Beyond My Empowerment

Assalamualaikum. Saya anak yang very attached to my parents walaupun Married. Ada anak 4 tahun. Saya memang planned untuk ada anak ke dua selepas anak pertama lebih dari 2 tahun.

Dengan 2 kali try, saya managed to pregnant. That was back in 2018. Walaubagaimanapun, jodoh tak panjang. Saya gugur petang hari PRU 2018 pada minggu ke 11. Padanlah saya langsung tak punya alahan. Rupanya janin umur tak panjang.

Saya berpantang untuk tempoh 2 minggu. Selepas itu, cycle period datang seperti biasa. Saya happy sebab cycle tidak terganggu. Kami mencuba setiap bulan, setiap tarikh penting dalam kitaran haid saya diambil kira. Tarikh ovulasi, tarikh subur semua kami akan pastikan stay in hotel, short vacation, makan vitamins, exercise. Masih tidak menjadi.

2 3 bulan pertama, masih lagi boleh yakin dan positif. Bulan bulan seterusnya apabila setiap bulan saya masih perlu pergi ke Speedmart membeli Pad, hati mula ragu. Mula mencari salah masing masing.

You tak mengaji,

You vape,

You skip makan vitamins,

You buat I kecil hati,

You buat I stress,

You balik kerja lambat, stress dan letih.

Kami berdua terlupa.. kami lupa meminta pada Yang Satu. Jadi bermulalah episode merintih, mencukupkan yang fardu di awal waktu, cuba untuk bersedekah apabila punya duit lebih. Minta anak yang pertama doakan untuk dapat adik walaupun dia masih kecil.

Tapi masih…..

Tak mendatangkan apa apa hasil.

Musim durian, nanas manis Abah saya tanam di belakang rumah, semuanya sudah saya tinggalkan walaupun semua itu kegemaran saya. Cuba untuk pregnant buat kali ke 3 sentiasa dalam fikiran kami suami isteri, tidak pernah terkeluar dari kepala kami.

Tiba musim perayaan yang baru ini, kami mendapat khabar gembira yang parents saya dapat pergi ke haji. Ya Allah.. sedih, sebak bercampur baur. Selepas baca whatsapp parents. Saya called mereka and first 2 minutes hanyalah tangisan semata-mata kerana terlalu sebak dengan jemputan yang Allah beri pada ibu bapa saya.

Tarikh penerbangan 2 bulan selepas musim perayaan. Saya sudah mula mengatur cuti untuk meluangkan masa bersama ibu bapa. Google macam macam, khatam confession Tips Haji dari IIUMC.

Setiap hari saya akan baca semua siri tips tersebut dan meletakkan diri saya di situ agar saya boleh bayang apa yang Ma Abah perlukan, print offline maps, cari duit buat sales bersungguh2 untuk tanggung perbelanjaan barangan Shopee, Poslaju, blog, product review semua menjadi mandatory tab saya di office.

Sambil berurusan dengan klien, sambil mencari apa yang terbaik untuk memudahkan Ma Abah. Saya totally lupa tentang urusan mengandung anak ke 2. Saya memang menzahirkan masa, tenaga dan wang saya buat Ma Abah.

Semakin dekat ke hari penerbangan, saya sudah mula menangis setiap Maghrib. Bimbangkan mereka. Risau jika umur tak panjang. Walaupun sudah berkahwin, paling lama saya tak berjumpa Ma Abah hanyalah 3 minggu. 41 hari adalah terlalu lama untuk saya.

Masa masa terakhir sebelum pergi, saya sudah mula cuti. Saya belikan kasut dan sandal terbaik untuk Ma saya. Bekalan ubat turut diambil, semuanya 2 set. Inshaallah semuanya sudah lengkap.

Semakin dekat ke hari berangkat, banyak borak berdua dengan Ma Abah. Banyak makan durian, banyak makan nanas, kutip semua hasil kebun Abah. Alhamdulillah suami saya izinkan saya stay di kampung tanpa dia bersama anak. Perasaan saya terlalu bahagia walaupun asyik menghitung jam dan bukan lagi hari.

Satu hari, Ma Abah gosok kepala saya.

Terima Kasih Adik. Abah doakan supaya Allah beri semua yang adik hajatkan jika tidak memudaratkan, berikanlah semua yang terbaik untuk Adik, Terima kasih Adik utk semuanya.

Allahu..

Tiba hari kjadian, mereka pun berangkat ke Mekah.Pesanan Ma Abah buat kami adik beradik agar hidup secara harmoni tersemat dalam dada. Saya rasa puas sebab yakin telah memberikan khidmat buat Ma Abah.

Saya masih punya baki cuti dan buat keputusan untuk melancong bersama keluarga kecil saya. Tetapi, saya risau kerana minggu kami bercuti adalah minggu saya akan datang bulan. Risau kerana kami bakal pergi ke pulau. Bagaimana nak uruskan… tapi tetapkan hati dan fikiran dan pergi sahaja.

Setelah 4 hari berada di pulau, saya lega kerana berjaya habiskan percutian tanpa gangguan dan meluangkan masa dengan keluarga kecil saya, dapat memberi pengalaman baru kepada anak sulung saya yang petah berbicara.

Balik dari pulau, ssaya decided untuk masuk ke Watsons utk beli Aloe Vera, muka saya sunburn dan menggelupas. Saya ternampak pregnancy test.dan saya fikir, boleh la beli untuk bulan depan sebab utk bulan ini saya hanya menumpukan focus buat Ma Abah.

Pulang semula ke rumah, anak saya excited utk lihat pregnancy test sebab dia sudah biasa menunggu kputusan line pregnancy test bersama saya. Terhibur dengan telatah anak saya, saya hanya mengikutkan kehendak dia. Dan Alhamdulilah, 2 line!!! Saya mengandung setelah setahun 2 bulan.

Bermacam menerpa di fikiran, mcm mana di bulan yang saya tidak jumpa suami for 1 week plus, saya makan durian nanas yang terlalu banyak, saya tidak bawa vitamin balik kampung, tapi saya masih dikurniakan apa yang saya hajati selama ini.

Malam itu tidur saya termimpikan Ma Abah. Mungkin terllau rindu tetapi scene kepala saya digosok Ma Abah, sambil Abah ucapkn terima kasih dan mendoakan saya ada dalam mimpi. Faham lah saya,

Ini sememangnya kerja Allah SWT, Dia yang Maha Besar, Dia yang Maha Mengetahui

Siapalah saya hendak mempersoalkan logic di sebalik semuanya..Terima kasih atas kurniaan ini. Semoga saya mampu menjaga kandungan ini dengan baik.

Disclaimer: Maaf jika perkongsian saya ini mendatangkan rasa kurang senang buat ibu2 TTC. Saya pernah berada di tempat anda, tapi mungkin usaha2 saya tidak sehebat anda semua. Saya cuma rasa kisah saya ini sepatutnya dikongsi dan saya harap kita akan lebih menghargai dan menyayangi ibu bapa kita walaupun kita wanita sudah berkahwin.

– Zara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *