Betul Ke Sunyi?

Ok lah. Kalau cerita (ke pengakuan) aku disiarkan, aku ucapkan terima kasih dekat adminnya ya.

Kita terus kan kepada tajuk utama. Mutakhir ini (amboi ayat karangan), aku tengok semacam ramai pula yang confess rasa macam hidup sunyi la, rasa tak ada orang nak dengar cerita lah, bla bla bla.

Ini buatkan aku mula jadi risau. Sebab bagi aku salah satu sebab orang akan dapat depression disorder adalah bilamana dia rasa sunyi dan rasa diri tak disayangi. Aku dah la jenis tak boleh tengok orang sunyi sunyi ni eceh. Sebab aku takut. Bila dia sunyi macam macam dia akan fikir.

Aku pernah (dan mungkin sedang) juga rasa seakan hidup aku sunyi. Lagi lah bila dah masuk 20-an member member sibuk nak kahwin sana sini. Dah la tak tunggu aku haha. Dan, bila diaorang dah kahwin, jangan harap la nak lepak dah macam dulu. Mungkin tanya khabar pon susah.

So? Kita pon kena la terus berjalan.

Jadi ni sekadar nasihat dan tips yang aku bagi untuk siapa yang rasa dia sunyi. Harap membantulah,

(1)

Tak pernah salah dan dosa untuk kita rasa sunyi pon. Sebab apa? Sebab bila kita keseorangan kita akan lebih menghargai dan mengenali diri kita.

Percayalah. Aku rasa bila sendiri, kita akan terfikir nak buat apa yang buatkan diri kita rasa bahagia. Jadi, waktu tu kita akan cuba buat semua benda. Jadi kadang baru kita tahu macam ‘oh, aku suka atau boleh buat benda ni sebenarnya.’

(2)

Jadi, apa contoh benda yang kita suka? Masa kita sendiri la kita akan banyak explore. Sebab tak ada siapa nak kacau kita.

Contohnya macam aku, terapi aku jumpa adalah dengan bersenam. Padahal sebelum ni aku tak tahu pon aku suka bersenam. Jadi bila aku sendiri, aku akan pergi la taman ke tasik mana mana ke gym ke bersenam.

Dan, lepas bersenam aku rasa puas (selain dapat bakar lemak). Percayalah, aku pon baru tahu aku suka bersenam.

Banyak lagi benda boleh kita explore, suka jalan ke shopping ke baca ke tengok movie ke.

(3)

Kita kena rasa hidup kita ni sangat sangat dan sangat bermakna. Kita hidup cuma sekali je beb. Takkan sepanjang masa kita nak rasa sedih dengan rasa macam kita sunyi?

Sekurangnya kita ada keluarga, ada tempat berteduh, dan yang paling penting kalau kita tak rasa semua tu, kita ada Allah.

Mungkin ada kata, “Allah ni tak nampak, tak macam orang boleh kita cerita macam macam.” Ye betul.

Tapi kalau macam tu buat apa kita solat? Padahal dengan solat tu kalau logiknya kita cakap sendiri juga kan? Haa.

Sebab solat tu kan doa. Allah dengar dan tahu je apa kita rasa. Jadi, kalau kita rasa sunyi kadang kita kena cek jugak macam mana hubungan kita dengan Tuhan.

Mungkin selama ni kita asyik fikir apa yang orang buat salah kat kita. Tapi kita pernah tak fikir apalah silap aku kat Allah ni sebenarnya?

Boleh jadi hati yang kosong itu kerana kurangnya peringatan pada kita. Jadi cara paling senang kalau malas pon buka je youtube pasang ayat quran.

Sekurangnya dapatlah isi hati kita, walaupun sedikit :)

(4)

Paling aku risau, jangan la kita overthinking bila kita keseorangan. Percayalah. Overthinking ni boleh membunuh! Tu yang buat kita rasa tak best sebab asyik hidup dengan prasangka.

Kita kena isi masa dengan benda yang kita suka. Benda kita tak suka? Buang jauh jauh.

…..

Erm. Sebenarnya banyak la juga aku nak kongsi lagi tapi panjang sangat. Cuma pesan aku untuk mereka yang rasa hidup ‘alone’ ni sedih, percayalah sebenarnya TAK TAK dan TAK.

Semuanya atas kita. Kita ada diri kita sendiri yang boleh jadi kawan baik kita, teman shopping kita, teman dengar luahan kita. Maka, berkawan baiklah dengan diri kita sendiri.

Hargai dan sayangilah diri kita, insyaAllah hidup kita bahagia.

P/s : aku nak ingatkan awal awal post ni sekadar nak naikkan motivasi untuk siapa yang sedang struggle dengan emosi dan rasa lonely.

P/s (2): dan aku tak pernah nafikan, berkawan tu juga satu bahagia. Tapi untuk orang yang suka menyendiri atau lonely, mungkin strugglenya lain untuk bersosial, jadi berilah mereka ruang. Allah ciptakan kita kan lain lain baik buruknya :)

Ok sekadar tu je la bebelan aku, harap membantu. Kalau tak membantu, harapnya boleh bagitau supaya aku dapat tengok silap aku kat mana satu.

“Kurangkan kecaman. Banyakkan teguran”

Sekian.

– Encik Entah La Nakkk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *