Berkali-kali saya tanya Amar, kenapa tak nak kahwin dengan wanita itu, kahwin lah dengan dia. Tapi Amar cakap bagilah dia peluang untuk keluar dari kegelapan penzinaan kepada cahaya perkahwinan.

Saya hairan kenapa Amar berkata sedemikian. Saya mula siasat siapa Zana. Dari situ baru saya tahu, Zana ni memang suka berzina, banyak gambar-gambar dia kat “red social media” yang menjemput untuk berzina.

Tapi dia bertudung dan bekerja sebagai executive di tempat kerja. Pening bila tengok gambar dia. Amar kata dia kenal Zana dekat wechat, awal-awal kawan biasa-biasa ja macam kita kawan kt FB.

At the same time Amar lamar saya jadi isteri dia, tapi dia tak sangka yang tempoh pertunangan kami memakan masa selama dua tahun. Biasalah wechatkan, orang boleh je groom dengan hantar gambar bukan-bukan.

Zana yang suka goda dia, hantar gambar penuh godaan, mula-mula Amar kalis dengan godaan tu, tapi Zana ni memang suka goda Amar, as time goes by, lelaki mana tahan mula lah moment-moment penzinaan.

Zana ni memang banyak boyfriend, bukan dengan Amar seorang. Nasib baik tak kena HIV, atau pun STD lain.

Sedihkan dengan gejala belia sekarang. Tak tahu siapa dalam kalangan kita yang benar-benar bersih dari gejala zina, kerana itulah “new normal kita”. Lepas siasatan menyeluruh, saya rasa sayalah punca kenapa Amar begitu.

Dia niat baik untuk bernikah, tapi saya yang menangguhkan perkahwinan itu atas syarat menghabiskan pelajaran, lalu saya yang harus bertanggungjawab membersihkan kotoran yang saya cetuskan.

Amar menunggu saya sampai tidak tahan, digoda sedikit-sedikit akhirnya terjabak jua. Dan Zana sudah ada peganti setelah Amar berkahwin.

Sekarang sudah anniversary kami yang ke enam tahun. Alhamdullillah rumah tangga kami bahagia dan makmur.

Benarlah, Allah kata, boleh jadi kamu membenci sesuatu tapi ia baik untuk kamu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi ia buruk untuk kamu. Boleh jadi kamu nampak 1 buruk dia tapi Allah nampak 1000 baik dia.

Alhamdullillah atas hikmah yang besar ini, berpeganglah dengan niat berkahwin ini betul-betul kerana mahu redha Allah.

Jika ada ujian, tetapi pasangan kita masih bertanggung jawab dengan hak rumah tangga, bersabarlah dan terus minta dan berdoa untuk dinampakkan jalan lurus yang Allah redha. Tetapi, jika sudah berlaku kejam dan penzaliman keluarlah dari rumah tangga itu juga niat kerana mahu redha Allah.

Perkahwinan ialah ladang pahala orang beriman. Dari perkahwinan lah, kesabaran kita teruji, tiada lagi masa lapang dan rehat yang panjang. Yang ada cuma komitmen yang berpanjangan. Sebab tu kita kena renew niat kita kenapa kita berkahwin, adakah kerana mahu buat nafsu kita suka atau buat Allah suka.

Ingatlah, Manusia tidak tercipta supaya Allah memenuhi kehendak manusiawinya, Tetapi sudah pasti manusia dicipta untuk mentaati perintah Tuhannya.

Akhir kata, kadang-kadang Allah letak kita dalam gelap supaya kita tahu harga sebuah cahaya, Bukan untuk kita berada dalam kegelapan selamanya.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *