Salam semua. Harap admin approve
Aku merupakan salah seorang top student di zaman sekolah dulu. Ranking selalu no satu atau dua je, and masa tu sekolah tu antara yang terbaik di Malaysia. Tapi confession ni bukan confession masuk bakul angkat sendiri, tapi aku nak cakap betapa patut bersyukurnya kalian semasa zaman sekolah dan universiti. Tolong jangan sia siakan zaman ni.
Aku dah beberapa tahun bekerja dan pada pandangan aku, benda paling berbeza dengan zaman sekolah adalah peluang atau opportunity.
Biar aku berikan sebuah perumpamaan. Di zaman persekolahan, betapa nakalnya kita di dalam kelas, kaki tido, kaki ponteng dan sebagainya, ketika hari paling penting, iaitu hari exam, almost gerenti kertas exam kita ada di atas meja dan tempat kita ada dalam dewan tu.
Tapi kalau zaman kerja pulak, tak kisah betapa kuat kau dah study, tempat kau dekat dewan exam tu xde gerenti. Bayangkan, kalau ada 20 orang yang study nak amek exam tu, tapi tempat duduk ada 5 je. Kadang2 kita dapat lihat budak malas dapat peluang duduk kertas tu, sedangkan kawan kita yang rajin sepanjang tahun x dapat atas alasan tiada kekosongan dalam dewan.
Adil ke? Harap maaf, tapi itulah realiti alam pekerjaan.
Bukan tu je, bila tiba masanya kita dapat rezeki untuk duduk kertas tu, kita rasa eh, kenapa senang je soalan. Penat je aku study bertahun and jaga perilaku aku dengan pembuat soalan. Dan awak pun pass dengan cemerlangnya.
Tapi, jeng jeng jeng, bila result keluar awak nampak semua orang puji si A sedangkan markah korang hampir sama. Rupa rupanya, kertas soalan lain-lain! Awak sengaja diberikan soalan yang mudah kerana pembuat soalan x yakin dengan kebolehan awak, sedangkan awak sendiri tahu, awak boleh attempt soalan yang si A ni buat!
Awak dah penat usaha tapi takpe, yang penting awak dah lulus bukan?
Maaf, anda silap. Mulai hari itu, ya anda dah pass, tapi percayalah bila awak nak nasihatkan orang untuk buat exam tu, dorang akan kata, “abang bolehlah, soalan abang senang…” Bila kita lepak dengan orang lain termasuklah si A and kita beri pendapat semua orang dekat situ akan anggap “boleh pakai ke idea budak ni, soalan exam kau senang, pastu kau igt kau dah sama expert macam kitorg lah?” Jangan terkejut kalau pemeriksa yang set soalan senang untuk kau pun akan cakap “betul ke awak nak buat exam seterusnya? Dulu awak nasib baik sebab saya bagi soalan senang untuk awak. Lepas ni tak boleh dah” Dan awak pun diberi tanggungjawab yang kurang dari si A, sedangkan awak yakin yang awak boleh buat kerja si A tu. Apakan daya, awak x dapat buat soalan si A.
Adil ke? Awak x mintak pun soalan senang masa exam. Awak x tahu pun soalan awak lain dari candidate lain. Awak hanya mahu diuji sama dengan geng2 awak yang lain sebab awak mahu jadi yang terbaik dalam staff yang sama position dengan awak. Awak yakin awak boleh bersaing!
Aku experience benda ni sendiri masa kerja. Ada kawan aku ni result uni dia sama dengan yang lain, tapi job scope dia sangat lain. Kawan yang dapat peluang tu dapat bersinar2 macam bintang, sampaikan kawan yg x dapat peluang dah start rasa dia x cukup bagus. 2 tahun lalu, result sama, minat pun sama, dua dua kawan rapat buat koko sama2. Dia bersabar dan berdoa agar dapat rezeki di tempat lain.
Buat adik2 yang masih sekolah dan di uni, hargailah peluang yang anda dapat. Walau macam mana last minit awak stadi, tempat duduk awak masih ada dalam exam hall. Soalan semua sama dekat candidate xde favoritism dan anda diberi peluang untuk uji dan buktikan 100% kebolehan anda. Berbanggalah kalau awak lulus dengan cemerlang kerana itulah hasil usaha awak study sebab zaman kerja awak tak pasti awak dapat promotion sebab awak memang hebat atau awak pakar main wayang.
Itulah sebabnya aku pohon semua yang masih bergelar student untuk stadi dan buat koko betul2. Biasakan diri untuk berusaha dan lihat kejayaan yang terhasil. Benda ni penting untuk korang jadikan rujukan hidup bila ada orang nak halang peluang korang zaman kerja. Ramai orang kena “eh boleh ke awak buat ni” and dia terus lose confidence. Tapi kalau awak tahu erti usaha, awak akan sahut cabaran tu sebab awak tahu apa jadi bila awak usaha. Kejayaan terdahulu awak tu adalah bukti!
Selamat study dan jangan give up!
– Extopstudent
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit