Thanks admin tolong approve.
Okay, baca tajuk agaknya mesti korang dah boleh agak kan?
Ewahh bukan main lagi sehari dua ni dok bash produk2 tempatan nak2 produk kecantikan Melayu kheenn.
Korang taktau ke FB netizen ni suka sangat bila nampak atau terbaca post2 negatif yg nak menghentam orang atau sesuatu produk. Mesti pantas sepantasnya korang berduyun2 nak share. Bila produk tu terbukti bagus, takde pulak korang berduyun2 nak share ek?
Nak viralkan, tak salah. Tapi fikir. Berapa ramai kat luar sana yg dok pakai dan mencari rezeki dengan semua produk2 kecantikan ni. Bila korang share dan condemn, ada pulak potential buyer yg memang serius nak beli, terus fikir balik 10 kali benda yg korang share dan kondem tu. Terus jadi takut. Tapi sebab memang aku percaya dengan produk ni, dari muka aku penuh jerawat, parut, hitam dari leherd an badan, sampai la ni gebu gebas. Elokkk je. Sebab apa? Bila makan sesuatu produk atau supplemen, korang kena ingat, minum air masak paling kurang pun 2.5L sehari. Tak makan apa2 produk pun, korang KENA minum air masak banyak jugak. Barulah khasiat yg korang sumbat boleh beroperasi dengan lancar ke seluruh badan tanpa gangguan.
Ni aku nak bagi tips untuk korang tau sesuatu produk tu berkesan atau tak;
1. MODEL
Yaa, model. Dah namanya model, sah2 la kulit cantik glowing flawless gebu gebas ye dak? So kena tengok, model produk yg korang dok ushaa tu memang cantik sejak azali, ataupun cuma buat review berbayar (posing pegang produk pastu hebohh cakap benda elok padahal secebis kuma pun dia tak try) ataupun memang pengguna produk tu sendiri? Emmm contohnya siapa tu yg kena toreh muka tu. Tak silap aku dia makan produk yg aku makan ni lepas dia kena toreh sampai dia jadi cantik pastu baru founder ‘jumpa’ dia dan ‘lamar’ jadi duta produk ni. Sebab tu aku percaya dan aku pun terjebak dan alhamdulillah memang menjadi pada aku.
2. FOUNDER GUNA DULU ATAU CUCUK VITAMIN C SEMATA NAK KULIT GEBU DAN LARISKAN JUALAN?
Kan dah terpanjang. Tengok founder. Follow rapat2 founder produk yg korang dok usha tu. Pastikan samada dia guna sndiri produk dia sebelum jual pada orang dan berkesan pada diri dia ATAUPUN dia dok cucuk sini cucuk sana lepastu hebohh kata produk dia hebat. aku rasa korang pun boleh pikir kot keberkesanan produk tu sendiri kalau founder pun TAK GUNA pada diri dia dulu.
3. HARGA
Ni payah gak. Kalau dapat customer bajet cam aku, aku cari yg padan dengan bajet aku je. Yg paling penting aku yakin aku boleh konsisten repeat tiap2 bulan. Macam aku pakai baru 50 hengget sebulan takkan tak mampu gak nak maintain. Eleh, ko beli tudung tetiap minggu campur tolak bahagi darab sebulan boleh cecah 2,3 ratus, takkan muka nak biar berkerak?
4. BOLEH MAINTAIN SETIAP BULAN
Abistu ko ghase pakai sebulan je dah boleh kulit muka bertukar bak bidadari ke? Kemonn.. Usaha tangga kejayaan. Bagi aku asalkan produk tu konsisten harganya, tak ada permainan harga denga semua seller, maknanya hebatla produk tu. Tapi kalau sejenis produk yg bila kau bukak Newsfeed je, kejap si A jual RM100, scroll lagi, si B jual 78, scroll bawah lagi, ehh si C pulak jual 45 hengget. Ngko ghaseeeee?
5. BUAH PINGGANG
Setakat yg aku tau, kalau korang tak overdose, kalau korang minum air masak secukupnya, jaga pemakanan, in shaa Allah semuanya ok. Please jangan share atau kondem SEMUA produk adalah SAMA kandungannya. Jangan tutup periuk nasi orang.
6. SUPPORT LA KAWAN MENIAGA
Aku tau produk yg aku makan ni bagus, tapi aku tak tergerak lagi nak join sama2 berniaga. Cukuplah sekadar aku jadi regular customer, bantu sahabat aku cari income sampingan. Aku support kawan berniaga beb. Lagi2 tu kawan baik aku yg jual. Sikit pun aku tak mintak kurang. Aku cuma harap ada la bahagian rezeki lain untuk aku. Kesian gak sebab sehari dua ni korang viral SEMUA PRODUK KECANTIKAN tak bagus, murung kawan aku. Potential customers lari. Haihh. CUBA DULU WEH. BARU KORANG JATUH CINTA.
Okay, so aku harap korang boleh balance kan yang mana elok dan tak elok keyh. Doakan semua urusan aku dipermudahkan ye? Masyehhh! :)
– Pengguna Tegar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit