Hye, Assalamualaikum semua. Aku Erica. Bff aku pulak, aku bagi nama dia Sya.
Aku berkawan dengan Sya sejak 11 tahun lepas & sekarang usia kami baru 23 tahun. Aku ingat aku dah cukup kenal perangai dia. Tapi sebenarnya tak.
Pakaian Sya yang longgar & bertudung agak labuh memang menunjukkan yang dia wanita muslimah. Tak dinafikan dari segi luaran memang nampak baik & solat dia pun terjaga.
Tapi disebalik tu, Sya ada beberapa perangai yang aku baru tahu.
Macam mana aku tahu? Kami sekarang satu tempat kerja tapi berlainan department. Aku production supervisor & Sya kerja sebagai Admin.
Sya ni orang nya kerap mengeluh & kurang bersyukur dengan apa yang tunang dia ada. Btw aku bagi nama tunang dia Jat & tunang aku pulak Riz.
Dulu hampir setiap hujung minggu kami mesti keluar bersama tapi sekarang, 2-3 bulan sekali pun susah nak keluar bersama. Bila diajak keluar, ada je alasan dia bagi.
Nak dijadikan cerita, 6 bulan lepas, aku beli kereta Perodua Ativa baru. Ada satu hari tu aku ajak Sya keluar, macam biasa lah pelbagai alasan yang dia bagi. Jadi aku pun keluar dengan tunang aku.
Sambil tunang aku drive kereta, aku ternampak ada sepasang kekasih nak melintas jalan. Sahhh, memang Sya & tunang nya.
Sejak dari tu dah 3-4 kali aku ternampak Sya & Jat keluar bersama padahal time tu aku ada ajak dia keluar & bermacam alasan dia bagi. Mungkin aku je yang anggap dia bff tapi dia tak.
Start dari tu aku dah mula rasa jauh hati. Dia pun tak pernah perasan kalau terserempak dengan aku sebab dia masih tak cam kereta baru aku.
Awal bulan lepas, aku, Riz, Sya, Jat & beberapa orang lagi kawan pergi lepak. Entah macam mana tiba2 dia nak pulak join.
Sebelum hari kejadian tu, dah ada alasan yang dia bagi. Katanya nak ikut kakak dia pergi dinner. Padahal dinner tu bukan harini tapi esok.
(Bukan aku siasat ye tarikh dinner tu. Tapi Sya sendiri bagitahu kawan aku lagi sorang yang dinner tu sebenarnya esok). Alasan sebenar Sya adalah malas nak lepak.
Masa lepak tu, tengah kami syok berborak. Tiba2 Sya & Jat bergaduh and ayat yang keluar dari mulut Jat macam ni,
“Aku penat la dengan kau ni, boleh tak jangan bandingkan aku dengan diaorang. Kau tak habis2 suruh aku beli rumah & kereta macam diaorang. Kau ingat aku mampu ke?”
Terus merah gile muka Sya. Sya terdiam sekejap & beberapa minit lepas tu mereka sambung bergaduh semula. Tapi dalam nada suara yang slow.
Selepas beberapa hari, aku & kawan2 aku yang join masa lepak tu lunch bersama. Aku dah boleh agak mesti ada benda yang nak diborakkan pasal kejadian tempoh hari.
Soalan pertama salah sorang kawan aku, “kau tak rasa ke dia dengki dengan kau?” & aku hanya diam membisu.
Kawan yang mengajukan soalan tadi pun terus berborak dengan kawan yang lain mengenai isu yang terjadi tempoh hari. Aku? masih tak boleh move on dengan ayat yang keluar daripada mulut Jat.
Keesokan hari nya, aku & Riz mengajak Jat untuk lunch bersama kami, tanpa Sya.
Hampir selesai makan, aku tanyakan kepada Jat, “kau dengan Sya dah okey ke?”.
Selepas beberapa saat, Jat cakap macam ni “aku bukan nak burukkan tunang aku, tapi aku takde tempat nak luah, aku penat” then Jat mula bercerita.
Dan ya, apa yang kawan2 aku syak tu betul. Sya memang dengki dengan aku.
Jat dah lama simpan hasrat untuk beli kereta axia, mengikut kemampuan & untuk kemudahan dia & Sya tapi Sya tak nak.
Sya siap cakap dengan Jat “kenapa B taknak beli kereta macam Erica? Sayang nak kereta macam Erica la, sayang tak suka axia”.
Jat juga ada planning nak menyewa rumah flat dulu selepas berkahwin nanti tapi Sya menentang sekeras-kerasnya sebab katanya Riz dah beli rumah Apartment, so dia nak rumah teres.
Termenung sekejap aku. Tak sangka bff yang selama ni aku kesiankan & aku sayang rupanya ada perasaan macam ni dengan aku & tunang aku.
– Erica (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hmmm…. Dlm hidup kita semua, ada je org yg x senang & cemburu tgok apa yg kita ada. Kesian kt awak, sb org yg awak anggap bff sgt tu rasa cemburu kt awak atas byk kelebihan yg awak dpt berbanding diri dia. Klau boleh dia nk ada benda semua lebih dari apa yg awak ada. Come on, lupakn dia. Jgn biar hati awak trluka lg dgn sikap org yg mcm tu. Bff yg sejati bkn mcm tu punya perangai. Awak jalani je hidup awak & uruskan masa depan awak dgn baik. Brkaeanlah dgn org yg positif dlm segala aspek. Yg xde dengki, x de iri, xde cemburu & xde nk compete mcm2 benda dgn awak. Jgn plak esok2 awak buat majlis gah, dia pun nk cmtu, padahal tunang dia x mampu. Apa yg kita buat, biarlah ikut kemampuan & rasa happy bkn tertekan. Xperlu lah sampai putuskn hubungan dgn dia. Tp jgn terlalu brharap dia akan jd mcm apa yg awak nak. Klau awak ajak dia keluar dia x nak, dah. Xpayah nak keep on calling or message ajak jgk. Awak keluar je dgn kwn2 atau tunang awak yg sudi keluar bersama
11 thn berkawan tp sebb cemburu je rasasnya ni, bukan dengki. dia xnak jumpa lepak2 sbb dia rasa dia xlayak kot berkawan dgn awk semua. pls selami hati BFF awk tu, jgn sia2kan 11 thun mcm tu saja. igt xdak manusia yg suka dengki or jahat kalau bukan keaadn yg memaksa. jdilah humble dgn kwn2 k.
Tu dengki wak. dah la dengki kawan tu ada mcm2, pastu suruh tunang dia pulak penuhi apa yang dia nak, asbab untuk menunjuk bahawa dia yang keje admin dan tunang dia pun mampu.
Habis nanti si erica tu kahwin, buatnya erica buat majlis grand2, dia pun nak jugak buat lagi grand..Terpisat2 si jat tu nak keluarkan duit. Dia ingat beli rumah landed tu murah ke? Macam beli rumah main monopoly.
Perlu ke si erica tu jadi humble dgn kawan2 dia tak perlu. suka hati dia nak beli apa dan tunjuk, sebab dia mampu.
Dan untuk si sya tu, ukur baju di badan sendiri.