Luahan dan isi hatiku kali ini ialah tentang betul ke semua salah lelaki ?
Artikel ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah gaduh berlainan jantina yang tak pernah habis
Kebanyakannya pergaduhan jantina yang melibatkan dunia percintaan dan perhubungan ini ialah semua salah lelaki. Jarang aku lihat siapa yang perlu memperbetulkannya.
Lagi-lagi di media sosial ini.
Sebanyak mana aku kenal perempuan mereka suka ghosting. Mereka akan beria-ria dulu dan selepas itu terus ghosting hilangkan diri.
Mereka cari lelaki selepas ditinggalkan ex tapi mereka membalasnya dengan cara ghosting.
Lagi terkilan mereka main dua kolam. Mereka mengharapkan pertolongan dari aku untuk rasa diri mereka perlu dihargai tapi mengejar yang lain.
Ada sesetengahnya mereka membodohkan diri mereka untuk lelaki yang ada girlfriend dan isteri. Dalam masa yang sama tuduh semua lelaki jahat dan mempergunakan mereka.
Mereka tak sedar perbuatan tersebut dah menyakitkan perempuan yang lain.
Bukan lelaki masalah sebenarnya.
Kau orang jangan buat lelaki yang kau rasa perlu ghosting dan datang balik cari. Lelaki yang bukan bergelar boyfriend orang atau suami orang.
Lelaki akan ada rasa penat dia. Penat menunggu dan penat dighosting.
Bukan masalah diri lelaki tadi tapi masalah datang dari diri kau orang yang tak tahu nak apa sebenarnya.
Lelaki yang dah ada lebih banyak perempuan dalam hidup dia orang hanya nak tubuh badan kau orang. Bukan cintakan kau orang.
Kau orang kena ingat lelaki yang dah biasa dighosting ini dia akan cari perempuan yang memahami dia.
Bukan hari ini jadi teman kau selepas 2 minggu atau sebulan jadi strangers. Lepas itu datang balik bila hati kau orang disakiti.
Dalam dia orang yang dah biasa di ghosting ini akan belajar jadi seorang yang introvert dan dah rasa tak perlulah ada kenal dengan sesiapa pun.
Mereka ini lagi hebat dari lelaki yang bergelar boyfriend orang atau suami orang. Mereka boleh berdikari di atas kaki sendiri tanpa bantuan seorang perempuan bergelar soulmate.
Kita boleh tengok contoh lelaki duda ditinggalkan isteri dua kali colonel sanders pengasas KFC.
Pengasas IKEA Ingvar Kamprad duda isteri dia tinggalkan dia dan anaknya sekali sampai tak ambil tahu. Dia berjaya buka IKEA.
Banyak lelaki yang ditinggalkan bukan sebab mereka kaki perempuan dan tak berjaya dalam hidup lagi dari segi ekonomi dia orang boleh berdikari di atas kaki sendiri dan berjaya disebabkan sifat seorang ayah yang hanya mementingkan anak.
Itu sifat perempuan mat salleh luar negara sampai anak sendiri pun tak nak jaga buang dekat bekas suami. Dia orang sana nak enjoy je.
Berbalik lelaki Malaysia yang di ghosting ini diri mereka dijadikan tempat balas kekecewaan mereka. Mereka tak buang pun nombor telefon lelaki tersebut. Bila tengah susah sakit datang cari.
– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
lelaki, perempuan, dua dua salah. simple
Bro, sounds like skill issue. Bukan gender. Lelaki pun ada je perangai begini malahan lagi banyak sebenarnya. Man up and state clearly what you want out of that relationship, nampak dia dah banyak songeh kau gerak je la, no use beating around the bush. Bila kau sendiri tak berani bagitahu or tak tahu apa yg kau nak how you think women are going to stick around?
Ini bkn sbb jantina pon.. memang makhluk yg dijadikan Alllah di mukabumi ni, ada yg baik, dan ada yg x baik.., mmg lumrahnya begitu, so x timbul hanya lelaki yg salah, atau pon sebaliknya.. fikir la secara ‘rasional’ dan tidak ‘bias’ kpd mne2 pihak, itu semua adalah niat dan tindakan seseorang tu.. wallahua’lam..
Dalam Al-Quran pun ada sebut, lelaki baik untuk perempuan baik. Lelaki jahat untuk perempuan jahat. Sebab apa? Sebab dua gender tu ada yang baik ada yang jahat.
Tentang perang gender tu, sabor je la yob. Biorkan je. Nanti diam la tu😂
Cakap pasal ghosting, perit mat rasa dia.