Hi saya Melur (bukan nama sebenar) saya buntu, tak tahu nak buat ape.
Saya ada bf, kami sama2 berkenalan kat universiti. Hubungan kami dah nak masuk 3 tahun. Bf saya ni di mata saya baik.
Kami dah plan nak nikah hujung tahun ni.
Baru2 ni kami berjumpa untuk berbuka puasa bersama. Saya minta telefon dia sebab saja2 nak check.
Dia pun bagi je. Saya pun bukak apps telegra* dan terjumpa group2 yang dia join tu group yang siarkan gambar2 perempuan seksi.
Sebelum ni dah banyak kali kantoi, dia tengok video2 luc*h dekat laman web, kat medsos dia follow dan tengok perempuan2 seksi.
Dia dah berjanji taknak ulang dah, tapi tetap berulang juga.
Saya tak tahu nak luah kat sapa. Saya sangat kecewa tapi saya sayangkan dia.
Saya asyik menangis bila fikirkan benda2 ni.
Patut ke saya stay dalam relay ni atau move on je hidup single sampai tua.
Tolong bagi pendapat..
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Terima kasih kerana menbuang masa sy baca benda tak berfaedah nie