Hi semua. Mungkin cerita ni cerita typical Wife vs BFF perempuan.
Sejarah persahabatan suami dengan bff (perempuan) ni sejak sekolah rendah. Suami saya ni jenis lembut (bukan sotong), soft spoken, tak reti main bola sepak, nerd, baju tshirt wajib iron, pakai cermin mata dan putih pink kalah orang perempuan.
Suami tak reti nak masuk dalam kumpulan kawan lelaki dan tak ada kumpulan kawan lelaki yang cuba ajak dia. Jadi, suami saya ni rapat dengan kumpulan kawan perempuan sahaja.
Dalam ramai2 kawan perempuan, bff ni la yang rapat sampai alam pekerjaan. Mereka banyak saling bantu membantu dalam semua perkara seperti kewangan, akademik, kerjaya & social.
Suami jujur yang suami pernah suka bff ni secara romantik (dah ajak nikah) tapi bff dia ni tolak. Suami kena friendzone dan suami kekal berkawan dengan bff ni sampai suami kenal saya.
5 tahun selepas suami kena reject, suami buka hati kepada saya. Suami jujur yang dia masih berkawan dengan bff (bekas crush) masa ni.
Saya ok sahaja mereka berkawan lepas tahu susah senang mereka berdua (cehh). Tak dinafikan juga 20 tahun bersahabat tu sangat lama.
Saya cuba nak jadi kawan kepada bff suami ni tapi saya kena reject mentah2. Semua pelawaan saya untuk berjumpa dan makan2 bersama di tolak dengan pelbagai alasan.
Saya dan suami berkenalan tak lama, dalam 6 bulan dan kami terus berkahwin.
Selepas berkahwin, perangai bff ni masih sama, dia anggap suami saya ni lelaki bujang lagi. Dia ajak suami saya makan bersama untuk sambut harijadi dia, bila suami ajak saya sekali tiba2 si bff ni cancel.
Sebenarnya banyak lagi kejadian, tapi saya ringkaskan yang semua ajakan dia, suami saya tolak selepas kami berkahwin.
Si bff ni semakin menjadi2 bila dia post gambar2 lama suami dan bff ni lepak bersama dan buat2 macam gambar terkini. Gambar lama tapi letak caption seperti baru selesai lepak. Benda ni buat orang luar pandang serong pada suami.
Suami buat keputusan untuk putuskan hubungan persahabatan mereka. Si bff ni makin meroyan dengan pergi serbu rumah MIL saya, maki2 MIL saya dan buat ugutan b*nuh keatas saya. Macam orang meroyan.
Cerita saya ni takdela Wife VS bff sangat kan sebab suami memang pilih saya. Tapi saya masih rasa tak sedap hati dengan kewujudan si bff tu (ex-bff dah).
Setiap kali keluar dengan suami, saya rasa macam diperhatikan, mungkin saya yang paranoid. Siapa je tak takut lepas dapat ugutan bunuh.
Dalam sebulan sekali, ex-bff tu akan update gambar lama2 lepak dengan suami dan buat caption seakan2 baru siap melepak.
Suami dah beberapa kali buat report polis tapi report sekadar report sahaja sebab gambar tu diambil dengan kebenaran suami pada masa tersebut (polis kata).
Suami dah block semua social media ex-bff tu tapi tiap bulan ada je kawan2 kami yang hantar tangkap layar post perempuan tu.
Kawan2 kami ni concern, kenapa suami perangai macam tu. Terpaksa la kami buka segala cerita untuk jaga airmuka suami.
Suami sebagai budak berumur 10 tahun, yang tiada kawan masa tu sangat2 berterima kasih kepada dia sebab ajak berkawan masa tu tapi tak sangka jadi kes besar macam ni selepas 20 tahun huhu. Nak menyesal pun tak boleh dah.
Sekarang ni suami tengah kumpul duit untuk ambil lawyer sebab report polis tak boleh buat apa untuk turunkan gambar2 bersama caption fitnah tu.
Oh ya, sebelum si ex-bff tu meroyan di socmed, dia akan merayu pada saya untuk lepaskan suami. Eh macam la kuasa talak dekat tangan isteri. Haha. Dia kata menyesal sebab reject cinta suami dulu2.
Saya ada share cerita saya ni di wall saya dulu, rupanya ramai isteri yang terkena benda sama dgn ex bff suami yang meroyan lps kahwin.
Doakan perempuan tu cepat2 dapat suami supaya dia tak kacau suami saya dah.
– Mamypoko (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jumpa ustaz..minta ustaz tolong block pmpuan tu drp mengingati suami awk..
Ada cara dia..ia bukan sihir tp dgn doa2 tertentu…
Awk pun buat solat hajat dan baca ayat pendinding biar pmpuan psiko tu x berminat lg nak kacau suami awk…yg pakai lawyer tu teruskan aje
Ganas betul si BFF tu ye……
dah dapat ugutan bunuh pun masih tak buat apa2 ke dik? pelik betul..ni kisah hidup mati engkau tau?
*polis masih tak buat apa2 maksud aku..
sepatutnya pihak polis siasat la..laki kau dah teranfkan tu gambar lama kot walaupun diambil within his concern.
yang bff tu pun…bodoh ke apa…time orang ajak ko kawin, ko jual mahal..