Betullah, Lelaki ‘Disondol’ Masa Senang

Sekarang ni viral kisah sondol menyondol ni.

Aku pun nak kongsi kisah aku.

Aku baru je lalui.

Aku diceraikan bulan Dec 2023 secara luar mahkamah sebab suami curang selepas 7 tahun perkahwinan kami, ex suami aku kahwin dengan janda tua tak bermaruah kerja gomen jawatan PPK Klinik Kesihatan bulan Apr 2024.

Laju kan? Aku baru sangat abis eddah kot.

Terang lagi bersuluh ex suami yang salah. Masa aku tengah eddah mereka kena tangkap khalwat kat rumah sewa janda tu dengan anak lelaki Janda tu kena angkut, umur 16 tahun. Penyondol tu ada 4 orang anak, dah beso beso.

Masa kejadian lagi 3 orang anak dia tak tahu lah dekat mana. Dorang bersedudukan rupanya lepas ceraikan aku. Sakitnya dada aku korang.

Lepastu dorang cepat-cepat kahwin buat majlis kat belah perempuan tapi keluarga belah lelaki takde sorang pun tahu.

Jahat betul janda tu, dahlah berzina dengan suami aku (masa masih suami), runtuhkan rumahtangga aku, mengadu domba kat suami aku, hasut suami aku ceraikan aku (padahal aku offer untuk poligami tapi perempuan tu taknak, suami aku setuju je),

Kahwin tanpa restu mak bapak lelaki. Teruknya lahai penyondol ni. Aku dulu nak kahwin menggigil gigil minta restu and jumpa keluarga mertua.

Paling aku ralat, dulu masa dalam pantang anak tunggal kami, bekas suami dapat interview di sebuah syarikat terkemuka dekat Johor, dan masa habis pantang dia diserap masuk. Rezeki anak kan?

Tapi dia kena tahu, aku yang gigih buat resume untuk dia dulu kat company tu, 2x aku hantar dengan harapan suami dapat kerja tetap sebab sebelum tu dia kerja kontrak kat company lain, so macam tak secure lah.

Gigih taw aku buat resume hantar kat macam-macam company dulu.

Dia dengan aku degree holder, so bila dia kerja tu, dia dapat jawatan bagus (dia bos dekat jabatan dia). Kira rezeki betul lah kan. Bersyukur sangat aku masa tu.

Happy betul kami dapat upgrade kehidupan sekeluarga kami. Aku pun bekerjaya juga, cuma aku kerja company manufacturing. Jawatan Exec.

Syarikat suami aku tu best, medical tanggung isteri dan anak sekali. Kalau pergi klinik tak perlu bayar, bagi nama under company insurans je.

Tapi lepas je dia kahwin janda tu, dia cepat-cepat declare dekat company dia and buang nama aku kat medical tu and ganti nama bini baru dia. Dengan anak aku sekali dia tak bagi guna medical company padahal nama anak aku masih ada.

Bini baru dia tu ada slip disc, so bila dpt medical ni cepat-cepat ye dorang pergi hospital swasta, padahal sebelum ni perempuan tu settle kat hospital gomen je. Laju buat kerja.

Aku rasa hampa sangat. Sedih sangat. Betullah, lelaki diuji bila dah senang. Dia kena ingat, kehidupan dia naik sebab aku dan anak kami.

Lepastu dia buang kami macam sampah je. Nafkah habis dah culas. Masa eddah je dapat. Perempuan tu dapat dia masa dia ada segalanya.

Hampa. Tu je aku boleh kata. Manalah suami aku yang baik dan bertanggungjawab dulu, yang sayang aku dan anak kami. Dia juga block aku kat semua medsos and num aku.

Jahatnya mereka ya Allah. Jahat sangat mereka. Aku tak mampu nak kata apa lagi.

Aku sedih bila tengok gambar kahwin dorang. Aku menangis seharian sampai sakit mata and kepala aku.

Entah lah, aku hampa tapi aku teruskan je hidup. Kerja aku kerja, anak aku, aku sorang-sorang urus.

Aku ni orang dok suruh suruh cari bf baru, aku ni dah lah tak pandai buat tu semua.

Ex suami aku tu lah lelaki pertama yang aku rapat, dan aku kahwin dengan dia. Dia first love aku. Aku pun first love ex suami aku (verified dengan sahabat-sahabat dan ahli keluarga).

Sekarang ni aku lalui je kehidupan sehari harian aku. Setiap kali solat memang wajib lah aku nangis. Tengah-tengah buat kerja termenung. Kejap kang nangis. Tapi aku serius takde merayu kat dia ke apa. Aku hanya luahkan dekat kawan-kawan je.

Aku.. sedih.. rasa macam “aku tak pernah musnahkan hidup orang kot, kenapa aku diuji?”

Takde ke kifarah buat dorang ek? Demi Allah aku tak redha atas perbuatan ex suami aku terhadap aku dan anak aku.

Aku bukan Allah, aku bukan malaikat, aku buat Rasul, aku tak boleh nak maafkan perbuatan mereka. Sumpah tak boleh nak maafkan dorang. Sumpah dorang jahat gila.

Btw, aku dah buat aduan kat pejabat kesihatan (since pompuan tu kerja gomen) yang dorang kena tangkap khalwat. Tapi lambat ek? Nak kena tunggu keputusan mahkamah bagai. Tarikh mahkamah pun takde lagi .

Haih rasa macam, takde ke keadilan buat aku hmmm.

Dorang bahagia je aku tengok. Bahagia atas penderitaan aku dan anak aku hmmm.

– Mimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Everyone of us has a fair share of what life throw at us sis, and certainly not all of em are roses… and that’s in and of itself a blessing… Hugs

  2. Adik dan anak adalah orang yg teraniaya
    Teruskan berdoa adik
    Pasti Allah balas perbuatan zalim mereka

  3. semoga ujian ini Allah berikan untuk menaikkan darjat kamu yang paling tinggi dunia dan akhirat.
    semoga Allah balas yang terbaik untuk kamu dan anak2..
    masa bakal menentukan segalanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *