Beza Tadika Swasta dan Kerajaan

Assalamualaikum semua. Ini hanyalah pendapat peribadi saya. Tiada kaitan dengan sesiapa. Tiada kaitan dengan tadika swasta atau kerajaan.

Tapi saya ingin luahkan berkaitan kepelikan saya kenapa ibu-ibu muda begitu teruja menghantar anak ke tadika swasta dengan bayaran yang mahal sedangkan pendidik di tadika kerajaan lebih berkaliber.

Jadi artikel ini saya tuju pada ibu- ibu muda supaya dapat bezakan antara tadika bukan hanya kerana mahal.

Ibu2, sebelum menghantar anak ke tadika, seharusnya survey dulu ikut urutan :

1. Siapa gurunya.

Tadika kerajaan – guru prasekolah kerajaan WAJIB lulusan universiti, jurusan khas tadika/ pendidikan awal kanak-kanak,

Lulusan sarjana muda paling kurang, guru yang mengajar ye, bukan pembantu pengurusan murid. Telah belakar psikologi, pedagogi, selama paling kurang 3 -4 tahun tentang pendidikan.

Tadika swasta – semak siapa gurunya, kebanyakan lepasan SPM, tanya maksud pedagogi pun tak tau, kalau lepasan ijazah, pun bukan dari jurusan pendidikan khas.

Kalau ada pun, satu cawangan tu sorang je, tapi tadika swasta tumbuh bagai cendawan lepas hujan, dengan bayaran bulanan yang hampir sama dengan sewa rumah.

Mencari guru tadika pun macam iklan mencari pekerja cashier dikedai2. Lulus SPM, jadi.

2. Kaji sukatannya.

Sukatan prasekolah telah dikeluarkan oleh KPM ye, kementerian hasil perbincangan ahli akademik.

Kalau swasta, ada yang hanya kajian sendiri, tiba2 dapat sambutan, latar belakang belum tentu ahli akademik. Belajar melalui google.

Tapi disanjung tinggi oleh ibu bapa, sebab pendaftaran pun dah ribuan, bulanan setengah ribu. Kalau orang tahu mesti orang kata aku hebat hantar anak sekolah mahal.

3. Lihat suasana pembelajaran.

Guru pra sekolah, ada sukatannya, dinilai, kalau pengetahuan asas pelajar aras rendah, pengajaran akan berubah.

Guru swasta kerana gurunya lepasan SPM, main taram je. Pelajar datang, dengan huraian sukatan tak ada, asal pelajar pandai membaca, nak mula dari mana… tiada.

Saya lihat beberapa tadika, dan masuk sendiri. Keluarga saya ada yang terlibat, saya masuk dan lihat. Tepatlah sangkaan saya.

Tiada perancangan dan terabur urusan akademik. Yang penting iklankan agar ramai ibu yang hantar.

Apa objektif, mana rancangan harian, tahunan apatah lagi. Tunggang je agama mesti mak ayah ramai hantar.

4. Intonasi suara guru.

Beberapa tadika yang pernah saya hantar, semua nya menggunakan intonasi suara yang tinggi.

Anak2 balik jadi terpekik-pekik kerana katanya guru begitu disekolah. Mana tak nya pedagogi dengan psikologi tak pernah belajar.

Kelebihan sekolah swasta hanya satu, nisbah pelajar tak ramai, jadi guru boleh fokus kepada setiap pelajar.

Kalau ramai, memang kelaut biru.

Fikirlah ibu… kaji dulu sebelum hantar mana2 tadika, sebelum anak alami kebingungan dan kecelaruan fikiran.

– Mak cabuj (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *